Sudah masuk tahun baru 2015...
Kebanyakan orang sudah mula berazam apabila masuk tahun baru... bagi aku, azam itu perlu ada pada semua orang supaya kita sentiasa mempunyai sasaran hidup yang lebih bermakna.... Namun, itu bukan apa yang aku hendak coretkan di sini.... apa yang aku hendak coretkan ialah mengenai perkara yang lebih besar lagi... iaitu pendidikan di Malaysia....
Aku bukanlah penyokong pembangkang atau pengkritik kerajaan... tetapi aku adalah seorang warganegara yang inginkan Negara yang aku cintai menjadi lebih baik daripada hari ini....
Mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, rata-rata ibu bapa masakini lebih mementingkan pelajaran anak-anak berbanding pendidikan anak-anak... anak-anak dihantar ke tadika yang mana boleh mengajarkan anak-anak kita membaca seawal usia 3 tahun.... di Malaysia, tadika seperti ini tumbuh bagaikan cendawan... di sana sini ada sahaja tadika swasta yang mempromosikan dan menjamin anak pasti akan pandai membaca apabila masuk tadika tersebut....
apabila sudah pandai membaca, ibu bapalah orang yang paling bahagia kerana anak mereka lebih pandai berbanding sepupu, saudara mara, ataupun rakan-rakan mereka.... apabila anak tersebut sudah pandai membaca sebelum masuk darjah satu sekolah kebangsaan, diharapkan dapatlah anak tersebut masuk sekolah golongan elit atau sekolah bestari dan sebagainya.... apabila tamat darjah enam, mulalah persekolahan menengah di sekolah-sekolah kebangsaan..... yang penting dapat duduki SPM sebelum ke peringkat universiti.... masa itu bermulalah perebutan biasiswa-biasiswa baik yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun swasta, dalam Negara mahupun luar Negara....
Tetapi, adakah kita sedar bahawa sistem pendidikan kita lebih kepada apa yang dipanggil sebagai exam-oriented (sistem berdasarkan peperiksaan)? bermula seawal tadika, rendah, menengah dan universiti?
semuanya diukur dengan peperiksaan.... bagaimana pula dengan sahsiah diri? Pembentukan akhlak, pembenihan nilai-nilai murni dalam diri rakyat Malaysia?
Mengapa kita sebagai ibu bapa tidak mendidik nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak? Berpandangan positif (bersangka baik), berbuat baik, rajin bekerja, rajin mencari ilmu, menjaga kebersihan dan sebagainya?
Adakah mungkin kita sebagai ibu bapa mahukan anak-anak menjadi bijak pandai tanpa mempedulikan pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni? Adakah ini kerana kita mahukan anak-anak kita mudah mendapat pekerjaan kelak dan boleh berdikari sendiri apabila dewasa? Adakah ini semua kerana ingin mengejar biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai pihak yang menjadikan pencapaiaan akademik sebagai kayu ukur?
Adakah ini tanggungjawab ibu bapa sahaja? Adakah ini tanggungjawab pihak berwajib sahaja? atau siapa? Yang pastinya kerjasama semua pihak perlu ada.... pihak berwajib, ibu bapa dan masyarakat....
Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak sejak awal lagi pasti Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai.... Namun, perkara ini jika dilaksanakan hanya oleh sesebuah keluarga sahaja, atau sesetengah tadika sahaja atau sesetengah sekolah rendah sahaja ... ia pasti tidak sampai ke semua warga Malaysia.....
Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak bermula di semua tadika, sekolah, dan universiti baik awam mahupun swasta.... InsyaAllah, aku pasti, Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai sehingga sampai ke semua lapisan masyarakat....
Wallahu 'alam....
Showing posts with label nilai-nilai murni. Show all posts
Showing posts with label nilai-nilai murni. Show all posts
Sunday, February 15, 2015
Saturday, May 17, 2014
Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia.... bahagian 2
Andai negaraku tercinta......
Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...
Negara maju yang aku idam-idamkan......
Aman damai....
Apa yang aku cadangkan?
Oleh itu, aku rasakan perlunya ada transformasi dalam pendidikan negara... libatkan professor-professor, para ilmuan, para saintis, para guru/pendidik,.... dan yang paling penting ialah para ustaz/ustazah/agamawan... di samping itu, kita ada ramai Tokoh Maal Hijrah (ada juga yang bukan beragama Islam).... mereka ini dikategorikan telah berjaya mendidik anak-anak mereka dalam pelbagai lapangan bidang.... jemputlah mereka bagi mendapatkan input-input berguna dalam membentuk satu Pelan Pendidikan yang lebih mantap, menyeluruh dan berkesan dengan nilai-nilai murni demi membentuk sebuah negara maju yang penuh dengan nilai-nilai murni.....
