Showing posts with label negara maju bertamadun. Show all posts
Showing posts with label negara maju bertamadun. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Kursus Biro Tatanegara (BTN)

Kursus Biro Tatanegara atau lebih terkenal dengan panggilan BTN..... Kursus ini adalah wajib bagi semua pemegang biasiswa ke luar negara. Tujuannya adalah bagi memupuk rasa kecintaan kepada negara dan dengan harapan semua balik ke Malaysia dengan membawa ilmu bagi memajukan negara.

Aku diwajibkan menghadiri pada 19-23 April lalu sebagai memenuhi syarat biasiswa ke luar negara....

Pada awalnya, maklum balas daripada kenalan/rakan-rakan berkata kursus ini adalah sesi brainwash supaya kita cintakan Negara. Pendek kata, pergi jangan lupa balik Malaysia.... jadi, aku pun rasa malas nak ke kursus BTN tetapi disebabkan ia adalah wajib maka dengan perasaan malas, aku gagahkan juga..... setelah merasai sendiri kursus BTN ini, aku dapati ia tidaklah seperti yang dicanangkan (sesi brainwash). Mungkin orang yang tidak merasai sendiri kursus ini membuat tafsiran tersebut apabila melihat hasil daripada kursus ini ..... namun bagi aku, kursus ini tidak lain tidak bukan, menjelaskan perlembagaan Negara Malaysia, sedikit undang-undang, hala tuju negara dan kesan-kesan kepada negara kita apabila perlembagaan Negara tidak lagi dipegang dan dihormati...

Aku ingat lagi kata-kata fasilitator yang mengajar "kita bukan mempertahankan tubuh badan seseorang itu tetapi kita mempertahankan institusi dan kedaulatan negara kita".

Secara keseluruhannya, kursus ini mempunyai slot syarahan di dalam dewan besar yang memberi gambaran kasar tentang perlembagaan negara, menjadi negara maju dan isu keselamatan negara yang menjadi ancaman negara. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil, dalam 15 orang satu kumpulan. Di dalam kelas yang kecil itulah peserta akan diberi tugasan seperti LDK dan sebagainya untuk perbincangan. Beberapa kali sesi pembentangan setiap kumpulan yang tidak begitu serius. Maksudnya di sini ialah sesi pembentangan, bagi aku, bertujuan untuk kita berbincang sebentar sebelum diberikan penjelasan yang selanjutnya oleh fasi. Di sini, fasi adalah bertindak seperti seorang pensyarah yang penuh dengan ilmu perlembagaan, isu semasa, sejarah negara dan pelbagai perkara yang melibatkan negara.

Kesimpulannya, kursus ini BUKAN kursus BRAINWASH tetapi kursus ini adalah kursus untuk peserta mengenal perlembagaan Negara dan institusi Negara kita. Jadi, aku rasakan adalah lebih baik jika kursus seperti ini diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat iaitu sedari sekolah rendah dan menengah. Mungkin boleh dijadikan satu kursus wajib atau subjek wajib kepada sekolah-sekolah.

Walau bagaimanapun, aku percaya perlembagaan negara dan sejarah negara ada diajarkan di sekolah-sekolah tetapi kesannya aku tidak nampak. Ini mungkin kerana cara penyampaian subjek berkenaan tidak berkesan. Mana tidaknya, pelajar-pelajar sekolah dilatih untuk mengejar gred A bagi semua subjek bagi menjamin tempat di universiti-universiti kelak. Alangkah indahnya jika pelajar-pelajar sekolah kita dilatih supaya menyelami dan memahami perkara tersebut, tidak mengejar gred A semata-mata...

Mungkin juga perlu ada perubahan kepada sistem pendidikan kita yang mana sekarang ini meletakkan gred A adalah pelajar yang pandai, hebat dan cemerlang. Mungkin system pendidikan kita boleh ditransformasikan bagi melahirkan rakyatnya yang memahami dan mencintai negara kita. Mungkin label "straight As" boleh dihapuskan dan mungkin pihak berwajib tidak meletakkan A sebagai menjamin kepada kemasukan ke universiti dan mendapat biasiswa. Kaedah baru bagi mengukur semua perkara ini dapat diperkenalkan.....

Wallahu 'alam...

Sunday, February 15, 2015

Sistem Pendidikan

Sudah masuk tahun baru 2015...

Kebanyakan orang sudah mula berazam apabila masuk tahun baru... bagi aku, azam itu perlu ada pada semua orang supaya kita sentiasa mempunyai sasaran hidup yang lebih bermakna.... Namun, itu bukan apa yang aku hendak coretkan di sini.... apa yang aku hendak coretkan ialah mengenai perkara yang lebih besar lagi... iaitu pendidikan di Malaysia....

Aku bukanlah penyokong pembangkang atau pengkritik kerajaan... tetapi aku adalah seorang warganegara yang inginkan Negara yang aku cintai menjadi lebih baik daripada hari ini....

Mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, rata-rata ibu bapa masakini lebih mementingkan pelajaran anak-anak berbanding pendidikan anak-anak... anak-anak dihantar ke tadika yang mana boleh mengajarkan anak-anak kita membaca seawal usia 3 tahun.... di Malaysia, tadika seperti ini tumbuh bagaikan cendawan... di sana sini ada sahaja tadika swasta yang mempromosikan dan menjamin anak pasti akan pandai membaca apabila masuk tadika tersebut....

apabila sudah pandai membaca, ibu bapalah orang yang paling bahagia kerana anak mereka lebih pandai berbanding sepupu, saudara mara, ataupun rakan-rakan mereka.... apabila anak tersebut sudah pandai membaca sebelum masuk darjah satu sekolah kebangsaan, diharapkan dapatlah anak tersebut masuk sekolah golongan elit atau sekolah bestari dan sebagainya.... apabila tamat darjah enam, mulalah persekolahan menengah di sekolah-sekolah kebangsaan..... yang penting dapat duduki SPM sebelum ke peringkat universiti.... masa itu bermulalah perebutan biasiswa-biasiswa baik yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun swasta, dalam Negara mahupun luar Negara....

