Showing posts with label fikir positif. Show all posts
Showing posts with label fikir positif. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Sistem Pendidikan

Sudah masuk tahun baru 2015...

Kebanyakan orang sudah mula berazam apabila masuk tahun baru... bagi aku, azam itu perlu ada pada semua orang supaya kita sentiasa mempunyai sasaran hidup yang lebih bermakna.... Namun, itu bukan apa yang aku hendak coretkan di sini.... apa yang aku hendak coretkan ialah mengenai perkara yang lebih besar lagi... iaitu pendidikan di Malaysia....

Aku bukanlah penyokong pembangkang atau pengkritik kerajaan... tetapi aku adalah seorang warganegara yang inginkan Negara yang aku cintai menjadi lebih baik daripada hari ini....

Mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, rata-rata ibu bapa masakini lebih mementingkan pelajaran anak-anak berbanding pendidikan anak-anak... anak-anak dihantar ke tadika yang mana boleh mengajarkan anak-anak kita membaca seawal usia 3 tahun.... di Malaysia, tadika seperti ini tumbuh bagaikan cendawan... di sana sini ada sahaja tadika swasta yang mempromosikan dan menjamin anak pasti akan pandai membaca apabila masuk tadika tersebut....

apabila sudah pandai membaca, ibu bapalah orang yang paling bahagia kerana anak mereka lebih pandai berbanding sepupu, saudara mara, ataupun rakan-rakan mereka.... apabila anak tersebut sudah pandai membaca sebelum masuk darjah satu sekolah kebangsaan, diharapkan dapatlah anak tersebut masuk sekolah golongan elit atau sekolah bestari dan sebagainya.... apabila tamat darjah enam, mulalah persekolahan menengah di sekolah-sekolah kebangsaan..... yang penting dapat duduki SPM sebelum ke peringkat universiti.... masa itu bermulalah perebutan biasiswa-biasiswa baik yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun swasta, dalam Negara mahupun luar Negara....

Tetapi, adakah kita sedar bahawa sistem pendidikan kita lebih kepada apa yang dipanggil sebagai exam-oriented (sistem berdasarkan peperiksaan)? bermula seawal tadika, rendah, menengah dan universiti?

semuanya diukur dengan peperiksaan.... bagaimana pula dengan sahsiah diri? Pembentukan akhlak, pembenihan nilai-nilai murni dalam diri rakyat Malaysia?

Mengapa kita sebagai ibu bapa tidak mendidik nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak? Berpandangan positif (bersangka baik), berbuat baik, rajin bekerja, rajin mencari ilmu, menjaga kebersihan dan sebagainya?

Adakah mungkin kita sebagai ibu bapa mahukan anak-anak menjadi bijak pandai tanpa mempedulikan pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni? Adakah ini kerana kita mahukan anak-anak kita mudah mendapat pekerjaan kelak dan boleh berdikari sendiri apabila dewasa? Adakah ini semua kerana ingin mengejar biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai pihak yang menjadikan pencapaiaan akademik sebagai kayu ukur?

Adakah ini tanggungjawab ibu bapa sahaja? Adakah ini tanggungjawab pihak berwajib sahaja? atau siapa? Yang pastinya kerjasama semua pihak perlu ada.... pihak berwajib, ibu bapa dan masyarakat....

Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak sejak awal lagi pasti Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai.... Namun, perkara ini jika dilaksanakan hanya oleh sesebuah keluarga sahaja, atau sesetengah tadika sahaja atau sesetengah sekolah rendah sahaja ... ia pasti tidak sampai ke semua warga Malaysia.....

Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak bermula di semua tadika, sekolah, dan universiti baik awam mahupun swasta.... InsyaAllah, aku pasti, Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai  sehingga sampai ke semua lapisan masyarakat....

Wallahu 'alam....









Saturday, May 17, 2014

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia.... bahagian 2

Andai negaraku tercinta......

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Negara maju yang aku idam-idamkan......

Aman damai....

  • kurang kadar jenayah...
  • rasa selamat ke mana-mana seperti negara-negara maju lain... tiada gunanya negara maju jika tidak selamat..
  • jika menggunakan tren atau pengangkutan awam, lagilah perlukan sangat rasa selamat ke mana-mana... tiada pencuri, perompak, penyamun, penculik dan sebagainya...


