Showing posts with label mendidik anak bangsa. Show all posts
Showing posts with label mendidik anak bangsa. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia.... bahagian 2

Andai negaraku tercinta......

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Negara maju yang aku idam-idamkan......

Aman damai....

  • kurang kadar jenayah...
  • rasa selamat ke mana-mana seperti negara-negara maju lain... tiada gunanya negara maju jika tidak selamat..
  • jika menggunakan tren atau pengangkutan awam, lagilah perlukan sangat rasa selamat ke mana-mana... tiada pencuri, perompak, penyamun, penculik dan sebagainya...


Apa yang aku cadangkan?

  • wujudkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan pastikan ia diajarkan dengan cara yang berkesan... tentang ADAB, KESOPANAN, KEBERSIHAN, KESELAMATAN dan lain-lain perkara baik dan positif......
  • ajarkan tentang kebersihan.... 
    • bersihkan diri dan pastikan diri sentiasa bersih.... bersihkan tempat tidur, bilik tidur, bilik air, rumah, kawasan sekeliling rumah dan seterusnya negara kita... pupukkan rasa ingin hidup dalam keadaan bersih selari dengan kehendak agama....
    • ajarkan juga tentang cara membuang sampah dengan betul .... bagi memastikan sampah tidak terlalu busuk.... (akan dikongsikan bersama dalam coretan akan datang)....
  • tanamkan dalam diri anak-anak kita tentang berbuat baik dibalas baik.. berbaik-baiklah dengan semua orang... fikirkanlah positif TETAPI awas juga dengan orang jahat kerana mereka berada di mana-mana...
  • tanamkan cintakan negara dan agama..
  • tanamkan rasa hormat antara agama, antara bangsa, antara tua dan muda... sesama sendiri.....

Oleh itu, aku rasakan perlunya ada transformasi dalam pendidikan negara... libatkan professor-professor, para ilmuan, para saintis, para guru/pendidik,.... dan yang paling penting ialah para ustaz/ustazah/agamawan... di samping itu, kita ada ramai Tokoh Maal Hijrah (ada juga yang bukan beragama Islam).... mereka ini dikategorikan telah berjaya mendidik anak-anak mereka dalam pelbagai lapangan bidang.... jemputlah mereka bagi mendapatkan input-input berguna dalam membentuk satu Pelan Pendidikan yang lebih mantap, menyeluruh dan berkesan dengan nilai-nilai murni demi membentuk sebuah negara maju yang penuh dengan nilai-nilai murni.....

Jika anda adalah atau bakal pegawai yang berkuasa atau boleh menyumbangkan ke arah Pelan Pendidikan yang lebih mantap, saya menyeru dan merayu agar perkara-perkara tersebut dipertimbangkan demi ke arah negara maju yang lebih cemerlang...

Bagi aku, di saat ini, negara kita dalam keadaan kucar-kacir, perbalahan sesama sendiri, kritik-mengkritik antara satu sama lain..... sesama warganegara... rasa hormat telah terhapus..... apabila berlaku sedikit perlanggaran atau perselisihan faham, maka masing-masing menunjukkan kekuatan.... tidak kira agama, tidak kira bangsa.....

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, aku menyeru  seluruh warganegaraku.... marilah kita bersama-sama membangunkan dan memperbaiki diri dan seterusnya masyarakat ke arah negara maju yang bertamadun...... penuh dengan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.....







Saturday, March 22, 2014

Pendidikan: Ilmu, Akhlak dan Amalan

Di negara kita, perkembangan agama Islam nampak semakin positif. Ceramah-ceramah agama di sana sini mudah didapati. Kemunculan ustaz-ustaz muda dan menarik dari segi penampilan dan semasa menyampaikan ceramah merupakan tarikan kepada generasi muda, generasi pelapis di Malaysia.....

Secara peribadi, aku katakan bahawa insyaAllah, ada perkembangannya.... anak-anak muda telah mula belajar Islam secara mendalam dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup.... anak-anak muda perempuan sudah ramai yang bertudung elok dan berstokin tangan dan kaki untuk menutup aurat mereka... artis-artis baik lelaki mahupun perempuan sudah mula berhijrah seorang demi seorang... Syabas kepada pendakwah-pendakwah yang tidak mengenal jemu menyampaikan dan mengajak masyarakat hari ini ke arah hidup yang lebih bermakna di dunia dan akhirat...

Ibu bapa kini ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama terutamanya di peringkat taska dan tadika... ini menunjukkan ada kesedaran dalam masyarakat kita sekarang... sekolah-sekolah agama kerajaan pun sudah ada yang mengajar agama sebagai subjek teras malah telah memasukkan sains dan teknologi ke dalamnya.... syabas.....

Namun begitu, pada fikiran aku, untuk mencapai negara berstatus negara maju berkonsepkan Islam, semua sekolah sepatutnya mengajarkan agama Islam secara menyeluruh kepada rakyat..... penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan tentang apa itu Islam, cara hidup Islam dan sebagainya..... Islam jika diamalkan, aku pasti dan yakin, negara kita boleh mencapai status negara maju dengan cepat.... Ini kerana Islam mengajarkan manusia supaya hidup dalam aman dan damai.... mengamalkan pelbagai akhlak terpuji, ikhlas diri, berfikiran positif, saling menghormati dan banyak lagi yang tidak tersenarai.... sekaligus, pasti jenayah dapat dikurang....

Mengikut definisi al-khawatir (salah satu slot TV al-hijrah yang selalunya disiarkan pada pukul 7.30 malam setiap hari), kemajuan = ilmu + amal + akhlak....... aku sangat setuju dengan definisi tersebut..... definisi tersebut sebenarnya telah diamalkan di negara bukan Islam yang termaju iaitu Jepun.... ramai orang yang aku kenal berkata, "Di Jepun, ada nilai-nilai Islam... itulah sepatutnya kita amalkan...." . Ini termasuklah ketepatan masa yang diamalkan....

