Semalam aku berbicara dengan salah seorang rakan sekerjaku.... berkenaan hmmm..... Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku.....
Di antara intipatinya:
Persoalan pertama:
Mengapa jambatan ke-2 Pulau Pinang dibina? Sudah tentulah untuk mengurangkan kesesakan jalan di jambatan lama? Adakah itu jalan penyelesaianya? Adakah dengan pembinaannya itu maka selesailah masalah kesesakan di jambatan? Adakah jumlah kenderaan di Malaysia ini tidak akan bertambah atau masih berkurang? Mari kita fikirkan dan hayati sama-sama bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut....
Bukankah dengan terbinanya jambatan ke-2 itu maka ramailah manusia akan terus memasuki Pulau Pinang? Sebab jalan di jambatan dah tak sesak... hmmm... mari fikir-fikirkan....
Bukankah jika ramai yg mula memasuki Pulau Pinang, maka semakin sesak? semakin ramai yang masuk pulau itu? Dari hari ke hari kenderaan semakin banyak di jalan raya......
Mengapakah pihak bertanggungjawab tidak sahaja membina jajaran keretapi dari tanah semenanjung ke Pulau Pinang? Kos? Tiada kesepakatan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri? hmmm.... mari kita fikir-fikirkan..... Jualan kereta meningkat dari sehari ke sehari siapa yang untung? hmmmm.... mari kita fikir-fikirkan.....
Mengapa tidak disediakan monorel atau LRT atau sebagainya di pulau tersebut sahaja? Bukankah dengan adanya pengangkutan tersebut dapat menarik lebih ramai ke pulau tersebut tanpa menggunakan kenderaan kita yang mana sudah pastinya menyesakkan lalulintas baik di jambatan mahupun di pulau tersebut?
Tiba-tiba aku terfikir, ramai orang pantai timur terutamanya kelantan susah untuk pulang ke kampung halaman masing2 dek kerana jalan yang jauh dan berbahaya? Nak balik hujung minggu kerana kenduri kahwin saudara mara pun berkira-kira... jauh, penat, minyak .... nasib baik tol kurang.....
Bayangkanlah jika ada satu jajaran keretapi laju dari lembah klang, di mana anak-anak kampung berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, ke kelantan, terengganu, kedah, perlis, johor yang dpt menghubungkan kebanyakan negeri-negeri di negara kita ini...... bagaimana keadaanya? Mungkinkah ramai yang pulang ke kampung kerap kali kerana wujudnya kemudahan seperti ini? Laju, cepat, tepat, "accessible"...... Tidakkah kita mahu keadaan seperti ini berlaku? Dapat memudahkan semua perjalanan rakyat negara kita? Dapat mengeratkan saudara mara kita di kampung-kampung?Mari kita fikir-fikirkan.... kajian menyeluruh perlu dilakukan.... Bukankah telah ramai yang menghasilkan kajian-kajian baik ilmiah atau yang bersifat komersial bagi memajukan negara kita? Di manakah kajian-kajian tersebut? Jika ada, mengapa kajian hanya tinggal kajian? Mengapa tidak diaplikasikan ke dunia nyata yang lebih realistik?
Bukankah ada baiknya jika kita semua sepakat, sehati sejiwa bagi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara yang kita cintai? Tanamkan sikap berbaik sangka, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya sebagaimana dianjurkan oleh agama Islam? Di manakah Islam di mata kita? Tunjukkanlah yang kita ini Islam yang mengamalkan Islam kepada orang yang bukan Islam.... Amalkanlah ajaran Islam secara menyeluruh.....
Wallah 'alam.....
~ Sekadar memberi pendapat secara peribadi ~
No comments:
Post a Comment