Jika anda adalah atau bakal pegawai yang berkuasa atau boleh menyumbangkan ke arah Pelan Pendidikan yang lebih mantap, saya menyeru dan merayu agar perkara-perkara tersebut dipertimbangkan demi ke arah negara maju yang lebih cemerlang...
Bagi aku, di saat ini, negara kita dalam keadaan kucar-kacir, perbalahan sesama sendiri, kritik-mengkritik antara satu sama lain..... sesama warganegara... rasa hormat telah terhapus..... apabila berlaku sedikit perlanggaran atau perselisihan faham, maka masing-masing menunjukkan kekuatan.... tidak kira agama, tidak kira bangsa.....
Oleh itu, dengan rasa rendah diri, aku menyeru seluruh warganegaraku.... marilah kita bersama-sama membangunkan dan memperbaiki diri dan seterusnya masyarakat ke arah negara maju yang bertamadun...... penuh dengan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.....
Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...
Negara maju yang aku idam-idamkan......
Aman damai....
- kurang kadar jenayah...
- rasa selamat ke mana-mana seperti negara-negara maju lain... tiada gunanya negara maju jika tidak selamat..
- jika menggunakan tren atau pengangkutan awam, lagilah perlukan sangat rasa selamat ke mana-mana... tiada pencuri, perompak, penyamun, penculik dan sebagainya...
Apa yang aku cadangkan?
- wujudkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan pastikan ia diajarkan dengan cara yang berkesan... tentang ADAB, KESOPANAN, KEBERSIHAN, KESELAMATAN dan lain-lain perkara baik dan positif......
- ajarkan tentang kebersihan....
- bersihkan diri dan pastikan diri sentiasa bersih.... bersihkan tempat tidur, bilik tidur, bilik air, rumah, kawasan sekeliling rumah dan seterusnya negara kita... pupukkan rasa ingin hidup dalam keadaan bersih selari dengan kehendak agama....
- ajarkan juga tentang cara membuang sampah dengan betul .... bagi memastikan sampah tidak terlalu busuk.... (akan dikongsikan bersama dalam coretan akan datang)....
- tanamkan dalam diri anak-anak kita tentang berbuat baik dibalas baik.. berbaik-baiklah dengan semua orang... fikirkanlah positif TETAPI awas juga dengan orang jahat kerana mereka berada di mana-mana...
- tanamkan cintakan negara dan agama..
- tanamkan rasa hormat antara agama, antara bangsa, antara tua dan muda... sesama sendiri.....
Oleh itu, aku rasakan perlunya ada transformasi dalam pendidikan negara... libatkan professor-professor, para ilmuan, para saintis, para guru/pendidik,.... dan yang paling penting ialah para ustaz/ustazah/agamawan... di samping itu, kita ada ramai Tokoh Maal Hijrah (ada juga yang bukan beragama Islam).... mereka ini dikategorikan telah berjaya mendidik anak-anak mereka dalam pelbagai lapangan bidang.... jemputlah mereka bagi mendapatkan input-input berguna dalam membentuk satu Pelan Pendidikan yang lebih mantap, menyeluruh dan berkesan dengan nilai-nilai murni demi membentuk sebuah negara maju yang penuh dengan nilai-nilai murni.....
Jika anda adalah atau bakal pegawai yang berkuasa atau boleh menyumbangkan ke arah Pelan Pendidikan yang lebih mantap, saya menyeru dan merayu agar perkara-perkara tersebut dipertimbangkan demi ke arah negara maju yang lebih cemerlang...
Bagi aku, di saat ini, negara kita dalam keadaan kucar-kacir, perbalahan sesama sendiri, kritik-mengkritik antara satu sama lain..... sesama warganegara... rasa hormat telah terhapus..... apabila berlaku sedikit perlanggaran atau perselisihan faham, maka masing-masing menunjukkan kekuatan.... tidak kira agama, tidak kira bangsa.....
Oleh itu, dengan rasa rendah diri, aku menyeru seluruh warganegaraku.... marilah kita bersama-sama membangunkan dan memperbaiki diri dan seterusnya masyarakat ke arah negara maju yang bertamadun...... penuh dengan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.....
Subscribe to:
Posts (Atom)