Mendidik rakyat secara menyeluruh dengan memasukkan nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur, amanah, tepati masa, rajin dan sebagainya, pasti negara kita maju dengan cepat dan pantas.... untuk mendidik rakyat dengan perkara tersebut bukan perkara mudah dan bukan dilakukan oleh satu pihak..... semua pihak seperti diri sendiri, ibu bapa, guru-guru dan kerjaan perlulah bekerja sama dalam menjayakan perkara tersebut.....

Pendidikan perlulah bermula dari rumah.... diri sendiri perlu memulakan langkah baru dengan cara berhijrah ke arah yang lebih baik.... ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti diajarkan oleh Islam.... namun begitu, perubahan individu dan ibu bapa sudah ketara sekarang ini tetapi satu lagi pihak yang sangat berpengaruh perlu mengambil tindakan menyeluruh.... Kerajaan dan pihak berkuasa jika mengambil tindakan menyeluruh pasti perkembangan Islam akan menjadi lebih cepat dan berkesan....  Jangan takut wahai rakan-rakanku yang bukan Islam.... Islam jika diteliti dan difahami pasti membawa kepada kemajuan dan keamanan kepada seluruh manusia di muka bumi ini.....

Jika mendidik rakyat bermula dari bawah iaitu bermula dari taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya universiti, pasti kejayaan berlipat kali ganda hasilnya.... Jika semua peringkat pendidikan diterapkan dengan nilai-nilai murni pasti bahagia hidup di dunia ini....

Kini, orang perseorangan telah mengambil alih tugas mendidik anak-anak secara Islami dengan nilai-nilai murni di peringkat taska dan tadika....hasilnya dapat dilihat kepada anak-anak yang belajar di taskan/tadika tersebut.... mereka nampak lebih menonjol dari segi akhlaknya, amalnya dan sebagainya.... anak-anak ini boleh menghafal surah-surah lazim, berdikari dan bermacam lagi sejak kecil lagi..... syabas diucapkan.....

Jika tugas ini dijalankan dan diperluaskan oleh pihak berkuasa/kerajaan pasti ramai lagi rakyat kita dapat dididik dengan jayanya.... ini kerana, tidak semua ibubapa yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke taska/tadika swasta kerana yurannya yang agak mahal.... jika sekolah-sekolah bantuan kerajaan dapat menjalankan tugas-tugas seperti di sekolah-sekolah swasta pasti agenda mendidik anak dan memajukan negara dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin....

Namun, ini merupakan agenda negara.... semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.... jika hanya satu-satu pihak yang menjalankannya mana mungkin kejayaan dapat dikecapi.... atau mungkin dikecapi tetapi ia pasti mengambil masa yang sangat panjang....


Wallahu 'alam.....

p/s: Ini hanyalah pendapat peribadi penulis.... pasti ada cacat celanya.... Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.....






Saturday, January 25, 2014

Udara Malaysia kotor?

Lanjutan daripada entri sebelum ini "Malaysia bakal menjadi negara 4 musim?"..... ada yang tertanya-tanya sama ada Malaysia mengalami jerebu sekarang ini sebab cuaca sekarang ini sangat tidak panas seperti biasa di Kuala Lumpur.... dan apabila menyedut udara luar, kita dapat rasakan bahawa cuaca tidak panas dan tidaklah berasa sejuk.... matahari tidak secerah seperti biasa.... aku ada jawapan tersendiri.... kita, Malaysia,  terutamanya di bandar-bandar metropolitan, kalau mengalami musim sejuk sekalipun, aku rasa tidak akan sesejuk dan sesegar udara Tokyo di Jepun.... Mengapa?

Berdasarkan lawatan seminggu aku ke Jepun hujung tahun lalu, secara peribadi aku berpendapat bahawa Malaysia terlalu banyak asap terutama asap kenderaan (kereta, lori, bas) dan sebagainya.... ini termasuklah rokok.... asap lori, bas? sangat kotor.... Mengapa Malaysia masih tidak boleh kuatkuasakan penggunaan petrol yang bersih dan mesra alam? Mengapa Malaysia tidak boleh kuatkuasakan kawasan larangan merokok? Walaupun ada sesetengah kawasan larangan merokok telah dikuatkuasakan, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh mengikut peraturan? Kita perlu buat sesuatu kepada negara kita iaitu melalui pendidikan.... sebagai contoh mendidik anak bangsa Malaysia supaya mematuhi peraturan....

Penggunaan petrol kenderaan di Jepun, aku dapat rasakan bahawa tidaklah sekotor kita... penggunaan petrol mereka adalah mesra alam... maaf kalau aku tersalah info dan ini aku tidak dapat pastikan jenis petrolnya, tetapi yang aku dapat pastikan bahawa kenderaan mereka tidak mengeluarkan asap yang kotor... dan jumlah kenderaan tidak sebanyak kita di Malaysia... rata-rata rakyat Jepun menggunakan kenderaan awam (keretapi) untuk ke sana ke mari... dan pengangkutan awam mereka adalah yang tercanggih di dunia... keretapi mereka juga sangat mesra alam......Mengapa Malaysia tidak boleh menjadi seperti Jepun?

Di Jepun juga, ada tempat khas untuk merokok... mereka tidak merokok merata-rata, tidak meludah merata-rata, tidak membuang sampah merata-rata dan boleh dikatakan mereka telah mengamalkan nilai-nilai Islam di sana... mengapa Malaysia yang majoritinya adalah Islam tetapi tidak mengamalkan nilai-nilai Islam sepenuhnya seperti di Jepun?

Fikir-fikirkan dan bertindaklah......