Sunday, February 15, 2015

Sistem Pendidikan

Sudah masuk tahun baru 2015...

Kebanyakan orang sudah mula berazam apabila masuk tahun baru... bagi aku, azam itu perlu ada pada semua orang supaya kita sentiasa mempunyai sasaran hidup yang lebih bermakna.... Namun, itu bukan apa yang aku hendak coretkan di sini.... apa yang aku hendak coretkan ialah mengenai perkara yang lebih besar lagi... iaitu pendidikan di Malaysia....

Aku bukanlah penyokong pembangkang atau pengkritik kerajaan... tetapi aku adalah seorang warganegara yang inginkan Negara yang aku cintai menjadi lebih baik daripada hari ini....

Mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, rata-rata ibu bapa masakini lebih mementingkan pelajaran anak-anak berbanding pendidikan anak-anak... anak-anak dihantar ke tadika yang mana boleh mengajarkan anak-anak kita membaca seawal usia 3 tahun.... di Malaysia, tadika seperti ini tumbuh bagaikan cendawan... di sana sini ada sahaja tadika swasta yang mempromosikan dan menjamin anak pasti akan pandai membaca apabila masuk tadika tersebut....

apabila sudah pandai membaca, ibu bapalah orang yang paling bahagia kerana anak mereka lebih pandai berbanding sepupu, saudara mara, ataupun rakan-rakan mereka.... apabila anak tersebut sudah pandai membaca sebelum masuk darjah satu sekolah kebangsaan, diharapkan dapatlah anak tersebut masuk sekolah golongan elit atau sekolah bestari dan sebagainya.... apabila tamat darjah enam, mulalah persekolahan menengah di sekolah-sekolah kebangsaan..... yang penting dapat duduki SPM sebelum ke peringkat universiti.... masa itu bermulalah perebutan biasiswa-biasiswa baik yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun swasta, dalam Negara mahupun luar Negara....

Tetapi, adakah kita sedar bahawa sistem pendidikan kita lebih kepada apa yang dipanggil sebagai exam-oriented (sistem berdasarkan peperiksaan)? bermula seawal tadika, rendah, menengah dan universiti?

semuanya diukur dengan peperiksaan.... bagaimana pula dengan sahsiah diri? Pembentukan akhlak, pembenihan nilai-nilai murni dalam diri rakyat Malaysia?

Mengapa kita sebagai ibu bapa tidak mendidik nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak? Berpandangan positif (bersangka baik), berbuat baik, rajin bekerja, rajin mencari ilmu, menjaga kebersihan dan sebagainya?

Adakah mungkin kita sebagai ibu bapa mahukan anak-anak menjadi bijak pandai tanpa mempedulikan pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni? Adakah ini kerana kita mahukan anak-anak kita mudah mendapat pekerjaan kelak dan boleh berdikari sendiri apabila dewasa? Adakah ini semua kerana ingin mengejar biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai pihak yang menjadikan pencapaiaan akademik sebagai kayu ukur?

Adakah ini tanggungjawab ibu bapa sahaja? Adakah ini tanggungjawab pihak berwajib sahaja? atau siapa? Yang pastinya kerjasama semua pihak perlu ada.... pihak berwajib, ibu bapa dan masyarakat....

Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak sejak awal lagi pasti Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai.... Namun, perkara ini jika dilaksanakan hanya oleh sesebuah keluarga sahaja, atau sesetengah tadika sahaja atau sesetengah sekolah rendah sahaja ... ia pasti tidak sampai ke semua warga Malaysia.....

Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak bermula di semua tadika, sekolah, dan universiti baik awam mahupun swasta.... InsyaAllah, aku pasti, Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai  sehingga sampai ke semua lapisan masyarakat....

Wallahu 'alam....









No comments:

Post a Comment