Showing posts with label biro tatanegara. Show all posts
Showing posts with label biro tatanegara. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Kursus Biro Tatanegara (BTN)

Kursus Biro Tatanegara atau lebih terkenal dengan panggilan BTN..... Kursus ini adalah wajib bagi semua pemegang biasiswa ke luar negara. Tujuannya adalah bagi memupuk rasa kecintaan kepada negara dan dengan harapan semua balik ke Malaysia dengan membawa ilmu bagi memajukan negara.

Aku diwajibkan menghadiri pada 19-23 April lalu sebagai memenuhi syarat biasiswa ke luar negara....

Pada awalnya, maklum balas daripada kenalan/rakan-rakan berkata kursus ini adalah sesi brainwash supaya kita cintakan Negara. Pendek kata, pergi jangan lupa balik Malaysia.... jadi, aku pun rasa malas nak ke kursus BTN tetapi disebabkan ia adalah wajib maka dengan perasaan malas, aku gagahkan juga..... setelah merasai sendiri kursus BTN ini, aku dapati ia tidaklah seperti yang dicanangkan (sesi brainwash). Mungkin orang yang tidak merasai sendiri kursus ini membuat tafsiran tersebut apabila melihat hasil daripada kursus ini ..... namun bagi aku, kursus ini tidak lain tidak bukan, menjelaskan perlembagaan Negara Malaysia, sedikit undang-undang, hala tuju negara dan kesan-kesan kepada negara kita apabila perlembagaan Negara tidak lagi dipegang dan dihormati...

Aku ingat lagi kata-kata fasilitator yang mengajar "kita bukan mempertahankan tubuh badan seseorang itu tetapi kita mempertahankan institusi dan kedaulatan negara kita".

Secara keseluruhannya, kursus ini mempunyai slot syarahan di dalam dewan besar yang memberi gambaran kasar tentang perlembagaan negara, menjadi negara maju dan isu keselamatan negara yang menjadi ancaman negara. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil, dalam 15 orang satu kumpulan. Di dalam kelas yang kecil itulah peserta akan diberi tugasan seperti LDK dan sebagainya untuk perbincangan. Beberapa kali sesi pembentangan setiap kumpulan yang tidak begitu serius. Maksudnya di sini ialah sesi pembentangan, bagi aku, bertujuan untuk kita berbincang sebentar sebelum diberikan penjelasan yang selanjutnya oleh fasi. Di sini, fasi adalah bertindak seperti seorang pensyarah yang penuh dengan ilmu perlembagaan, isu semasa, sejarah negara dan pelbagai perkara yang melibatkan negara.

Kesimpulannya, kursus ini BUKAN kursus BRAINWASH tetapi kursus ini adalah kursus untuk peserta mengenal perlembagaan Negara dan institusi Negara kita. Jadi, aku rasakan adalah lebih baik jika kursus seperti ini diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat iaitu sedari sekolah rendah dan menengah. Mungkin boleh dijadikan satu kursus wajib atau subjek wajib kepada sekolah-sekolah.

Walau bagaimanapun, aku percaya perlembagaan negara dan sejarah negara ada diajarkan di sekolah-sekolah tetapi kesannya aku tidak nampak. Ini mungkin kerana cara penyampaian subjek berkenaan tidak berkesan. Mana tidaknya, pelajar-pelajar sekolah dilatih untuk mengejar gred A bagi semua subjek bagi menjamin tempat di universiti-universiti kelak. Alangkah indahnya jika pelajar-pelajar sekolah kita dilatih supaya menyelami dan memahami perkara tersebut, tidak mengejar gred A semata-mata...

Mungkin juga perlu ada perubahan kepada sistem pendidikan kita yang mana sekarang ini meletakkan gred A adalah pelajar yang pandai, hebat dan cemerlang. Mungkin system pendidikan kita boleh ditransformasikan bagi melahirkan rakyatnya yang memahami dan mencintai negara kita. Mungkin label "straight As" boleh dihapuskan dan mungkin pihak berwajib tidak meletakkan A sebagai menjamin kepada kemasukan ke universiti dan mendapat biasiswa. Kaedah baru bagi mengukur semua perkara ini dapat diperkenalkan.....

Wallahu 'alam...