Apa yang aku cadangkan?

  • wujudkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan pastikan ia diajarkan dengan cara yang berkesan... tentang ADAB, KESOPANAN, KEBERSIHAN, KESELAMATAN dan lain-lain perkara baik dan positif......
  • ajarkan tentang kebersihan.... 
    • bersihkan diri dan pastikan diri sentiasa bersih.... bersihkan tempat tidur, bilik tidur, bilik air, rumah, kawasan sekeliling rumah dan seterusnya negara kita... pupukkan rasa ingin hidup dalam keadaan bersih selari dengan kehendak agama....
    • ajarkan juga tentang cara membuang sampah dengan betul .... bagi memastikan sampah tidak terlalu busuk.... (akan dikongsikan bersama dalam coretan akan datang)....
  • tanamkan dalam diri anak-anak kita tentang berbuat baik dibalas baik.. berbaik-baiklah dengan semua orang... fikirkanlah positif TETAPI awas juga dengan orang jahat kerana mereka berada di mana-mana...
  • tanamkan cintakan negara dan agama..
  • tanamkan rasa hormat antara agama, antara bangsa, antara tua dan muda... sesama sendiri.....

Oleh itu, aku rasakan perlunya ada transformasi dalam pendidikan negara... libatkan professor-professor, para ilmuan, para saintis, para guru/pendidik,.... dan yang paling penting ialah para ustaz/ustazah/agamawan... di samping itu, kita ada ramai Tokoh Maal Hijrah (ada juga yang bukan beragama Islam).... mereka ini dikategorikan telah berjaya mendidik anak-anak mereka dalam pelbagai lapangan bidang.... jemputlah mereka bagi mendapatkan input-input berguna dalam membentuk satu Pelan Pendidikan yang lebih mantap, menyeluruh dan berkesan dengan nilai-nilai murni demi membentuk sebuah negara maju yang penuh dengan nilai-nilai murni.....

Jika anda adalah atau bakal pegawai yang berkuasa atau boleh menyumbangkan ke arah Pelan Pendidikan yang lebih mantap, saya menyeru dan merayu agar perkara-perkara tersebut dipertimbangkan demi ke arah negara maju yang lebih cemerlang...

Bagi aku, di saat ini, negara kita dalam keadaan kucar-kacir, perbalahan sesama sendiri, kritik-mengkritik antara satu sama lain..... sesama warganegara... rasa hormat telah terhapus..... apabila berlaku sedikit perlanggaran atau perselisihan faham, maka masing-masing menunjukkan kekuatan.... tidak kira agama, tidak kira bangsa.....

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, aku menyeru  seluruh warganegaraku.... marilah kita bersama-sama membangunkan dan memperbaiki diri dan seterusnya masyarakat ke arah negara maju yang bertamadun...... penuh dengan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.....







Saturday, March 22, 2014

Pendidikan: Ilmu, Akhlak dan Amalan

Di negara kita, perkembangan agama Islam nampak semakin positif. Ceramah-ceramah agama di sana sini mudah didapati. Kemunculan ustaz-ustaz muda dan menarik dari segi penampilan dan semasa menyampaikan ceramah merupakan tarikan kepada generasi muda, generasi pelapis di Malaysia.....

Secara peribadi, aku katakan bahawa insyaAllah, ada perkembangannya.... anak-anak muda telah mula belajar Islam secara mendalam dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup.... anak-anak muda perempuan sudah ramai yang bertudung elok dan berstokin tangan dan kaki untuk menutup aurat mereka... artis-artis baik lelaki mahupun perempuan sudah mula berhijrah seorang demi seorang... Syabas kepada pendakwah-pendakwah yang tidak mengenal jemu menyampaikan dan mengajak masyarakat hari ini ke arah hidup yang lebih bermakna di dunia dan akhirat...

Ibu bapa kini ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama terutamanya di peringkat taska dan tadika... ini menunjukkan ada kesedaran dalam masyarakat kita sekarang... sekolah-sekolah agama kerajaan pun sudah ada yang mengajar agama sebagai subjek teras malah telah memasukkan sains dan teknologi ke dalamnya.... syabas.....

