Saturday, March 22, 2014

Pendidikan: Ilmu, Akhlak dan Amalan

Di negara kita, perkembangan agama Islam nampak semakin positif. Ceramah-ceramah agama di sana sini mudah didapati. Kemunculan ustaz-ustaz muda dan menarik dari segi penampilan dan semasa menyampaikan ceramah merupakan tarikan kepada generasi muda, generasi pelapis di Malaysia.....

Secara peribadi, aku katakan bahawa insyaAllah, ada perkembangannya.... anak-anak muda telah mula belajar Islam secara mendalam dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup.... anak-anak muda perempuan sudah ramai yang bertudung elok dan berstokin tangan dan kaki untuk menutup aurat mereka... artis-artis baik lelaki mahupun perempuan sudah mula berhijrah seorang demi seorang... Syabas kepada pendakwah-pendakwah yang tidak mengenal jemu menyampaikan dan mengajak masyarakat hari ini ke arah hidup yang lebih bermakna di dunia dan akhirat...

Ibu bapa kini ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama terutamanya di peringkat taska dan tadika... ini menunjukkan ada kesedaran dalam masyarakat kita sekarang... sekolah-sekolah agama kerajaan pun sudah ada yang mengajar agama sebagai subjek teras malah telah memasukkan sains dan teknologi ke dalamnya.... syabas.....

Namun begitu, pada fikiran aku, untuk mencapai negara berstatus negara maju berkonsepkan Islam, semua sekolah sepatutnya mengajarkan agama Islam secara menyeluruh kepada rakyat..... penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan tentang apa itu Islam, cara hidup Islam dan sebagainya..... Islam jika diamalkan, aku pasti dan yakin, negara kita boleh mencapai status negara maju dengan cepat.... Ini kerana Islam mengajarkan manusia supaya hidup dalam aman dan damai.... mengamalkan pelbagai akhlak terpuji, ikhlas diri, berfikiran positif, saling menghormati dan banyak lagi yang tidak tersenarai.... sekaligus, pasti jenayah dapat dikurang....

Mengikut definisi al-khawatir (salah satu slot TV al-hijrah yang selalunya disiarkan pada pukul 7.30 malam setiap hari), kemajuan = ilmu + amal + akhlak....... aku sangat setuju dengan definisi tersebut..... definisi tersebut sebenarnya telah diamalkan di negara bukan Islam yang termaju iaitu Jepun.... ramai orang yang aku kenal berkata, "Di Jepun, ada nilai-nilai Islam... itulah sepatutnya kita amalkan...." . Ini termasuklah ketepatan masa yang diamalkan....

Mendidik rakyat secara menyeluruh dengan memasukkan nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur, amanah, tepati masa, rajin dan sebagainya, pasti negara kita maju dengan cepat dan pantas.... untuk mendidik rakyat dengan perkara tersebut bukan perkara mudah dan bukan dilakukan oleh satu pihak..... semua pihak seperti diri sendiri, ibu bapa, guru-guru dan kerjaan perlulah bekerja sama dalam menjayakan perkara tersebut.....

Pendidikan perlulah bermula dari rumah.... diri sendiri perlu memulakan langkah baru dengan cara berhijrah ke arah yang lebih baik.... ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti diajarkan oleh Islam.... namun begitu, perubahan individu dan ibu bapa sudah ketara sekarang ini tetapi satu lagi pihak yang sangat berpengaruh perlu mengambil tindakan menyeluruh.... Kerajaan dan pihak berkuasa jika mengambil tindakan menyeluruh pasti perkembangan Islam akan menjadi lebih cepat dan berkesan....  Jangan takut wahai rakan-rakanku yang bukan Islam.... Islam jika diteliti dan difahami pasti membawa kepada kemajuan dan keamanan kepada seluruh manusia di muka bumi ini.....

Jika mendidik rakyat bermula dari bawah iaitu bermula dari taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya universiti, pasti kejayaan berlipat kali ganda hasilnya.... Jika semua peringkat pendidikan diterapkan dengan nilai-nilai murni pasti bahagia hidup di dunia ini....

Kini, orang perseorangan telah mengambil alih tugas mendidik anak-anak secara Islami dengan nilai-nilai murni di peringkat taska dan tadika....hasilnya dapat dilihat kepada anak-anak yang belajar di taskan/tadika tersebut.... mereka nampak lebih menonjol dari segi akhlaknya, amalnya dan sebagainya.... anak-anak ini boleh menghafal surah-surah lazim, berdikari dan bermacam lagi sejak kecil lagi..... syabas diucapkan.....

Jika tugas ini dijalankan dan diperluaskan oleh pihak berkuasa/kerajaan pasti ramai lagi rakyat kita dapat dididik dengan jayanya.... ini kerana, tidak semua ibubapa yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke taska/tadika swasta kerana yurannya yang agak mahal.... jika sekolah-sekolah bantuan kerajaan dapat menjalankan tugas-tugas seperti di sekolah-sekolah swasta pasti agenda mendidik anak dan memajukan negara dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin....

Namun, ini merupakan agenda negara.... semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.... jika hanya satu-satu pihak yang menjalankannya mana mungkin kejayaan dapat dikecapi.... atau mungkin dikecapi tetapi ia pasti mengambil masa yang sangat panjang....


Wallahu 'alam.....

p/s: Ini hanyalah pendapat peribadi penulis.... pasti ada cacat celanya.... Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.....






No comments:

Post a Comment