Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Mengapa Malaysia masih tiada keretapi laju?

Semalam aku berbicara dengan salah seorang rakan sekerjaku.... berkenaan hmmm..... Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku.....

Di antara intipatinya:

Persoalan pertama:
Mengapa jambatan ke-2 Pulau Pinang dibina? Sudah tentulah untuk mengurangkan kesesakan jalan di jambatan lama? Adakah itu jalan penyelesaianya? Adakah dengan pembinaannya itu maka selesailah masalah kesesakan di jambatan? Adakah jumlah kenderaan di Malaysia ini tidak akan bertambah atau masih berkurang? Mari kita fikirkan dan hayati sama-sama bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut....

Bukankah dengan terbinanya jambatan ke-2 itu maka ramailah manusia akan terus memasuki Pulau Pinang? Sebab jalan di jambatan dah tak sesak... hmmm... mari fikir-fikirkan....

Bukankah jika ramai yg mula memasuki Pulau Pinang, maka semakin sesak? semakin ramai yang masuk pulau itu? Dari hari ke hari kenderaan semakin banyak di jalan raya......

Mengapakah pihak bertanggungjawab tidak sahaja membina jajaran keretapi dari tanah semenanjung ke Pulau Pinang? Kos? Tiada kesepakatan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri? hmmm.... mari kita fikir-fikirkan..... Jualan kereta meningkat dari sehari ke sehari siapa yang untung? hmmmm.... mari kita fikir-fikirkan.....

Mengapa tidak disediakan monorel atau LRT atau sebagainya di pulau tersebut sahaja? Bukankah dengan adanya pengangkutan tersebut dapat menarik lebih ramai ke pulau tersebut tanpa menggunakan kenderaan kita yang mana sudah pastinya menyesakkan lalulintas baik di jambatan mahupun di pulau tersebut?

Tiba-tiba aku terfikir, ramai orang pantai timur terutamanya kelantan susah untuk pulang ke kampung halaman masing2 dek kerana jalan yang jauh dan berbahaya? Nak balik hujung minggu kerana kenduri kahwin saudara mara pun berkira-kira... jauh, penat, minyak .... nasib baik tol kurang.....

Bayangkanlah jika ada satu jajaran keretapi laju dari lembah klang, di mana anak-anak kampung berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, ke kelantan, terengganu, kedah, perlis, johor yang dpt menghubungkan kebanyakan negeri-negeri di negara kita ini...... bagaimana keadaanya? Mungkinkah ramai yang pulang ke kampung kerap kali kerana wujudnya kemudahan seperti ini? Laju, cepat, tepat, "accessible"...... Tidakkah kita mahu keadaan seperti ini berlaku? Dapat memudahkan semua perjalanan rakyat negara kita? Dapat mengeratkan saudara mara kita di kampung-kampung?Mari kita fikir-fikirkan.... kajian menyeluruh perlu dilakukan.... Bukankah telah ramai yang menghasilkan kajian-kajian baik ilmiah atau yang bersifat komersial bagi memajukan negara kita? Di manakah kajian-kajian tersebut? Jika ada, mengapa kajian hanya tinggal kajian? Mengapa tidak diaplikasikan ke dunia nyata yang lebih realistik?

Bukankah ada baiknya jika kita semua sepakat, sehati sejiwa bagi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara yang kita cintai? Tanamkan sikap berbaik sangka, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya sebagaimana dianjurkan oleh agama Islam? Di manakah Islam di mata kita? Tunjukkanlah yang kita ini Islam yang mengamalkan Islam kepada orang yang bukan Islam.... Amalkanlah ajaran Islam secara menyeluruh.....

Wallah 'alam.....

~ Sekadar memberi pendapat secara peribadi ~



Saturday, January 18, 2014

Kos sara hidup meningkat

Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, aku terpanggil untuk membaca buat kali ke-2 untuk membaca buku "Rich Dad Poor Dad" yang aku beli pada tahun 2007.....Buku ini dahulu merupakan the Best Seller..... memang sangat berguna...... Jadi aku saja nak baca semula dengan tujuan mengingat kembali tips-tips berguna untuk menguruskan kewangan....

Buat masa ini, aku sedang membaca Chapter 2: Lesson One: The Rich Don't Work for Money......

Antara kata-kata yang aku suka ialah:

"Stop blamming other people  ... if you think other people is the problem then you have to change them. but if you think that you are the problem then you will change yourself, learn something and grow wider....but it is easier to change your self than anyone else...." - Rober T.Kiyosaki...


Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, di mana kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya, jadi, untuk meneruskan kehidupan ini, kita harus mengubah diri kita.... lihatlah cara kita berbelanja.... kurangkanlah apa yang mampu dikurangkan selagi mampu.... dan dalam masa yang sama, kita usahalah cari sesuatu untuk meningkatkan kualiti hidup kita..... bagi aku, kalau gaji byk mana sekalipun, kalau tak diuruskan dgn baik, pasti smpai bila2pun takkan cukup...

pepatah melayu ada mengatakan "Besar periuk besarlah keraknya".... jadi, sekarang kita buktikan bahawa jika periuknya besar, tidak semestinya kerakpun besar ....

Thursday, January 16, 2014

Kurus dalam masa 3 bulan? Betul ke?


"Kurusnya kau sekarang ni, kongsilah sikit rahsianya?
"Aku nampak kau kurus sekarang ni, ko makan supplement ke?"
"Kau nampak semakin kurus je....? Apa rahsianya atau kau sakit ke?"
"Mentang-mentanglah kau dah kurus sekarang ni.... pakai baju macam budak-budak.... bergaya" ... (hahaha, saja nak nampak muda....)

Tergelak aku...... "mana ada rahsia... aku cuma jaga pemakanan je".... "aku tak sakit lah, alhamdulillah sihat je".... "memang tak ada rahsia, kalau kau nak tahu, aku boleh ceritakan dari A to Z..."

Itulah antara respons daripada orang sekeliling terutamanya rakan sekerja apabila nampak perubahan pada diri aku.....

Aku kurus dalam masa 3 bulan!!!! Betul ke?

Ceritanya mulanya begini.... apabila usia perkahwinan aku hampir mencecah 5 tahun dan mempunyai dua orang anak, aku rasakan badan aku semakin tembam, walaupun tidak setembam mana tetapi bak kata orang memang berisi lah... dan perut aku pernah ditegur oleh ramai orang di sekeliling aku termasuk adik beradik, pak mentua dan sebagainya.... waktu itu berat badan aku hampir 90kg dan saiz pinggang aku 34 inchi... seluar bersaiz 34 inchi pun sudah berasa ketat apabila dipakai... risau untuk membeli pakaian baru terutamanya pakaian kerja, risau perut maju ke hadapan, risau nampak tidak "ganteng", risau penyakit mendatang bila berat badan naik... jadi, aku bertekad untuk mengurangkan buncit sahaja..... langkah pertama iaitu google bagaimana mengurangkan perut buncit....

terjumpa single buncit... so aku beli online... lebih kurang sebulan aku pakai, tak nampak kesan.. aku frust, aku google "kevin zahri", aku baca tips pemakanan.... dinasihatkan supaya kuantiti makanan dikurangkan setiap kali makan... contohnya daripada sepinggan, kurangkan separuh, daripada makan malam, kurangkan makan malam, kalau lapar makan sahaja roti2 (atau makan makanan yang kurang karbohidrat)....jangan makan makanan yang tinggi karbohidrat dan berlemak....jadi, aku skip sarapan dan makan malam... aku hanya makan roti sahaja utk kedua-dua waktu makan tersebut... tengah hari memang aku makan nasi tp dalam kuantiti yang sedikit (nasi separuh)... kesimpulannya, lepas aku cuba seminggu, aku nampak kesannya, berat aku berkurang sebanyak 1 kg..... oklah sbb aku tak sempat nak bersenam dan sebagainya.... .nampak gaya macam ada peluang utk kurus......selepas sebulan aku timbang berat aku berkurang 5 kg.... macam cerah je peluang utk kurus..... aku teruskan usaha aku sehinggalah hujung bulan ke-3.... berat aku turun sebanyak 19 kg..... kesimpulanya, selepas aku berdiet (menjaga pemakanan) selama 3 bulan, berat aku menjadi 71 kg.... Alhamdulillah, akhirnya menjadi kurus dan sekali gus mengurangkan buncit telah menjadi kenyataan.....

selepas itu, aku hanya menjaga pemakanan aku sahaja... tetapi selepas beberapa ketika, tiba-tiba aku rasa macam nak makan malam dan sarapan pagi, manakala makan tengah hari aku naikkan kuantiti balik....... aku makan je lah memandangkan aku dah kurus.... lepas beberapa hari aku amalkan, fuh... berat badan aku naik balik la dalam 2-3 kg.... tak boleh jadi ni... aku mulakan diet balik untuk mengekalkan kurus....

