Thursday, November 14, 2013

Bercuti di Negara Matahari Terbit - Jepun


Sibuk sangat aku sekarang ni.... nak tulis blog pun tak sempat.. hmmm... aku ingat jadi pensyarah ni ada lah masa terluang sikit. rupa-rupanya tidak..... bila semester mula, sibuk dengan kelas, persediaan kelas, tests, exams dan sebagainya... bila cuti semester pulak, macam-macam lah halnya, kursus sana sini dan lain-lain aktiviti termasuklah kerja-kerja admin....

dalam sibuk-sibuk jugalah aku sempat bercuti di Jepun. bukannya apa, aku ke sana temankan isteri aku untuk membentangkan kertas kerjanya di Tokai University...

Pertama kali aku ke luar negara, tapi banyak kali dah aku naik kapal terbang... sama ada Air Asia ataupun MAS... dua-dua ada baik ada buruknya... namun, itu bukanlah apa yang aku nak katakan... Apa yang aku nak katakan di sini ialah suasana di negara Jepun....

Boleh aku simpulkan bahawa:
1. Rakyat Jepun sangat berdisiplin. Lintas jalan memang ikut peraturan. Kalau lampu pejalan kaki berwarna berwarna merah, tak boleh lintas walaupun tak ada kenderaan.. Kalau lampu tersebut bertukar hijau barulah mereka melintas.... sangat berbeza dengan rakyat Malaysia.

2. Di zebra line, kenderaan akan berhenti dan memberi laluan (jika ada pejalan kaki) kepada pejalan kaki untuk melintas... memang tidak pernah berlaku di Malaysia.

3. Di stesen keretapi, semua orang berjalan pantas dan ada juga yang berlari untuk masuk ke dalam stesen  keretapi. Tetapi mereka sangat berdisiplin apabila beratur menunggu tren.... dan sangat berdisiplin apabila menaiki tangga bergerak (escalator)... sebelah kiri tangga adalah untuk berdiri sahaja manakala sebelah kanan tangga adalah untuk sesiapa yang ingin berjalan pantas atau berlari... tiba di platform, mereka akan beratur mengikut giliran walaupun ramai... sangat menakjubkan... di Malaysia, aku pernah alami lah di LRT PUTRA... tapi di stesen KOMUTER, memang tidak sangat... berebut-rebut nak masuk takut ditinggalkan ... maklumlah, aku pun faham sebab KOMUTER sangat lambat.. selalu tak ikut jadual... hmmm... bila lah akan berubah....

4. Rakyatnya sangat peramah... apabila beli barang, mereka akan cakap dengan panjang jela sama ada semasa kita tanya, bayar atau lain-lain... aku tak faham apa yang mereka cakap tp nampak mcm standard procedure je apabila terima bayaran..... bila tanya sesuatu dalam bahasa inggeris (terutama nama-nama stesen), mereka yang faham sikit-sikit, akan cuba menjawab dan memberi penjelasan dengan panjang jela...

5. Makanan halal memang sangat susah untuk dicari... kepada sesiapa yang nak ke sana, sediakanlah aplikasi utk semak makanan halal... kalau tak pun, makan apa sahaja sayur-sayur atau seafood (nasihat daripada kawan saya yang pernah menetap di sana)... jangan ambil makanan berdaging....

6. Dan yang paling penting sekali ialah, bersedialah untuk tidak berkomunikasi dengan rakyat jepun sebab rata-rata mereka tidak faham berbahasa inggeris... bahasa melayu jauh sekali.... namun, ada sesetengah hotel terutamanya receptionist faham bahasa inggeris.. tapi ada juga receptionist yang tak faham... nak tanya jalan atau tren atau beli tiket? hmmm.... hampir semuanya tidak faham.... jadi kalau nak order makanan, kita hanya boleh tunjuk menu.... tapi sekarang dengan ada aplikasi terjemahan, rasanya masalah ini dapat diatasi... cuma taipkan sahaja apa yang kita nak tanya atau cakap dalam aplikasi tsbt dan translate....

itu sahaja aku nak kongsikan setakat ini... lain kali ada masa aku kongsikan lagi....
Wallahu 'alam....