Showing posts with label Kos sara hidup. Show all posts
Showing posts with label Kos sara hidup. Show all posts

Sunday, December 6, 2015

Selagi....

Selagi pendidikan tidak menitikberatkan akhlak, selagi itulah negara akan menghasilkan insan yg tidak menitikberatkan akhlak, selagi itulah kita akan menerima berita pergaduhan sana sini, cemuhan tanpa tapisan di media media sosial terutamanya...

Selagi pendidikan kita memfokuskan 'A' sebagai kayu ukur cerdik pandai seseorang itu, selagi itulah pelajar2 kita berusaha keras mengejar 'A' tanpa mempedulikan nilai2 murni, tanpa mempedulikan betapa pentingnya berfikir terhadap sesuatu topik yang dipelajari... selagi itulah, hafalan menjadi makanan pelajar-pelajar 'cerdik pandai'....

Selagi rakyat hidup dalam tertekan dek kerana kos sara hidup meningkat saban hari, selagi itulah rakyat akan terus berusaha mengejar wang... selagi itulah kedengaran orang bekerja keras siang dan malam termasuk bekerja part time ke sana sini... selagi itulah anak-anak kurang mendapat perhatian ibu bapa... selagi itulah anak-anak kita runtuh moralnya....

Selagi pendidikan hanya memfokuskan kebendaan, selagi itulah anak2 belajar hanya kerana lulus peperiksaan... tiada inisiatif untuk mencipta sesuatu baru.... selagi itulah negara tidak akan menjadi negara pencipta... selagi itulah negara akan hanya menggunakan barangan import....

Lihatlah negara-negara maju, akhlak dijadikan asas pendidikan di sekolah-sekolah.... bukan A yang menjadi kayu ukur... anak-anak dididik supaya berfikiran kritis, kreatif, inovatif.... sebab itu, mereka menjadi negara maju kerana pendidikan.... kebersihan dijadikan asas pendidikan, sebab itu negara mereka bersih hasil kerjasama semua orang tidak mengira lapisan masyarakat.... Mungkin mereka tidak perlu terlalu mengejar wang, jadi mereka punya masa untuk berfikir..... Jika ini benar, benarlah ajaran Islam, berbuat baiklah sesama kita (akhlak).... sedakah, waqaf, zakat, infaq telah ada dalam Islam... tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin membantu sesama kita...

Mungkin ya mungkin tidak.... Mungkin apa yang aku perkatakan ini ada betulnya ada tidaknya... apa yang penting kajian menyeluruh yang adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak harus dilakukan.... hasilnya, terimalah dengan hati yang terbuka dan ambillah tindakan demi kebaikan kita bersama....


Tuesday, January 21, 2014

Melihat Peluang dalam Kesusahan

Apa yang aku dapat simpulkan daripada cerita dalam topik seterusnya ialah..... melihat peluang dalam kesusahan......

Kedua-dua kanak-kanak di dalam cerita ini, dididik dan dilatih supaya melihat peluang dalam setiap kesusahan yang dihadapinya.... seperti di dalam kehidupan sebenar, kita pasti akan menempuh dugaan dan setiap dugaan tersebut harus dilalui dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.... Jika dikaitkan dengan keadaan ekonomi di negara kita khususnya (bukan aku ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi aku sekadar ingin memandang dari pelbagai sudut), kita seharusnya berusaha, berdoa dan bertawakal.... berusaha mencari rezeki di mana-mana sahaja asalkan halal......

Kita perlu berfikir di luar kotak bagi mengharungi dugaan ini... kita harus berfikir cara meningkatkan isi pendapatan rumah kita supaya kos sara hidup yang meningkat ini dapat kita harungi sebaiknya..... perkara lain, biarlah pihak yang berkuasa atau pihak yang seangkatan dengannya menguruskannya...kalau kita bising sekuat manapun, mungkin hanya ada sedikit kesan ataupun tiada kesan secara langsung memandangkan kita ini hanyalah rakyat biasa....

Ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja....

Wallahualam....




.

Monday, January 20, 2014

Kos Sara Sidup Meningkat 2

Aku nak kupas sedikit mengenai lesson 1 dan untuk pengajaran ke-2....

