Sejak dulu lagi aku tertanya-tanya bagaimanakah caranya menguruskan sampah supaya tidak kotor dan busuk..... Jawapan kepada soalan tersebut terjawab apabila aku menetap di Jepun selama 2 bulan..... Kini aku inigin berkongsi cara mengurus sampah supaya tidak berbau busuk dan kotor....
Cara ini aku adaptasi daripada cara di Jepun supaya sesuai dgn cara aku di Malaysia... Sebenarnya bukanlah sampah tidak langsung berbau busuk dan kotor tetapi lebih kepada kurangnya bau busuk dan kurannya kotor sampah kita.... Sekaligus tong smapah kita tidaklah terlalu kotor....
1. Pastikan sampah adalah kering sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.... Ini kerana air merupakan unsur yang menyebabkan berbaunya busuk.....
2. Bersihkan sampah seperti pembalut plastik (seperti ais krim, coklat, biskut, sambal, dan sebagainya)..... Selepas itu, keringkan dan barulah masukkan ke dalam tong sampah.....
3. Jika pembalut plastik tidak dapat dibersihkan dan masih kotor tetapi tidak begitu basah, masukkan ke dalam tong sampah berlabel biasa...
4. Untuk kotak susu, tin minuman dan sebagainya, pastikan dibasuh terlebih dahulu dan keringkan sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.....
5. Sampah organik seperti lebihan makanan, sayuran dan sebagainya, pastikan dimasukkan ke dalam jaring smpah dan dibersihkan sedikit.... Ini bagi mengelakkan terlekatnya sisa sambal, cili, dan sebagainya dan akhirnya menyumbang kepada terhasilnya bau yang tidak menyenangkan....
6. Sampah organik tidak boleh dibiarkan terlalu lama dikeringkan di suhu bilik kerana kemungkinan lalat datang menghinggap dan mengeluarkan hasil perkumuhannya... Ini boleh menyebabkan wujudnya ulat sampah.... Dicadangkan keringkan semalaman sahaja bg mengelakkan perkara tersebut... sampah organik yg telah dibersihkan dan dikeringkan hendaklah dibuang dalam tempoh 3 hari....
![]() | ||
Tong sampah kategori ini adalah untuk semua sampah yang kotor tetapi kering seperti tisu yang digunakan untuk lap kekotoran, pembalut makanan yg berminyak tidak mahu tanggal dan seumpamanya. Sebelum masukkan ke dalam tong ini, pastikan sampahnya tidak berair. Ini kerana air boleh menyebabkan bau busuk.
|
Kesimpulannya, sampah-sampah hendaklah dibersihkan drp segala kekotoran yang boleh dibasuh (seperti sambal, kuah, susu, dan sebagainya).... Sesudah itu, keringkan sedikit sehingga tiada air yang bertakung di dalam sampah tersebut.....
Walaupun di Malaysia, setahu aku (maaf kalau silap) tiada kontraktor sisa pepejal / kutip sampah atau lebih dikenali sebagai lori sampah yang mengasingkan sampah mengikut kategori semasa kutip dari rumah ke rumah..... Tetapi dengan mengamalkannya sekurang-kurangnya rumah kita berada dalam keadaan bersih, tidak berbau, mengurangkan risiko berulat dan sekaligus dpt mengubah mentaliti sampah itu busuk dan lori sampah dpaat mengurangkan bau busuk..... Dan akhirnya udara di Malaysia akan kembali bersih dan segar...
No comments:
Post a Comment