Showing posts with label mudah ke destinasi. Show all posts
Showing posts with label mudah ke destinasi. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Andai negaraku tercinta......

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Negara maju yang aku idam-idamkan......

1 - pengangkutan awam yang efisyen. Dapat membawa seluruh warganegara dari satu tempat ke satu tempat dengan efisyen. Menyelesaikan kebanyakan masalah kesesakan jalan raya di sana sini. Biar sesak di dalam tren.... biar sesak ramai orang tetapi tidak sesak di jalan raya...

2 - Mempunyai tren yang pelbagai..... Ada tren/monorel:

  • antarabandar yang terkemuka - yang menghubungkan negeri-negeri dalam negaraku.... seperti tren yang menghubungkan KL, Shah Alam, Ipoh, Butterworth, Alor Setar, K.Terengganu, Seremban, Johor Bahru dan sebagainya...
  • dalam bandar (contoh KL) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik/shopping complex dalam bandaraya KL seperti Mid Valley, KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan lain-lain tempat menarik agar tidak susah payah warga kota berkereta persendirian untuk ke destinasi. Sekaligus, dapat menarik pelancong-pelancong asing ke dalam negara. Mudah urusan dari satu tempat ke satu tempat dengan tren yang efisyen.
  • dalam bandar (Selangor terutamanya Shah Alam) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik di dalam shah alam seperti taman botani, taman-taman tasik, masjid-masjid, universiti-universiti...
  • antara universiti / IPTA / IPTS / pusat2 pengajian lain - andai kata ada tren yang efisyen yang dapat menghubungkan kesemua universiti di dalam negara alangkah bagusnya untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melalui kesesakan lalulintas... untuk membuat research atau jaringan kerjasama....
  • antara shopping complex - yang menghubungkan kesemua pusat-pusat membeli-belah agar kita dapat membeli belah dengan selesa. Jika barang yang kita cari tiada di sini, kita dapat mencari di tempat2 lain terutama apabila tiba musim perayaan... tanpa perlu memikirkan di mana mahu meletakkan kereta...
  • monorel - yang dapat menghubungkan antara satu tempat dengan satu tempat di dalam kawasan kecil seperti Shah Alam seperti pejabat-pejabat, rumah-rumah ibadat spt masjid dan kawasan-kawasan perumahan... agar memudahkan rakyat untuk menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa... agar kurang kesesakan jalan terutama apabila waktu-waktu solat spt solat jumaat, hari raya, thaipusam dsbnya....

Andai kata kesemua jaringan tren/monorel tersebut dapat berhenti di satu pusat agar memudahkan perjalanan warganegara untuk bertukar-tukar tren terutamanya jika perjalanan mereka jauh..... Kuharap juga agar tren-tren tersebut menepati masa agar semuanya berjalan lancar...

Namun begitu, ada satu perkara yang sangat penting demi mencapai status negara maju iaitu keselamatan....

Kupanjat syukur kepada Illahi kerana melimpahkan nikmatnya hidup di negaraku yang maju....




Friday, February 28, 2014

Mengapa Malaysia masih tiada keretapi laju?

Semalam aku berbicara dengan salah seorang rakan sekerjaku.... berkenaan hmmm..... Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku.....

Di antara intipatinya:

Persoalan pertama:
Mengapa jambatan ke-2 Pulau Pinang dibina? Sudah tentulah untuk mengurangkan kesesakan jalan di jambatan lama? Adakah itu jalan penyelesaianya? Adakah dengan pembinaannya itu maka selesailah masalah kesesakan di jambatan? Adakah jumlah kenderaan di Malaysia ini tidak akan bertambah atau masih berkurang? Mari kita fikirkan dan hayati sama-sama bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut....

Bukankah dengan terbinanya jambatan ke-2 itu maka ramailah manusia akan terus memasuki Pulau Pinang? Sebab jalan di jambatan dah tak sesak... hmmm... mari fikir-fikirkan....

Bukankah jika ramai yg mula memasuki Pulau Pinang, maka semakin sesak? semakin ramai yang masuk pulau itu? Dari hari ke hari kenderaan semakin banyak di jalan raya......

Mengapakah pihak bertanggungjawab tidak sahaja membina jajaran keretapi dari tanah semenanjung ke Pulau Pinang? Kos? Tiada kesepakatan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri? hmmm.... mari kita fikir-fikirkan..... Jualan kereta meningkat dari sehari ke sehari siapa yang untung? hmmmm.... mari kita fikir-fikirkan.....