Namun begitu, pada fikiran aku, untuk mencapai negara berstatus negara maju berkonsepkan Islam, semua sekolah sepatutnya mengajarkan agama Islam secara menyeluruh kepada rakyat..... penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan tentang apa itu Islam, cara hidup Islam dan sebagainya..... Islam jika diamalkan, aku pasti dan yakin, negara kita boleh mencapai status negara maju dengan cepat.... Ini kerana Islam mengajarkan manusia supaya hidup dalam aman dan damai.... mengamalkan pelbagai akhlak terpuji, ikhlas diri, berfikiran positif, saling menghormati dan banyak lagi yang tidak tersenarai.... sekaligus, pasti jenayah dapat dikurang....

Mengikut definisi al-khawatir (salah satu slot TV al-hijrah yang selalunya disiarkan pada pukul 7.30 malam setiap hari), kemajuan = ilmu + amal + akhlak....... aku sangat setuju dengan definisi tersebut..... definisi tersebut sebenarnya telah diamalkan di negara bukan Islam yang termaju iaitu Jepun.... ramai orang yang aku kenal berkata, "Di Jepun, ada nilai-nilai Islam... itulah sepatutnya kita amalkan...." . Ini termasuklah ketepatan masa yang diamalkan....

Mendidik rakyat secara menyeluruh dengan memasukkan nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur, amanah, tepati masa, rajin dan sebagainya, pasti negara kita maju dengan cepat dan pantas.... untuk mendidik rakyat dengan perkara tersebut bukan perkara mudah dan bukan dilakukan oleh satu pihak..... semua pihak seperti diri sendiri, ibu bapa, guru-guru dan kerjaan perlulah bekerja sama dalam menjayakan perkara tersebut.....

Pendidikan perlulah bermula dari rumah.... diri sendiri perlu memulakan langkah baru dengan cara berhijrah ke arah yang lebih baik.... ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti diajarkan oleh Islam.... namun begitu, perubahan individu dan ibu bapa sudah ketara sekarang ini tetapi satu lagi pihak yang sangat berpengaruh perlu mengambil tindakan menyeluruh.... Kerajaan dan pihak berkuasa jika mengambil tindakan menyeluruh pasti perkembangan Islam akan menjadi lebih cepat dan berkesan....  Jangan takut wahai rakan-rakanku yang bukan Islam.... Islam jika diteliti dan difahami pasti membawa kepada kemajuan dan keamanan kepada seluruh manusia di muka bumi ini.....

Jika mendidik rakyat bermula dari bawah iaitu bermula dari taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya universiti, pasti kejayaan berlipat kali ganda hasilnya.... Jika semua peringkat pendidikan diterapkan dengan nilai-nilai murni pasti bahagia hidup di dunia ini....

Kini, orang perseorangan telah mengambil alih tugas mendidik anak-anak secara Islami dengan nilai-nilai murni di peringkat taska dan tadika....hasilnya dapat dilihat kepada anak-anak yang belajar di taskan/tadika tersebut.... mereka nampak lebih menonjol dari segi akhlaknya, amalnya dan sebagainya.... anak-anak ini boleh menghafal surah-surah lazim, berdikari dan bermacam lagi sejak kecil lagi..... syabas diucapkan.....

Jika tugas ini dijalankan dan diperluaskan oleh pihak berkuasa/kerajaan pasti ramai lagi rakyat kita dapat dididik dengan jayanya.... ini kerana, tidak semua ibubapa yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke taska/tadika swasta kerana yurannya yang agak mahal.... jika sekolah-sekolah bantuan kerajaan dapat menjalankan tugas-tugas seperti di sekolah-sekolah swasta pasti agenda mendidik anak dan memajukan negara dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin....

Namun, ini merupakan agenda negara.... semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.... jika hanya satu-satu pihak yang menjalankannya mana mungkin kejayaan dapat dikecapi.... atau mungkin dikecapi tetapi ia pasti mengambil masa yang sangat panjang....


Wallahu 'alam.....

p/s: Ini hanyalah pendapat peribadi penulis.... pasti ada cacat celanya.... Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.....






Thursday, March 20, 2014

Malaysia idamanku.....

