Showing posts with label cari parking. Show all posts
Showing posts with label cari parking. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Andai negaraku tercinta......

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Negara maju yang aku idam-idamkan......

1 - pengangkutan awam yang efisyen. Dapat membawa seluruh warganegara dari satu tempat ke satu tempat dengan efisyen. Menyelesaikan kebanyakan masalah kesesakan jalan raya di sana sini. Biar sesak di dalam tren.... biar sesak ramai orang tetapi tidak sesak di jalan raya...

2 - Mempunyai tren yang pelbagai..... Ada tren/monorel:

  • antarabandar yang terkemuka - yang menghubungkan negeri-negeri dalam negaraku.... seperti tren yang menghubungkan KL, Shah Alam, Ipoh, Butterworth, Alor Setar, K.Terengganu, Seremban, Johor Bahru dan sebagainya...
  • dalam bandar (contoh KL) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik/shopping complex dalam bandaraya KL seperti Mid Valley, KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan lain-lain tempat menarik agar tidak susah payah warga kota berkereta persendirian untuk ke destinasi. Sekaligus, dapat menarik pelancong-pelancong asing ke dalam negara. Mudah urusan dari satu tempat ke satu tempat dengan tren yang efisyen.
  • dalam bandar (Selangor terutamanya Shah Alam) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik di dalam shah alam seperti taman botani, taman-taman tasik, masjid-masjid, universiti-universiti...
  • antara universiti / IPTA / IPTS / pusat2 pengajian lain - andai kata ada tren yang efisyen yang dapat menghubungkan kesemua universiti di dalam negara alangkah bagusnya untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melalui kesesakan lalulintas... untuk membuat research atau jaringan kerjasama....
  • antara shopping complex - yang menghubungkan kesemua pusat-pusat membeli-belah agar kita dapat membeli belah dengan selesa. Jika barang yang kita cari tiada di sini, kita dapat mencari di tempat2 lain terutama apabila tiba musim perayaan... tanpa perlu memikirkan di mana mahu meletakkan kereta...
  • monorel - yang dapat menghubungkan antara satu tempat dengan satu tempat di dalam kawasan kecil seperti Shah Alam seperti pejabat-pejabat, rumah-rumah ibadat spt masjid dan kawasan-kawasan perumahan... agar memudahkan rakyat untuk menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa... agar kurang kesesakan jalan terutama apabila waktu-waktu solat spt solat jumaat, hari raya, thaipusam dsbnya....

Andai kata kesemua jaringan tren/monorel tersebut dapat berhenti di satu pusat agar memudahkan perjalanan warganegara untuk bertukar-tukar tren terutamanya jika perjalanan mereka jauh..... Kuharap juga agar tren-tren tersebut menepati masa agar semuanya berjalan lancar...

Namun begitu, ada satu perkara yang sangat penting demi mencapai status negara maju iaitu keselamatan....

Kupanjat syukur kepada Illahi kerana melimpahkan nikmatnya hidup di negaraku yang maju....




Friday, October 14, 2011

Kuasa Ayat 1000 Dinar


Semenjak semester baru bermula bagi pelajar-pelajar ijazah, parking adalah masalah yang agak kritikal. Sehingga parking di tepi-tepi jalan, kiri dan kanan adalah perkara biasa. Jika dahulu, polis bantuan membenarkan parking di sebelah tepi jalan sama ada kiri atau kanan sahaja, jika tidak, saman akan diberikan. Namun kini, polis bantuan amat memahami tentang masalah parking. Mereka membenarkan kenderaan diletakkan di kedua-dua belah sisi jalan.
Oleh sebab itulah, aku gemar datang awal untuk memastikan bahawa aku dapat meletakkan kereta di tempat yang selesa. Namun, Allah menguji aku satu hari. Aku terlewat ke tempat kerja. Hanya doa yang dapat aku panjatkan kepadaNya. Aku tidak lagi gelisah seperti sebelum ini di mana aku sering kali gelisah jika terlewat.
Semasa menghantar anakku ke taskanya, aku mengajarnya membaca doa naik kenderaan dan Ayat 1000 dinar. Walaupun aku sedar, anakku masih terlalu kecil lagi untuk itu namun aku tahu dia memahami dan InsyaAllah lama-kelamaan dia dapat menghafalnya. Tatkala aku membaca doa dan ayat tersebut, kelihatan anakku itu memandang tajam ke arahku seolah-olah sedang mengikuti bacaanku itu. Namun, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Ketika aku hampir sampai ke tempat meletak kenderaan, aku membaca ayat 1000 dinar sekali lagi tanpa henti. Aku memperlahankan kenderaanku sambil memerhatikan sama ada parking lot kosong untuk aku. Mulut aku terkumat-kamit dengan ayat 1000 dinar dan akhirnya aku mendapat parking lot yang kosong dan selesa untuk aku. Alhamdulillah. Betul kata orang ayat 1000 dinar ini ada 1000 manfaat, untuk mencari parking, apabila dalam keadaan buntu, murah rezeki dan banyak lagi. Aku telah mengamalkan ayat 1000 dinar ini kerap kali terutamanya ketika mencari parking. Alhamdulillah kebanyakannya, aku memang dapat parking walaupun parking itu sudah penuh. Ada sahaja kenderaan yang akan keluar untuk memberi ruang kepada aku. Wallahu a’alam…
Selamat mencuba…..