(Sambungan…)
Namun begitu, adakah pendidikan sebelah pihak sahaja sudah memadai? Mendidik dan memberi pendidikan agama kepada golongan yang mengandung sahaja? Mereka ini sudah pasti mempunyai pegangan agama yang lebih kuat berbanding sebelum ini, tidak begitu? Mereka mungkin sudah insaf dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi TETAPI adakah benar mereka tidak melakukannya lagi jika tiada godaan? Bagaimana pula jika mereka memang benar-benar tidak mahu melakukannya lagi TETAPI dipaksa untuk melakukannya lagi dan akhirnya mengandung untuk kali kedua?
Bagi fikiran saya, golongan hawa ini adalah golongan yang lemah dari segi fizikalnya. Jika dipaksa, mereka tidak mampu untuk melawannya. Jika diberi, mereka hanya menerimanya…. Oleh sebab itu, pendidikan agama dan kesedaran perlu diberikan kepada golongan ADAM juga. Merekalah penyebabnya! Jika tidak kerana golongan ADAM ini, maka golongan HAWA tidak akan mengandung! Tidak begitu? Jika golongan ADAM dididik dengan pendidikan agama yang sempurna sudah pasti perkara ini tidak berlaku. Golongan adam ini susah untuk dipaksa tetapi kuat untuk memaksa. Walau bagaimanapun, kelemahan golongan adam adalah mudah untuk digoda. Jadi, didiklah golongan adam dan hawa ini dengan agama yang sempurna supaya hawa tidak menggoda dan adam tidak memaksa.
Sepatutnya, bukan sahaja gadis-gadis yang mengandung ditempatkan di pusat jagaan tersebut tetapi kita perlu fikirkan bagaimana untuk menempatkan pasangan-pasangan mereka sekali ke pusat-pusat seperti pusat jagaan tersebut. Mungkin apabila telah disahkan pasangan mereka juga bersalah, maka perlulah ditempatkan di satu tempat seperti pusat penjagaan tersebut untuk menyedarkan mereka atas perbuatan mereka selama ini.
Kesimpulannya, pendidikan agama dan kesedaran kepada gadis-gadis yang mengandung tanpa ikatan sah sahaja tidak memadai. Pendidikan agama dan kesedaran kepada remaja-remaja lelaki juga amat diperlukan. Marilah kita fikirkan apakah cara yang terbaik untuk membantu anak-anak lelaki kita supaya tidak terus terjebak ke kancah maksiat dan sekaligus dapat mencapai sasaran gejala sosial sifar.
p/s: saya bukan anti kaum adam tetapi kasihkan kaumku supaya tidak menzalimi kaum hawa…… kaumku ialah kaum pemimpin bukan kaum penzalim….. wallahu ‘alam
No comments:
Post a Comment