Showing posts with label lori sampah. Show all posts
Showing posts with label lori sampah. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Mari menguruskan sampah dengan cara yang bersih

Wahai negaraku yg dicintai, bilakah agaknya negaraku Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersih? Bagi aku selagi kita semua tiada kesedaran di smping kuatkuasa undang2, selagi itulah kita akan hidup dalam keadaan sekrang....

Sejak dulu lagi aku tertanya-tanya bagaimanakah caranya menguruskan sampah supaya tidak kotor dan busuk..... Jawapan kepada soalan tersebut terjawab apabila aku menetap di Jepun selama 2 bulan..... Kini aku inigin berkongsi cara mengurus sampah supaya tidak berbau busuk dan kotor....

Cara ini aku adaptasi daripada cara di Jepun supaya sesuai dgn cara aku di Malaysia... Sebenarnya bukanlah sampah tidak langsung berbau busuk dan kotor tetapi lebih kepada kurangnya bau busuk dan kurannya kotor sampah kita.... Sekaligus tong smapah kita tidaklah terlalu kotor....

1. Pastikan sampah adalah kering sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.... Ini kerana air merupakan unsur yang menyebabkan berbaunya busuk.....
2. Bersihkan sampah seperti pembalut plastik (seperti ais krim, coklat, biskut, sambal, dan sebagainya)..... Selepas itu, keringkan dan barulah masukkan ke dalam tong sampah.....
3. Jika pembalut plastik tidak dapat dibersihkan dan masih kotor tetapi tidak begitu basah, masukkan ke dalam tong sampah berlabel biasa...
4. Untuk kotak susu, tin minuman dan sebagainya, pastikan dibasuh terlebih dahulu dan keringkan sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.....
5. Sampah organik seperti lebihan makanan, sayuran dan sebagainya, pastikan dimasukkan ke dalam jaring smpah dan dibersihkan sedikit.... Ini bagi mengelakkan terlekatnya sisa sambal, cili, dan sebagainya dan akhirnya menyumbang kepada terhasilnya bau yang tidak menyenangkan....
6. Sampah organik tidak boleh dibiarkan terlalu lama dikeringkan di suhu bilik kerana kemungkinan lalat datang menghinggap dan mengeluarkan hasil perkumuhannya... Ini boleh menyebabkan wujudnya ulat sampah.... Dicadangkan keringkan semalaman sahaja bg mengelakkan perkara tersebut...  sampah organik yg telah dibersihkan dan dikeringkan hendaklah dibuang dalam tempoh 3 hari....


Tong sampah dibahagikan kepada 3 kategori, dari kiri: kertas, plastik dan sampah biasa

Tong sampah khas untuk kertas. Semua perlu dibersih dan dikeringkan terlebih dahulu terutamanya kotak susu.
Tong sampah khas untuk plastik. Plastik seperti pembalut ais krim, plastik bungkusan yang kotor dan berminyak perlu dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Jika kotoran degil seperti minyak yang tidak mahu tanggal, masukkan ke dalam kategori sampah biasa.

Tong sampah kategori ini adalah untuk semua sampah yang kotor tetapi kering seperti tisu yang digunakan untuk lap kekotoran, pembalut makanan yg berminyak tidak mahu tanggal dan seumpamanya. Sebelum masukkan ke dalam tong ini, pastikan sampahnya tidak berair. Ini kerana air boleh menyebabkan bau busuk.

Jaring ini digunakan untuk sampah organik (berasaskan haiwan dan tumbuhan) seperti sisa makanan dan tulang ikan/ayam. Pastikan sisa makanan dialirkan air bagi memastikan tiada kotoran seperti minyak melekat. Selepas itu, keringkan semalaman dan bolehlah dimasukkan ke dalam Tong Sampah Biasa. Pastikan sampah ini tidak melebihi 3 hari bagi mengelakkan berulat.

Jaring ini boleh didapati di mana-mana kedai Daiso.

Kesimpulannya, sampah-sampah hendaklah dibersihkan drp segala kekotoran yang boleh dibasuh (seperti sambal, kuah, susu, dan sebagainya).... Sesudah itu, keringkan sedikit sehingga tiada air yang bertakung di dalam sampah tersebut.....

Walaupun di Malaysia, setahu aku (maaf kalau silap) tiada kontraktor sisa pepejal / kutip sampah atau lebih dikenali sebagai lori sampah yang mengasingkan sampah mengikut kategori semasa kutip dari rumah ke rumah..... Tetapi dengan mengamalkannya sekurang-kurangnya rumah kita berada dalam keadaan bersih, tidak berbau, mengurangkan risiko berulat dan sekaligus dpt mengubah mentaliti sampah itu busuk dan lori sampah dpaat mengurangkan bau busuk..... Dan akhirnya udara di Malaysia akan kembali bersih dan segar...