Merujuk post yang sebelum ini, aku terdetik dan terfikir.... masalah parking, kesesakan di Putrajaya telah lama berlaku... bila dicerita, diluahkan dan diadu ....jawapan yang sering kita dengar adalah .... "memang itu masalah biasa.... biasalah tu...."...
tetapi,
Adakah kita mahu melihat masalah itu terus menerus sampai bila-bila?
Adakah kita sanggup hidup dalam keadaan sebegitu?
Tiadakah jalan penyelesaian bagi masalah tersebut?
Tidak adakah seseorang yang berkuasa di situ yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut?

Jumlah kenderaan di Malaysia semakin hari semakin bertambah... bukan berkurang.... jika masalah ini tidak diatasi lambat laun Putrajaya akan menjadi lebih sesak dan sesak dan sesak....

Aku idamkan Putrajaya, KL dan di mana ada pejabat-pejabat awam, pejabat-pejabat swasta dan kawasan tumpuan orang ramai.... yang mana dapat diakses dengan mudah.....

Aku idamkan kawasan-kawasan tersebut mempunyai kenderaan awam yang cekap, tepati masa dan efisyen supaya semua urusan dapat diselesaikan dalam masa yang sepatutnya....

Aku idamkan supaya ada tren, bullet, monorel, LRT dan seumpamanya bagi membantu rakyat dalam berurusan dengan pelbagai pihak terutamanya kerajaan.....

Aku harapkan ada pegawai atasan / berwajib / berkuasa yang dapat menyelesaikan masalah-masalah sedemikian....

Wahai umat Islam... bangunlah, bangkitlah, ayuh kita bekerja seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi ... dan beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari....

Wednesday, March 12, 2014

MH370, Kemarau dan Jerebu - Ujian atau Bala?

Ya Allah, Malaysia dilanda ujian? atau mungkinkah bala?

Mula-mula Malaysia negaraku tercinta mengalami jerebu dan kemarau.... hujan tidak turun sudah beberapa lamanya.... dan ia menyebabkan kemarau yang berpanjangan... air di pelbagai empangan semakin surut dan kemudian dicatu....

tak habis lagi isu tersebut, Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370.. pesawat yang dikatakan tercanggih hilang di pandangan manusia... pelbagai pihak dari pelbagai negara memberi bantuan kepada misi mencari pesawat tersebut... tidak kurang juga, ada yang menyalahkan antara satu sama lain dan ada yang membuat pelbagai spekulasi tanpa bukti... hanya mengikut akal dan fikiran manusia...

Aku setuju dengan Kapten Norudin, kita kene berbalik kepada Sang Pencipta.... serahkan segala-gala kepadaNya....Dia Yang Mencipta dunia ini... Dia juga Yang Maha Mengetahui segala-gala yang berlaku di dunia ini....

Wahai insan yang kerdil di dunia ini terutamanya rakyat Malaysia, marilah kita bersatu hati, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya mohon agar segala permasalahan yang dihadapi oleh Malaysia dapat diselesaikan dengan segera...

Aku kagum dan bangga dengan rakyat Malaysia yang kini kebanyakannya telah kembali berserah kepada Allah dengan solat hajat (memohon dipermudahkan misi mencari MH370) dan solat istisqa (memohon hujan)... teruskan Malaysia... mari kita ramai-ramai dan tambah lagi bilangan yang menyertai solat-solat tersebut....

Akhir kata, marilah sama-sama perjuangkan agama Allah di dunia ini.... tegakkanlah agama Allah di dunia ini terutamanya di bumi Malaysia yang tercinta..... sesungguhnya jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kita.... Amin...





Wednesday, February 19, 2014

Let's think positive

Alhamdulillah......syukurku ke hadrat illahi... aku masih bernafas lagi di dunia ini bagi menghambakan diri padaNya..... semoga hidup aku ini akan terus cemerlang dan gemilang di samping menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridku terutamanya yang seagama denganku....

Fikirkan positif... fikirkan yang baik-baik segaris dengan anjuran Islam supaya kita bersangka baik sesama insan tidak mengira sesiapa sahaja....

Apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain, kita fikir positif...
Apa sahaja yang berlaku, kita fikir positif.....
Apa sahaja yang akan berlaku, kita fikir positif....

Anak-anak murid sekalian, jadikanlah perjalanan hidup kita ini satu perjalanan hidup yang positif, insyaALlah hasilnya pasti positif....