Tetapi, adakah kita sedar bahawa sistem pendidikan kita lebih kepada apa yang dipanggil sebagai exam-oriented (sistem berdasarkan peperiksaan)? bermula seawal tadika, rendah, menengah dan universiti?

semuanya diukur dengan peperiksaan.... bagaimana pula dengan sahsiah diri? Pembentukan akhlak, pembenihan nilai-nilai murni dalam diri rakyat Malaysia?

Mengapa kita sebagai ibu bapa tidak mendidik nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak? Berpandangan positif (bersangka baik), berbuat baik, rajin bekerja, rajin mencari ilmu, menjaga kebersihan dan sebagainya?

Adakah mungkin kita sebagai ibu bapa mahukan anak-anak menjadi bijak pandai tanpa mempedulikan pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni? Adakah ini kerana kita mahukan anak-anak kita mudah mendapat pekerjaan kelak dan boleh berdikari sendiri apabila dewasa? Adakah ini semua kerana ingin mengejar biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai pihak yang menjadikan pencapaiaan akademik sebagai kayu ukur?

Adakah ini tanggungjawab ibu bapa sahaja? Adakah ini tanggungjawab pihak berwajib sahaja? atau siapa? Yang pastinya kerjasama semua pihak perlu ada.... pihak berwajib, ibu bapa dan masyarakat....

Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak sejak awal lagi pasti Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai.... Namun, perkara ini jika dilaksanakan hanya oleh sesebuah keluarga sahaja, atau sesetengah tadika sahaja atau sesetengah sekolah rendah sahaja ... ia pasti tidak sampai ke semua warga Malaysia.....

Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak bermula di semua tadika, sekolah, dan universiti baik awam mahupun swasta.... InsyaAllah, aku pasti, Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai  sehingga sampai ke semua lapisan masyarakat....

Wallahu 'alam....









Saturday, November 8, 2014

Masalah sosial, gelaja sosial

Masalah sosial, gelaja sosial.... buli sampai masuk hospital..... curi moto smpai kene pukul teruk malah dibogelkan......

Masalah semakin menjadi-jadi.... murid tidak hormatkan guru, calar kereta guru, pukul guru... tiada lagi perasaan hormat dan segan terhadap orang tua dan sebagainya.....

Mengapa ini semua terjadi? Adakah sistem pendidikan kita semakin lemah...? Adakah rotan dapat mendisiplinkan pelajar? Adakah itu, adakah ini?

Mengapa mentaliti masyarakat kita masih tidak seperti mentaliti negara maju? Mengapa kebersihan tidak dijaga? Baik di rumah, pejabat, mahupun persekitaran kita.....

Aku tidak pandai, aku tidak punya ilmu yang dalam, aku tidak arif dalam bidang-bidang tersebut.... tetapi aku terfikir, orang-orang kenamaan, pihak berwajib ada yang ahli dalam pelbagai bidang..... Kita ramai ahli fikir, ramai yang graduan luar negara dari negara-negara maju.... ramai yang pegang jawatan besar... tetapi aku terfikir.... mengapa kita masih lagi ditakuk lama?

Mengapa tidak dikumpulkan semua ahli cerdik pandai dan cendekiawan negara bersatu membangunkan negara? atau adakah telah dikumpulkan tetapi kita masih tidak dapat membentuk masyarakat yang mentalitinya mentaliti negara maju? atau tindakan sepatutnya tidak diambil?

Seperti di Jepun, tempat awam adalah tempat larangan merokok.... tetapi ada disediakan satu ruang khas di satu sudut untuk mereka yang ingin merokok... mereka akan berkumpul di satu sudut itu utk merokok beramai-ramai... tidak merokok di merata-rata seperti di Malaysia....

Di Jepun, tandas mereka sangat bersih... tidak berbau... mengapa kita tidak begitu? Mengapa tandas kita tidak bersih dan kadang-kadang kotor sangat.... Di Jepun, anak-anak mereka diajar tentang kebersihan di kelas.... Mengapa kita tidak begitu?

Apa yang aku harapkan ialah..... pihak berwajib carilah satu formula bagi memandaikan rakyat kita supaya:
- berbaik sangka sesama rakyat...
- berbaik-baik di antara semua kaum tidak kira warna kulit....
- menjaga kebersihan... sampah dibuang di tempat yang betul... diuruskan dengan cara yang betul supaya tidak berulat dan sebagainya...
- bersikap rajin bekerja seolah-olah kita hidup 1000 tahun lagi...
- bersikap rajin beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari....

Kumpulkanlah golongan cerdik pandai kita dalam merangka negara kita ke arah negara maju yang bertamadun dan berakhlak mulia...... rendahkanlah diri kita dalam apa jua yang kita lakukan... baik kita sebagai anak, bapa, ketua pejabat, menteri, perdana menteri dan sebagainya....

Dengan itu, aku percaya kita dapat membentuk satu negara yang amat dikagumi di serata dunia.....