Showing posts with label kerjaya mulia. Show all posts
Showing posts with label kerjaya mulia. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa... Mr Mama...

Fuh.... tengok tajuk pun dah terketar aku nak cerita.....

Pengalaman yang sangat mencabar bagi aku.... sebelum itu, ingin aku ucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada umiku (Sharifa Husain) kerana telah berjaya membesarkan aku sehingga aku dewasa dan sehingga aku ke tahap ini (walaupun masih jauh lagi perjalanan aku sebagai seorang insan muslim).... didikan umi dan daddy yang membentuk peribadi aku ini... aku menjadi sangat bercita-cita tinggi, tegas, dan sangat menepati masa....

Mendidik, mengasuh, menjaga, melayan anak-anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah....

Apabila aku dicadangkan untuk bercuti selama 2 bulan untuk menjaga anak-anak sementara isteriku ke universiti (di Jepun), aku anggap semacam mudah kerana hanya melayan anak-anak, memasak, dan sebagainya... Di awal percutian, memang nampak mudah tapi apabila telah merasainya beberapa minggu... aku rasakan sangat susah... bukan aku tidak merancang perjalanan hidup di Jepun... telah aku rancangkan.... aku perlu memasak (guna perencah maggi segera... hahaha), mengemas, mengasuh dan mengajar anak-anak... siap dah bawa buku untuk diajarkan... baik buku mewarna, menulis, membaca dan sebagainya.... telah aku jadualkan, selepas sarapan dengan anak-anak, apa perlu aku lakukan.... selepas itu barulah bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran anak-anak secara tidak formal... aku cuba jadikan "kelas" itu menyeronokkan.....tidak terlalu lama, menarik dan menyeronokkan... maklumlah anak kecil 3 (lelaki) dan 5 (perempuan) tahun.... tetapi aku cuba juga untuk mendidik mereka... pelajaran-pelajaran lain diajarkan setiap hari dan akan diulang mengikut kesesuaian...

Aku mengajak (bukan menyuruh sebab aku ingin tunjukkan yang aku buat sekali) anak-anakku untuk:

  1. mewarna buku bergambar seperti kartun dan ABC... sekejap je fokusnya dlm 5 minit...
  2. membaca abc, mengira pensil dsbya...
  3. menulis.... anak 5 tahun dah memang pandai ... anak yg 3 tahun, mula-mula tak mahu pegang pensil langsung.... tetapi selepas beberapa hari, aku berjaya mengajarnya memegang pensil dan menulis walaupun satu huruf.... alhamdulillah...
  4. membaca buku adab dan mengajar adab... bercerita tentang adab terutamanya adab sebelum, ketika dan selepas makan... dan membaca beberapa doa...
  5. bercerita tentang apa sahaja seperti cita-cita mereka dan perkara yang mereka suka seperti frozen, upin ipin, ultraman dan sebagainya... walaupun mengarut aku layan saja.... hahaha
  6. mengemas rumah... mengajar supaya mengemas selepas makan... kalau bersepah sapu/vacum dan lap.... alhamdulillah awalnya berjaya sedikit mengajar mereka tentang itu tetapi lama kelamaan pudar sedikit.... mungkin akhirnya aku mengajar tanpa jiwa berbanding di peringkat awal...
  7. melipat baju (anak umur 5 tahun), alhamdulillah dia berjaya melipat seluarnya....
  8. membuang sampah mengikut kategori... alhamdulillah, mereka dapat membezakan antara kategori plastik dan sampah biasa... (setakat ini, 2 kategori itu sahaja sbb itu sahaja yang terpakai utk kami...)... lepas makan aiskrim/coklat/apa2 makanan berbalut mereka tahu membuang sendiri mengikut kategori... tak perlu disuruh lagi....
  9. mereka membaca iqra'.... yang 5 tahun tak jadi masalah... tetapi masalah kepada yang 3 tahun.... liat sikit...
  10. bersolat... walaupun tidak konsisten tetapi aku cuba juga... hebatnya di sini, apabila singgah masjid, pastinya anakku (3tahun) turut serta solat di dalam masjid... yang 5 tahun mengikut mamanya....
Walaupun aku telah laksanakan perkara-perkara tersebut, namun di akhirnya aku rasakan bahawa aku telah gagal melaksanakan kesemua tersebut..... aku gagal untuk mendidik anak-anakku seperti yang dirancangkan... hasilannya aku masih tidak berpuas hati kerana tidak seperti yang aku jangkakan... mungkin juga jangkaanku terlalu tinggi... hmmm.... pokoknya aku tidak berpuas hati dengan apa yang aku buat selama berada di bumi Jepun...

