Sunday, December 6, 2015

Selagi....

Selagi pendidikan tidak menitikberatkan akhlak, selagi itulah negara akan menghasilkan insan yg tidak menitikberatkan akhlak, selagi itulah kita akan menerima berita pergaduhan sana sini, cemuhan tanpa tapisan di media media sosial terutamanya...

Selagi pendidikan kita memfokuskan 'A' sebagai kayu ukur cerdik pandai seseorang itu, selagi itulah pelajar2 kita berusaha keras mengejar 'A' tanpa mempedulikan nilai2 murni, tanpa mempedulikan betapa pentingnya berfikir terhadap sesuatu topik yang dipelajari... selagi itulah, hafalan menjadi makanan pelajar-pelajar 'cerdik pandai'....

Selagi rakyat hidup dalam tertekan dek kerana kos sara hidup meningkat saban hari, selagi itulah rakyat akan terus berusaha mengejar wang... selagi itulah kedengaran orang bekerja keras siang dan malam termasuk bekerja part time ke sana sini... selagi itulah anak-anak kurang mendapat perhatian ibu bapa... selagi itulah anak-anak kita runtuh moralnya....

Selagi pendidikan hanya memfokuskan kebendaan, selagi itulah anak2 belajar hanya kerana lulus peperiksaan... tiada inisiatif untuk mencipta sesuatu baru.... selagi itulah negara tidak akan menjadi negara pencipta... selagi itulah negara akan hanya menggunakan barangan import....

Lihatlah negara-negara maju, akhlak dijadikan asas pendidikan di sekolah-sekolah.... bukan A yang menjadi kayu ukur... anak-anak dididik supaya berfikiran kritis, kreatif, inovatif.... sebab itu, mereka menjadi negara maju kerana pendidikan.... kebersihan dijadikan asas pendidikan, sebab itu negara mereka bersih hasil kerjasama semua orang tidak mengira lapisan masyarakat.... Mungkin mereka tidak perlu terlalu mengejar wang, jadi mereka punya masa untuk berfikir..... Jika ini benar, benarlah ajaran Islam, berbuat baiklah sesama kita (akhlak).... sedakah, waqaf, zakat, infaq telah ada dalam Islam... tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin membantu sesama kita...

Mungkin ya mungkin tidak.... Mungkin apa yang aku perkatakan ini ada betulnya ada tidaknya... apa yang penting kajian menyeluruh yang adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak harus dilakukan.... hasilnya, terimalah dengan hati yang terbuka dan ambillah tindakan demi kebaikan kita bersama....