Mengapa tidak disediakan monorel atau LRT atau sebagainya di pulau tersebut sahaja? Bukankah dengan adanya pengangkutan tersebut dapat menarik lebih ramai ke pulau tersebut tanpa menggunakan kenderaan kita yang mana sudah pastinya menyesakkan lalulintas baik di jambatan mahupun di pulau tersebut?

Tiba-tiba aku terfikir, ramai orang pantai timur terutamanya kelantan susah untuk pulang ke kampung halaman masing2 dek kerana jalan yang jauh dan berbahaya? Nak balik hujung minggu kerana kenduri kahwin saudara mara pun berkira-kira... jauh, penat, minyak .... nasib baik tol kurang.....

Bayangkanlah jika ada satu jajaran keretapi laju dari lembah klang, di mana anak-anak kampung berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, ke kelantan, terengganu, kedah, perlis, johor yang dpt menghubungkan kebanyakan negeri-negeri di negara kita ini...... bagaimana keadaanya? Mungkinkah ramai yang pulang ke kampung kerap kali kerana wujudnya kemudahan seperti ini? Laju, cepat, tepat, "accessible"...... Tidakkah kita mahu keadaan seperti ini berlaku? Dapat memudahkan semua perjalanan rakyat negara kita? Dapat mengeratkan saudara mara kita di kampung-kampung?Mari kita fikir-fikirkan.... kajian menyeluruh perlu dilakukan.... Bukankah telah ramai yang menghasilkan kajian-kajian baik ilmiah atau yang bersifat komersial bagi memajukan negara kita? Di manakah kajian-kajian tersebut? Jika ada, mengapa kajian hanya tinggal kajian? Mengapa tidak diaplikasikan ke dunia nyata yang lebih realistik?

Bukankah ada baiknya jika kita semua sepakat, sehati sejiwa bagi memajukan diri, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara yang kita cintai? Tanamkan sikap berbaik sangka, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya sebagaimana dianjurkan oleh agama Islam? Di manakah Islam di mata kita? Tunjukkanlah yang kita ini Islam yang mengamalkan Islam kepada orang yang bukan Islam.... Amalkanlah ajaran Islam secara menyeluruh.....

Wallah 'alam.....

~ Sekadar memberi pendapat secara peribadi ~



Sunday, January 26, 2014

MRT: Selesaikah masalah?

Malaysia, negaraku tercinta, aku mengimpikan pengangkutan awam yang canggih dan memudahkan perjalanan rakyatnya ke destinasi masing-masing dengan efisyen....bilakah impian aku ini akan menjadi kenyataan atau adakah ia hanya sekadar mimpi?

Aku mengimpikan kenderaan awam yang dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.....
Aku mengimpikan kenderaan awam yang dapat membawa aku dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan cepat dan tepat.... tidak seperti komuter yang sekarang ini tidak tentu jadualnya...... yang tidak pasti bilakah tiba dan bilakah akan bertolak untuk sampai ke destinasi..... walaupun sudah ada jadual masa tiba dan bertolak namun tidak ditepati janjinya..... bilakah ada kenderaan awam yang efisyen seperti di Jepun, keretapi, mudah diakses dan membawa ke destinasi yang hendak dituju?...

Aku mengimpikan seperti di Jepun, mudah untuk ke mana-mana.... senang diakses dari satu tempat ke satu tempat.... mudah untuk aku ke shopping complex seperti di Jepun..... mudah untuk aku pergi dari satu shopping complex ke satu shopping complex..... seperti dari Mid Valley ke Setia City Mall ke One Utama ke Bangsar South City ke Shah Alam City Mall dan mana-mana shopping complex yang ada di Malaysia..... supaya aku tidak perlu untuk menghadapi kesesakan yang mana harga petrol semakin hari semakin naik... yang mana dapat menjimatkan masa...... dan memudahkan perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja ... tidak perlu untuk aku berfikir untuk membeli kereta yang mana rumah adalah lebih penting....

Jadi, ia dapat mengurangkan trend graduan membeli kereta walaupun belum memulakan kerja... sekaligus dapat mengurangkan kadar hutang isi rumah terhadap graduan yang baru sahaja bekerja.... sekaligus dapat memudahkan graduan yang baru sahaja memulakan kerja untuk ke tempat kerja.... kurang kesesakan lalulintas, kurang pencemaran udara dan sebagainya.....

Adakah MRT dapat menyelesaikan masalah-masalah ini? Adakah MRT dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut? Adakah MRT dapat merealisasikan impian aku?

Oh Malaysiaku yang tercinta....