Wednesday, February 19, 2014

Islamkah Aku......?

Sekadar renungan daripada insan yang lemah.......

Islamkah aku......?

Islamkah aku.....Jika aku menghalang jalan orang dengan menunggu atau meletakkan kenderaan di tengah jalan sehinggakan susah untuk kenderaan lain lalu?

Islamkah aku.....Jika aku asyik mengeluh dengan hidup aku, mengeluh tentang kehidupan ini yang pastinya sementara buatku?

Islamkah aku.....Jika aku memandang buruk kepada orang sekeliling aku?

Islamkah aku.....Jika aku asyik menyalahkan orang lain tanpa asal usul periksa atau tanpa melihat kepada diri aku sendiri? Mungkinkah aku yang bersalah?

Islamkah aku.....Jika aku lengkap solat sehari 5 waktu, padahal aku selalu mengumpat, mengata, mengherdik orang lain?

Islamkah aku.....Jika aku tidak tepati janji?

Islamkah aku.....Jika aku tidak tepati masa?

Islamkah aku.....Jika aku tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah merata-rata? Padahal ada sahaja tong sampah tetapi penuh dengan sampah?




No comments:

Post a Comment