Akhirnya, aku mulai bosan, kosong dan terasa bukan jiwaku untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil kerana ia memerlukan banyak perhatian dan kesabaran..... bukan tugasku di sini.... jiwaku mungkin mendidik anak-anak yang sudah dewasa seperti jawatan yang aku jawat sekarang ini.... aku rasa seronok setiap masa apabila berhadapan dengan anak-anak muridku.... tidak pernah luntur perasaan itu... terutamanya hari Isnin, yang mana rata-rata orang biasanya ada perasaan "Monday blues" atau malas kerja.....

Tidak sabarku untuk kembali bekerja bukan kerana aku sudah bosan di Jepun tetapi aku rindu pada tugas-tugasku sebagai seorang pensyarah..... Aku seronok berada di Jepun melihatkan budayanya yang sangat unik dan sangat boleh dibanggakan sebagai seorang Islam.... Inilah suasana Islam yang aku cari... bersih, hormat dan yang penting sekali ialah SELAMAT.... selamat ke mana-mana walaupun seorang diri tanpa rasa takut....

Dengan apa yang aku telah lakukan selama hampir 2 bulan ini.... aku dapat rasakan tugas seorang suri rumah sepenuh masa yang digalas oleh umiku (yang mengasuh dan mendidik aku seramai 9 orang adik-beradik) amatlah berat.... berat tanggungjawab, banyak kerja yang dilakukan... 

aku dapat rasakan, sangatlah banyak kerja yang perlu dilakukan oleh suri rumah sepenuh masa sebenarnya seawal bangun pagi sehinggalah tidur di waktu malam.... sebenarnya, secara peribadi aku rasakan bahawa kerja suri rumah sepenuh masa adalah 24 jam....suri rumah perlu menyediakan makan minum suami dan anak-anak seawal pagi dan makan malam... kalau ada anak kecil atau anak yang masih tidak bersekolah? sudah tentu makan tengah harinya disediakan juga... belum dikira lagi pakaian.... basuh pakaian, sidai pakaian, gosok pakaian suami dan anak2 (yang bersekolah)? 

Semua ini mengingatkan aku segala kerja dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh umiku dahulu..... kalau sebelum ini, aku hanya melihat sahaja umiku dan kasihankannya tetapi sekarang aku pula yang merasainya....... syukur aku kepada Illahi, aku diberikan pengalaman sebegini agar aku dapat merasai sendiri pengorbanan umiku......

Dengan rendah diri, aku katakan aku rasa sangat hormat, tabik, kagum dan bangga dengan kerjaya yang mulia ini.... 

Terima kasih UMI dan terima kasih wanita...... engkaulah pendidik dan pembentuk generasi akan datang sebenarnya...... "Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia......"

Thursday, March 20, 2014

Malaysia idamanku.....

Merujuk post yang sebelum ini, aku terdetik dan terfikir.... masalah parking, kesesakan di Putrajaya telah lama berlaku... bila dicerita, diluahkan dan diadu ....jawapan yang sering kita dengar adalah .... "memang itu masalah biasa.... biasalah tu...."...
tetapi,
Adakah kita mahu melihat masalah itu terus menerus sampai bila-bila?
Adakah kita sanggup hidup dalam keadaan sebegitu?
Tiadakah jalan penyelesaian bagi masalah tersebut?
Tidak adakah seseorang yang berkuasa di situ yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut?

Jumlah kenderaan di Malaysia semakin hari semakin bertambah... bukan berkurang.... jika masalah ini tidak diatasi lambat laun Putrajaya akan menjadi lebih sesak dan sesak dan sesak....

Aku idamkan Putrajaya, KL dan di mana ada pejabat-pejabat awam, pejabat-pejabat swasta dan kawasan tumpuan orang ramai.... yang mana dapat diakses dengan mudah.....

Aku idamkan kawasan-kawasan tersebut mempunyai kenderaan awam yang cekap, tepati masa dan efisyen supaya semua urusan dapat diselesaikan dalam masa yang sepatutnya....

