Lanjutan daripada entri sebelum ini "Malaysia bakal menjadi negara 4 musim?"..... ada yang tertanya-tanya sama ada Malaysia mengalami jerebu sekarang ini sebab cuaca sekarang ini sangat tidak panas seperti biasa di Kuala Lumpur.... dan apabila menyedut udara luar, kita dapat rasakan bahawa cuaca tidak panas dan tidaklah berasa sejuk.... matahari tidak secerah seperti biasa.... aku ada jawapan tersendiri.... kita, Malaysia, terutamanya di bandar-bandar metropolitan, kalau mengalami musim sejuk sekalipun, aku rasa tidak akan sesejuk dan sesegar udara Tokyo di Jepun.... Mengapa?
Berdasarkan lawatan seminggu aku ke Jepun hujung tahun lalu, secara peribadi aku berpendapat bahawa Malaysia terlalu banyak asap terutama asap kenderaan (kereta, lori, bas) dan sebagainya.... ini termasuklah rokok.... asap lori, bas? sangat kotor.... Mengapa Malaysia masih tidak boleh kuatkuasakan penggunaan petrol yang bersih dan mesra alam? Mengapa Malaysia tidak boleh kuatkuasakan kawasan larangan merokok? Walaupun ada sesetengah kawasan larangan merokok telah dikuatkuasakan, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh mengikut peraturan? Kita perlu buat sesuatu kepada negara kita iaitu melalui pendidikan.... sebagai contoh mendidik anak bangsa Malaysia supaya mematuhi peraturan....
Penggunaan petrol kenderaan di Jepun, aku dapat rasakan bahawa tidaklah sekotor kita... penggunaan petrol mereka adalah mesra alam... maaf kalau aku tersalah info dan ini aku tidak dapat pastikan jenis petrolnya, tetapi yang aku dapat pastikan bahawa kenderaan mereka tidak mengeluarkan asap yang kotor... dan jumlah kenderaan tidak sebanyak kita di Malaysia... rata-rata rakyat Jepun menggunakan kenderaan awam (keretapi) untuk ke sana ke mari... dan pengangkutan awam mereka adalah yang tercanggih di dunia... keretapi mereka juga sangat mesra alam......Mengapa Malaysia tidak boleh menjadi seperti Jepun?
Di Jepun juga, ada tempat khas untuk merokok... mereka tidak merokok merata-rata, tidak meludah merata-rata, tidak membuang sampah merata-rata dan boleh dikatakan mereka telah mengamalkan nilai-nilai Islam di sana... mengapa Malaysia yang majoritinya adalah Islam tetapi tidak mengamalkan nilai-nilai Islam sepenuhnya seperti di Jepun?
Fikir-fikirkan dan bertindaklah......