Sunday, May 18, 2014

Cara buang sampah orang Jepun

Sepanjang duduk di Malaysia, aku tidak pernah pun diajarkan oleh sesiapapun tentang cara buang sampah..... yang aku tahu, ada je sampah, buang je dalam tong sampah.... bila dicakap "busuknya sampah...", dibalas "memanglah busuk, dah namanya pun sampah....".... sampai sudahlah mentaliti kita akan begitu.... bila dah ada keluarga dan rumah sendiri, aku terfikir, kenapalah sampah busuk sangat.... aku tak suka benda-benda busuk dan kotor.... aku hampir membenci sampah.. tetapi apabila aku muhasabah diri, sampah aku yang buat, jadi kalau aku tak buat sampah, tiadalah sampah... hmmm..... macam mana tu?

Apabila aku sampai di negara matahari terbit, Jepun, fikiran aku benar-benar berubah..... mana tidaknya.... aku lalu sebelah lori sampahpun, aku tak perasan... bila ditoleh balik, barulah perasan sebenarnya aku baru sahaja melepasi sebuah lori sampah yang tidak berbau.... hmmm.... aku rasa kagum yang amat... Kalau di Malaysia, lori sampah jauh sebatu, aku dah tahu...... hihihi.... bila lori sampah lalu depan rumah, aku dah tutup hidung.... hmmm.... macam mana tu?

Masa aku melawat Jepun pada tahun lepas dalam tempoh seminggu, aku tidak tahu macam mana sampah boleh tidak berbau..... mana tidaknya.... aku duduk hotel, tidak diberitahu macam mana nak buang sampah di Jepun.... tetapi bila aku menetap di Jepun selama 2 bulan, duduk di apartment sewa, barulah aku tahu macam mana cara untuk membuang sampah dengan betul supaya tidak berbau..... ada risalah tentang bagaimana membuang sampah dan jadual kutipan sampah..... tong sampah pun agak canggih, cantik dan bersih.....

Ini yang menjadikan udara di Jepun bersih dan nyaman.... ditambah pula, minyak petrol yang digunakan oleh kenderaan amat mesra alam.... tiada/kurang asap hitam atau asap kereta yang berbau (seperti di Malaysia) dikeluarkan ke ruang udara Jepun....

Begini caranya.....

  • Isnin - plastik, bekas-bekas polisterin, botol shampu dan sebagainya....
  • Selasa - sampah biasa (yang berbau. berminyak, kotor dan lain-lain)
  • Rabu - kotak, kertas, surat khabar dan sebagainya
  • Khamis - botol minuman (PET), botol kaca dan tin minuman
  • Jumaat - sampah biasa (yang berbau. berminya, kotor dan lain-lain)


Bagi hari Isnin..... plastik (pembalut makanan), bekas polisterin, botol shampu dan sebagainya yang berbau, berminyak dan kotor dibasuh terlebih dahulu.... kemudian, dikeringkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah (lutsinar atau separa lutsinar)....

Bagi hari Selasa.... sampah seperti makanan berlebihan, tulang ikan/ayam/daging dll,.... dibasuh dan dikeringkan (gunakan penapis atau jaring utk tos air)... ini bertujuan supaya sampah tersebut tidak berbau dan tidak berair.... sampah yang berair akan menyumbangkan kepada sampah yang berbau....

Bagi hari Rabu.... barangan berasaskan kertas (yang tidak kotor).... perlu diikat (tidak dimasukkan ke dalam plastik) dengan kemas....kotak besar perlu dikecilkan saiznya (gunting) sebelum diikat....

Bagi hari Khamis.... botol atau tin minuman perlulah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah.... penutup botol perlu ditanggalkan daripada botol... botol perlu dikemekkan (tanda recyclable)... botol yang keras seperti botol shampu/sabun perlu dimasukkan ke dalam kategori hari Isnin....

Bagi hari Jumaat.... seperti hari Selasa....

Tiada kutipan sampah dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad di kawasan kediaman (bergantung kepada kawasan tersebut..)....

Walau bagaimanapun, akan ada pekerja yang memantau tong sampah (digelar sebagai health engineer) di kawasan tumpuan ramai seperti zoo pada ada hari cuti (terutamanya hujung minggu)... ini bertujuan mengelakkan daripada tong sampah terlalu penuh dan bersepah....

Kesimpulannya, untuk memastikan sampah kita tidak/kurang berbau, maka basuh dan keringkan sampah kita terlebih dahulu... jangan dibiarkan berair/basah....

Namun, ada beberapa persoalan yang perlu diketengahkan:

  • Mengapa tidak dilaksanakan di Malaysia demi mencapai status negara maju? Siapa yang perlu lakukan? 
  • Jika minoriti penduduk Malaysia sahaja yang mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut, dan golongan inilah yang melakukannya sahaja, adakah ia berkesan? 
  • Bagaimana pula, jika ia dikuatkuasakan oleh pihak berwajib, dan sama-sama melakukan dan mengamalkannya, adakah ia akan berkesan?


Yang penting, bagi aku ialah pendidikan... masyarakat perlu dididik supaya mempunyai kesedaran tersebut..... dan supaya masyarakat melaksanakannya secara menyeluruh....








No comments:

Post a Comment