Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...
Negara maju yang aku idam-idamkan......
1 - pengangkutan awam yang efisyen. Dapat membawa seluruh warganegara dari satu tempat ke satu tempat dengan efisyen. Menyelesaikan kebanyakan masalah kesesakan jalan raya di sana sini. Biar sesak di dalam tren.... biar sesak ramai orang tetapi tidak sesak di jalan raya...
2 - Mempunyai tren yang pelbagai..... Ada tren/monorel:
- antarabandar yang terkemuka - yang menghubungkan negeri-negeri dalam negaraku.... seperti tren yang menghubungkan KL, Shah Alam, Ipoh, Butterworth, Alor Setar, K.Terengganu, Seremban, Johor Bahru dan sebagainya...
- dalam bandar (contoh KL) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik/shopping complex dalam bandaraya KL seperti Mid Valley, KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan lain-lain tempat menarik agar tidak susah payah warga kota berkereta persendirian untuk ke destinasi. Sekaligus, dapat menarik pelancong-pelancong asing ke dalam negara. Mudah urusan dari satu tempat ke satu tempat dengan tren yang efisyen.
- dalam bandar (Selangor terutamanya Shah Alam) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik di dalam shah alam seperti taman botani, taman-taman tasik, masjid-masjid, universiti-universiti...
- antara universiti / IPTA / IPTS / pusat2 pengajian lain - andai kata ada tren yang efisyen yang dapat menghubungkan kesemua universiti di dalam negara alangkah bagusnya untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melalui kesesakan lalulintas... untuk membuat research atau jaringan kerjasama....
- antara shopping complex - yang menghubungkan kesemua pusat-pusat membeli-belah agar kita dapat membeli belah dengan selesa. Jika barang yang kita cari tiada di sini, kita dapat mencari di tempat2 lain terutama apabila tiba musim perayaan... tanpa perlu memikirkan di mana mahu meletakkan kereta...
- monorel - yang dapat menghubungkan antara satu tempat dengan satu tempat di dalam kawasan kecil seperti Shah Alam seperti pejabat-pejabat, rumah-rumah ibadat spt masjid dan kawasan-kawasan perumahan... agar memudahkan rakyat untuk menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa... agar kurang kesesakan jalan terutama apabila waktu-waktu solat spt solat jumaat, hari raya, thaipusam dsbnya....
Andai kata kesemua jaringan tren/monorel tersebut dapat berhenti di satu pusat agar memudahkan perjalanan warganegara untuk bertukar-tukar tren terutamanya jika perjalanan mereka jauh..... Kuharap juga agar tren-tren tersebut menepati masa agar semuanya berjalan lancar...
Namun begitu, ada satu perkara yang sangat penting demi mencapai status negara maju iaitu keselamatan....
Kupanjat syukur kepada Illahi kerana melimpahkan nikmatnya hidup di negaraku yang maju....
No comments:
Post a Comment