Ada satu bahagian yang sangat menarik perhatian aku dan aku tiba-tiba berfikir sejenak mengenai apa yang diperkatakan.... aku cuba kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini......berikut, aku terjemahkan mengikut kefahaman aku dan aku masukkan juga sedikit pendapat dan pandangan peribadi aku sahaja.......

"Sikap tamak dan pentingkan diri menyebabkan harga naik dan sekaligus menyebabkan kos sara hidup meningkat.... Contohnya: apabila ada seseorang yang berpengaruh seperti seorang doktor terasa perlunya menaikkan harga servisnya di atas apa-apa alasan sekalipun....Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan  ada di kalangan pesakit yang semakin tidak mampu.... Oleh itu, ramai orang yang semakin tidak mampu dan kesihatan makin tidak terurus.....Orang miskin tidak mampu untuk mendapatkan rawatan terbaik sebab kos tinggi......(akibat daripada kenaikan harga)..... Peguam pun nak naikkan harga... dan  yang lain-lain yang berkaitan pun akan naikkan harga..... Malahan, seorang cikgu pun ingin gajinya dinaikkan dan menyebabkan cukai-cukai dinaikkan... Perkara ini berterusan.....Inilah yang menyebabkan kos sara hidup meningkat... disebabkan oleh satu perkara..... Akhirnya, inilah yang menyebabkan jurang antara miskin dan kaya semakin besar....

Tamadun manusia akan lenyap disebabkan jurang antara yang mampu dan yang kurang mampu menjadi sangat besar....... Kita belajar tetapi malangnya kita tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah..... kita hanya belajar menghafal sejarah ketamadunan tetapi tidak masuk ke dalam hati kita.... kita tidak benar-benar faham dan tidak mengambil iktibar...

Bukankah harga barangan sepatutnya akan menaik? 

Tidak bagi masyarakat yang berpelajaran dan kerajaan yang bagus... sebenarnya secara teorinya harga patut turun.... tapi harga semakin naik disebabkan sikap tamak haloba manusia.... kalau sekolah mengajar kita mengenai wang, sudah pasti kita akan miliki banyak wang..... wang menjadi semakin banyak dan harga pasti akan turun......ini tidak..... semua sekolah hanya mengajar bagaimana hendak bekerja untuk mencari wang dan bukannya mengajar bagaimana kita boleh mengawal dan memanfaatkan kuasa supaya wang bekerja untuk kita....."

Jadi, wahai pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah.......

Oleh itu, marilah kita semua muhasabah diri dan usahalah ke arah kebaikan yang diredhai Allah....

Wallahualam.....


Saturday, January 18, 2014

Kos sara hidup meningkat

Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, aku terpanggil untuk membaca buat kali ke-2 untuk membaca buku "Rich Dad Poor Dad" yang aku beli pada tahun 2007.....Buku ini dahulu merupakan the Best Seller..... memang sangat berguna...... Jadi aku saja nak baca semula dengan tujuan mengingat kembali tips-tips berguna untuk menguruskan kewangan....

Buat masa ini, aku sedang membaca Chapter 2: Lesson One: The Rich Don't Work for Money......

Antara kata-kata yang aku suka ialah:

"Stop blamming other people  ... if you think other people is the problem then you have to change them. but if you think that you are the problem then you will change yourself, learn something and grow wider....but it is easier to change your self than anyone else...." - Rober T.Kiyosaki...


Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, di mana kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya, jadi, untuk meneruskan kehidupan ini, kita harus mengubah diri kita.... lihatlah cara kita berbelanja.... kurangkanlah apa yang mampu dikurangkan selagi mampu.... dan dalam masa yang sama, kita usahalah cari sesuatu untuk meningkatkan kualiti hidup kita..... bagi aku, kalau gaji byk mana sekalipun, kalau tak diuruskan dgn baik, pasti smpai bila2pun takkan cukup...

pepatah melayu ada mengatakan "Besar periuk besarlah keraknya".... jadi, sekarang kita buktikan bahawa jika periuknya besar, tidak semestinya kerakpun besar ....