Apa yang aku amalkan utk jaga diet balik? skarang ni aku amalkan minum "cinch" keluaran shaklee sebagai ganti sarapan.... ada 3 perisa: Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate....yang paling sedap bagi aku ialah Cafe Latte.....

Untuk sesiapa yang inginkan kurus, Shaklee pun ada set menguruskan badan..... nanti bebila aku masa terluang, aku ceritakan pasal tu set kurus tersebut.....

Wasalam....

Saturday, April 14, 2012

Perkembangan Anak-anak 2

Tempoh hari aku ada menyebut tentang perkembangan si kakak yang sangat positif. Sebenarnya, perkembangn si adik juga positif. Ini kerana si adik sudah mula bertatih seawal 8 bulan dan kini sudah 10 bulan dia sudah pandai berjalan laju dengan bantuan tangan orang lain. Jika dia yakin, aku pasti dia sudah pandai berjalan tanpa apa-apa bantuan.

Perkembangan positif juga aku dapat lihat pada pelbagai sudut. Dia seakan-akan memahami tentang apa yang aku katakan dan apa yang aku lakukan. Sudah pandai menepuk apabila disuruh tepuk, sudah pandai merajuk apabila dimarahi dan juga sudah tahu apabila kami mahu meninggalkannya di rumah nenek-neneknya. Aku sangat bersyukur atas apa yang telah dikurniakan olehNya kepada aku dan anak-anak.

Walaupun, dia tidak mahu makan nasi namun aku tetap bersyukur badannya tetap besar dan tegap. Ini mungkin hasil daripada susuan ibunya yang tidak henti-henti. Aku berdoa agar dia mahu makan nasi suatu hari nanti. Amin....

Friday, April 13, 2012

Perkembangan Anak-anak

Bukan senang memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa... perlu menjaga dan mengambil tahu banyak perkara terutama perkara yang berkaitan dengan anak. Sentiasa bersabar dengan kelakuan anak tetapi jangan sampai membiarkan anak itu terus membuat perkara yang salah. Tegur dengan cara yang betul jangan sampai mendera anak. Cukuplah sekadar pukul dengan niat untuk menegur dan mendidik.

Sedar tak sedar, anak aku dah besar. Yang sulung berumur 2 tahun setengah dan kedua 10 bulan. Si kakak dihantar ke taska yang kami panggil sekolah. Ini kerana untuk membiasakan dirinya dengan istilah sekolah supaya tidak kekok apabila tiba masanya untuk ke sekolah sebenar nanti.

Lagipun, bagi aku, istilah sekolah itu amatlah sesuai digunakan di mana-mana peringkat. Walau bagaimanapun, kami tidak gemar menggunakan istilah "school" seperti kebanyakan ibu bapa yang gemar akan istilah tersebut. Apa yang aku tahu, antara alasan mereka menggunakan istilah itu adalah kerana utuk mengajar mereka berbahasa Inggeris. Ini samalah seperti penggunaan istilah "fish", "elephant" dan sebagainya. Bagi aku, itu bukanlah cara yang tepat untuk mengajar bahasa Inggeris. Bagi aku, ajarlah anak itu dengan cara bercakap dengan anak dalam ayat bahasa Inggeris yang penuh. Maksud aku, tidak semestinya bercakap bahasa Inggeris sepanjang hari. Tapi, terpulanglah, kalau nak cakap sepanjang hari pun lagi bagus.

Berbalik kepada cerita di atas, si adik pula dihantar ke rumah neneknya memandangkan dia masih kecil dan belum pandai berjalan lagi. InsyaALlah, apabila si adik sudah pandai berjalan, dia juga akan dihantar ke taska.

Bagi aku, taska adalah tempat yang sesuai bagi perkembangan kanak-kanak. Di sana hidup anak-anak akan lebih berdisplin. Mandi, makan, tidur, main dan sebagainya telah diatur oleh pihak taska. Apa yang aku perhatikan, perkembangan si kakak amat positif. Dia dah pandai baca doa sebelum dan selepas makan (walaupun sebutan tidak berapa tepat), menyanyi pelbagai jenis lagu sampai habis, dan yang paling mengujakan aku ialah dia dah kenal nombor 1 - 10 dan kebanyakan huruf. Alhamdulillah... Ini kerana dia pandai menyebut nombor plat kereta aku dan isteri aku. Bukan itu sahaja, dia kenal kebanyakan binatang apabila melihat kad imbas (flash card)....

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu perkembangan anak aku sama ada secara langsung ataupun tidak langsung terutama pihak taska dan saudara mara....

Mudah-mudahan anak-anak aku akan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan berguna pada agama, bangsa dan negara.... amin....