Wednesday, March 19, 2014

Allah mengajar, mendidik dan menguji dengan pelbagai cara

Ya Allah..... pengalaman hari ini sangat menguji kesabaran dan keimanan aku.....

Aku dan isteri pergi ke Putrajaya atas urusan ke Jepun tidak lama lagi.... tidak seperti sebelum-sebelum ini, kebiasaanya salah seorang akan menunggu di dalam kereta dan seorang lagi akan berurusan. Namun, hari ini disebabkan urusan tersebut memerlukan kami berdua perlu berada bersama untuk berjumpa dengan pegawai kerajaan di Parcel D.

Setiba di destinasi, aku mencari parking dahulu di parking pelawat dan tempat2 sekitar. Namun, setelah dua kali pusing masih tiada parking, aku memutuskan untuk parking sahaja di bulatan Putrajaya, luar Parcel D memandangkan ramai yang parking di situ sama seperti sebelum ini... Semasa parking, aku langsung tidak terfikir pasal saman langsung sebab memikirkan bahawa kawasan tersebut memang tidak ada parking langsung.... Allah telah mengaturkan segala-galanya... Aku yang selama ini memang bersikap sangat teliti pasal saman menyaman ini. Pantang aku untuk parking di tempat yang salah, aku pasti mencari tempat yang sepatutnya untuk parking. Paling tidak pun pasti aku akan berasa tidak sedap hati bila parking di tempat yang salah....Tapi kali ini, tidak.... tidak sekalipun terdetik hati aku pasal saman. Allah telah mengaturkan dan mungkin Allah tutupkan perasaan itu supaya aku dapat berurusan dengan lebih tenang.... Mungkin.... dan memang ternyata, aku berurusan dengan tenang dan fokus dengan pegawai kerajaan tersebut.

Sesudah selesai semuanya, aku dan isteri kembali ke kereta... "Bang, tengok tu macam ada saman je", dari jauh isteri aku ternampak sekeping kertas pada wiper kereta... Aku masih positif lagi, "Tak de lah, tak kot, surat iklan orang letak kot..."...bila sampai je kat kereta, aku pun tengok kertas tu.... aku baca kertas tu... tak tulis pun saman atau kompaun tp kertas tu bertajuk "Notis Pemberitahuan/Pemakluman" (lebih kurang bunyinya mcm tu)... tp pada notis tu tercatat no plat kereta, tarikh, masa dll mcm surat saman tapi tak dinyatakan berapa RM... masih ragu-ragu, iya ke surat saman atau notis sahaja...... tp ada tulis di belakang notis tu senarai kesalahan dan dibulatkan "Meletakkan kenderaan di garisan kuning dan mengganggu lalulintas" (lebih kurang bunyinya mcm tu).....

Disebabkan was-was, aku bertanya rela di parcel D tu... "Ini surat apa?"... terus dibalasnya "Hah, ini surat saman"... Aku kata. "tak de tulis pun saman atau brp ringgit kena saman". Rela tu kata, "memang tak tulis... tp tak sampai RM50 ni"... dalam duit tak berapa nak ada ni sebab nak dekat hujung bulan ni, aku dalam hati berkata, "oklah kot tak sampai RM50..."... tapi aku masih lagi was-was sebab dalam notis tu tidak menyatakan langsung perkataan saman/kompaun/denda.... tetapi ada dinyatakan pemilik kenderaan hendaklah memberikan butir-butir yang dikehendaki (spt nama, ic, no lesen, alamat dsbnya) dalam tempoh 7 hari kepada Perbadanan Putrajaya... Tetapi ia merupakan satu kesalahan jika gagal berbuat demikian.... dan tidak dinyatakan apakah jenis tindakan yang akan dikenakan..... hmm.... aku masih positif lagi... insyaAllah... kena saman pun dapat kurang sbb dalam hari yang sama.... tapi mungkin juga tak kena saman sebab tak dinyatakan langsung....

Aku pergi terus ke Parcel B... sebab dalam surat tu ada dinyatakan sila kemukakan maklumat berkenaan dalam tempoh 7 hari kepada Perbadanan Putrajaya dan hantar kepada Perbadanan Putrajaya Blok B bla bla bla.... aku ingatkan Parcel B... so aku pergilah ke Parcel B untuk mendapatkan kepastian... setiba di Parcel B, aku nampak mcm tak de Perbadanan Putrajaya pun... tp aku cuba je tanya dengan Polis Bantuan yang ada di kaunter masuk pelawat... Polis tu kata bukan sini... kena pergi ke presint 2... ooo ic.... sambil tu aku tanya, "ini surat apa sebenarnya?"... melegakan sebab polis tu kata, "Notis pemberitahuan, bukan saman, dia hanya nak maklumat kita dan alasan mengapa kita parking di situ".....

Aku pergi terus ke Presint 2 mencari Perbadanan Putrajaya..... setiba di tempat sepatutnya.... aku disuruh ambil nombor giliran... dan bila dipanggil, aku pun ke kaunter berkenaan dan bertanya, "Encik, ini sebenarnya surat apa?"....lantas dijawab, "Hah, ini surat saman..".. aku balas, "Ooo,  saya tak tau sebab tak tulis saman atau kompaun pun...".. dibalasnya dengan selamba,"Hah, saya bagitahu la ni"...dalam hatiku berkata, "Tak sopan langsung petugas kaunter ni".... memandangkan kena saman, aku pun terus merayu, "Boleh rayu utk kurangkan, encik?".. "boleh RM50"... "RM 50? Berapa harga sebenar?"... "RM100"..."Tak boleh kurang lagi ke, encik? Kesian saya encik, duit ni saya nak isi minyak kereta"..."Tak boleh....Nak bayar tak ni?"..."Bayar je lah....Boleh ke kalau tak bayar?"..."Boleh"... "tak pe lah, bayar je lah encik"...dalam hati aku sedikit kecewa dengan layanan pegawai kaunter tersebut... kupujuk hatiku... mungkin ini kafarah dosa-dosa yang aku buat... kot lah bayar zakat tak cukup atau duit aku tak salurkan ke tempat yang sepatutnya... atau byk lagi alasan yang aku tak tahu... aku berserah sahaja... pasrah.....

Itu semua dugaan... Allah nak bagi sesuatu yang terbaik buat aku.... Allah uji dulu aku... selama ini aku jarang buat salah mcm tu... dan jarang sekali aku kene saman... seingat aku baru 2 kali sahaja aku kena saman....

Aku pasrah, aku redha, aku serahkan segala-galanya kepada Allah... aku tahu Allah nak uji tahap keimanan aku, Allah nak didik aku, Allah nak ajar aku sesuatu, Allah nak tunjukkan sesuatu kepada aku....







No comments:

Post a Comment