Aku idamkan supaya ada tren, bullet, monorel, LRT dan seumpamanya bagi membantu rakyat dalam berurusan dengan pelbagai pihak terutamanya kerajaan.....

Aku harapkan ada pegawai atasan / berwajib / berkuasa yang dapat menyelesaikan masalah-masalah sedemikian....

Wahai umat Islam... bangunlah, bangkitlah, ayuh kita bekerja seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi ... dan beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari....

Sunday, January 15, 2012

Penat tetapi menyeronokkan

Itulah dia perasaan yang aku alami selama bergelar seorang pensyarah. Penat memang penat tetapi itulah yang aku cari, kepuasan diri…..
Puas hati apabila dapat mencurahkan ilmu kepada anak-anak murid, berkongsi pengalaman kerja dan pengalaman hidup, di samping menasihati anak-anak murid walaupun belum tentu mereka mendengar dan sudah tentu mereka tidak suka mendengar bebelan tersebut. Hahaha….. Yang pasti, aku mendapat kepuasan diri apabila ilmu yang dicurahkan dapat difahami dan digunakan oleh anak-anak murid….
Hampir setiap hari hidup aku di pejabat adalah mengajar. Ada juga hari di mana aku tidak mempunyai kelas tetapi ada kerja-kerja selain daripada mengajar yang perlu aku lakukan. Di antara kesibukan itu adalah persiapan mengajar kerana aku tidak suka sama sekali menghadirkan diri di dalam kelas tanpa persediaan yang rapi. Kata orang, aku ini seperti ‘perfectionist’. Apa yang aku buat, aku cuba jadikan ia sesempurna yang boleh.
Sebelum ini, aku pernah bekerja di pelbagai organisasi sebagai pekerja di bahagian pentadbiran. Ini termasuklah jabatan kerajaan mahupun swasta. Perbezaan ketara yang aku dapat rasakan ialah kepuasan diri. Dulu aku tidak mendapat kepuasan diri sehinggalah aku mengambil keputusan untuk segera melanjutkan pelajaran di peringkat Master demi mencapai apa yang dihajati. Kini, aku berasa sangat berpuas hati dengan kerja aku, seronok walaupun penat. Dulu, kalau penat, selalu aku mengeluh dan terasa ingin sahaja berhenti kerja dan selalu rasa malas untuk ke pejabat. Kini, tidak lagi. Sungguhpun penat, aku sentiasa bermotivasi untuk ke pejabat bagi menyiapkan kerja-kerja aku. Setiap hari aku bekerja lebih masa walaupun tidak dibayar elaun lebih masa. Dulu, pasti aku mengeluh jika perlu bekerja lebih masa (walaupun dibayar) dan sentiasa mengelak supaya aku dapat pulang ke rumah segera. Pasti aku mengelak untuk datang pejabat pada hari cuti atau hari sabtu ahad. Kini, aku sentiasa bermotivasi untuk ke pejabat sehinggakan aku sanggup pergi ke pejabat pada hari-hari cuti. Namun begitu, komitmen terhadap keluarga aku bertambah. Sudah mempunyai 2 orang anak, susah untuk itu. Tetapi jika perlu dan terpaksa ke pejabat pada hari minggu, aku tidak pernah mengelak.
Jika dulu, penat di pejabat tidak akan terbawa-bawa ke rumah. Tetapi kini, aku terpaksa membawa pulang ke rumah demi memastikan kerja-kerja aku siap dan kelas aku berjalan lancar. Dulu, sampai sahaja rumah, aku dapat berehat dan hari-hari cuti merupakan hari cuti yang bermakna bagi aku. Tidak perlu fikir pasal kerja. Bagi aku, kerja hanya perlu difikirkan pada hari bekerja dan waktu kerja sahaja. Kini, kerja aku tidak pernah putus. Asalkan tidak siap kerja sahaja, pasti aku membawa pulang kerja-kerja tersebut. Contohnya, persediaan kelas pada minggu berikut, perlu disiapkan sebelum masuk kelas hari pertama pada minggu berikutnya. Jika tidak, sudah pasti anak-anak murid aku kabur dengan pelajaran pada hari tersebut. Mudah-mudahan, anak-anak murid aku belajar bersungguh-sungguh walau apapun bidang yang mereka ceburi dan juga mudah-mudahan mereka berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
Itulah dia kerjaya aku sekarang. Penat tetapi menyeronokkan.