Sunday, May 18, 2014

Cara buang sampah orang Jepun

Sepanjang duduk di Malaysia, aku tidak pernah pun diajarkan oleh sesiapapun tentang cara buang sampah..... yang aku tahu, ada je sampah, buang je dalam tong sampah.... bila dicakap "busuknya sampah...", dibalas "memanglah busuk, dah namanya pun sampah....".... sampai sudahlah mentaliti kita akan begitu.... bila dah ada keluarga dan rumah sendiri, aku terfikir, kenapalah sampah busuk sangat.... aku tak suka benda-benda busuk dan kotor.... aku hampir membenci sampah.. tetapi apabila aku muhasabah diri, sampah aku yang buat, jadi kalau aku tak buat sampah, tiadalah sampah... hmmm..... macam mana tu?

Apabila aku sampai di negara matahari terbit, Jepun, fikiran aku benar-benar berubah..... mana tidaknya.... aku lalu sebelah lori sampahpun, aku tak perasan... bila ditoleh balik, barulah perasan sebenarnya aku baru sahaja melepasi sebuah lori sampah yang tidak berbau.... hmmm.... aku rasa kagum yang amat... Kalau di Malaysia, lori sampah jauh sebatu, aku dah tahu...... hihihi.... bila lori sampah lalu depan rumah, aku dah tutup hidung.... hmmm.... macam mana tu?

Masa aku melawat Jepun pada tahun lepas dalam tempoh seminggu, aku tidak tahu macam mana sampah boleh tidak berbau..... mana tidaknya.... aku duduk hotel, tidak diberitahu macam mana nak buang sampah di Jepun.... tetapi bila aku menetap di Jepun selama 2 bulan, duduk di apartment sewa, barulah aku tahu macam mana cara untuk membuang sampah dengan betul supaya tidak berbau..... ada risalah tentang bagaimana membuang sampah dan jadual kutipan sampah..... tong sampah pun agak canggih, cantik dan bersih.....

Ini yang menjadikan udara di Jepun bersih dan nyaman.... ditambah pula, minyak petrol yang digunakan oleh kenderaan amat mesra alam.... tiada/kurang asap hitam atau asap kereta yang berbau (seperti di Malaysia) dikeluarkan ke ruang udara Jepun....

Begini caranya.....

  • Isnin - plastik, bekas-bekas polisterin, botol shampu dan sebagainya....
  • Selasa - sampah biasa (yang berbau. berminyak, kotor dan lain-lain)
  • Rabu - kotak, kertas, surat khabar dan sebagainya
  • Khamis - botol minuman (PET), botol kaca dan tin minuman
  • Jumaat - sampah biasa (yang berbau. berminya, kotor dan lain-lain)


Bagi hari Isnin..... plastik (pembalut makanan), bekas polisterin, botol shampu dan sebagainya yang berbau, berminyak dan kotor dibasuh terlebih dahulu.... kemudian, dikeringkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah (lutsinar atau separa lutsinar)....

Bagi hari Selasa.... sampah seperti makanan berlebihan, tulang ikan/ayam/daging dll,.... dibasuh dan dikeringkan (gunakan penapis atau jaring utk tos air)... ini bertujuan supaya sampah tersebut tidak berbau dan tidak berair.... sampah yang berair akan menyumbangkan kepada sampah yang berbau....

Bagi hari Rabu.... barangan berasaskan kertas (yang tidak kotor).... perlu diikat (tidak dimasukkan ke dalam plastik) dengan kemas....kotak besar perlu dikecilkan saiznya (gunting) sebelum diikat....

Bagi hari Khamis.... botol atau tin minuman perlulah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah.... penutup botol perlu ditanggalkan daripada botol... botol perlu dikemekkan (tanda recyclable)... botol yang keras seperti botol shampu/sabun perlu dimasukkan ke dalam kategori hari Isnin....

Bagi hari Jumaat.... seperti hari Selasa....

Tiada kutipan sampah dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad di kawasan kediaman (bergantung kepada kawasan tersebut..)....

Walau bagaimanapun, akan ada pekerja yang memantau tong sampah (digelar sebagai health engineer) di kawasan tumpuan ramai seperti zoo pada ada hari cuti (terutamanya hujung minggu)... ini bertujuan mengelakkan daripada tong sampah terlalu penuh dan bersepah....

Kesimpulannya, untuk memastikan sampah kita tidak/kurang berbau, maka basuh dan keringkan sampah kita terlebih dahulu... jangan dibiarkan berair/basah....

Namun, ada beberapa persoalan yang perlu diketengahkan:

  • Mengapa tidak dilaksanakan di Malaysia demi mencapai status negara maju? Siapa yang perlu lakukan? 
  • Jika minoriti penduduk Malaysia sahaja yang mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut, dan golongan inilah yang melakukannya sahaja, adakah ia berkesan? 
  • Bagaimana pula, jika ia dikuatkuasakan oleh pihak berwajib, dan sama-sama melakukan dan mengamalkannya, adakah ia akan berkesan?


Yang penting, bagi aku ialah pendidikan... masyarakat perlu dididik supaya mempunyai kesedaran tersebut..... dan supaya masyarakat melaksanakannya secara menyeluruh....