Friday, January 24, 2014

Malaysia bakal menjadi negara 4 musim?

Baru-baru ini, Malaysia dilanda satu fenomena "suhu sejuk" sehingga 17 darjah celcius di kawasan pantai timur terutamanya kelantan dan terengganu..... Aku dapat membayangkan dan merasakan kesejukan itu kerana aku pernah ke Jepun hujung tahun 2013 yang lepas... ketika menjejakkan kaki di bumi Jepun, suhunya pada waktu itu adalah 17 darjah celcius.... musim autumn atau dipanggil luruh.... bertukar daripada musim panas ke musim sejuk.....waktu itu, memang kene pakai baju panas... almaklumlah kita orang Malaysia, kekuatan badan tak begitu kuat untuk menahan kesejukan sbb Malaysia suhunya sekitar 25-32 darjah celcius sahaja sepanjang tahun.....

Mulalah ramai rakan-rakan yang mengemaskini status facebook mereka sejuk sejuk sejuk... dan tidak ketinggalan juga ada yang berkongsi video Vietnam dan Indonesia dilanda salji... satu perkara yang pelik bagi negara-negara beriklim khatulistiwa..... tetapi bagi aku itu semua tidak mustahil, semuanya kuasa Allah... ada juga juga yang mengatakan bumi semakin tua.... magnet bumi telah berubah sedikit demi sedikit.... dan Brazil bakal menjadi Kutub Utara dan India bakal menjadi Kutub Selatan... seterusnya Malaysia bakal menjadi negara 4 musim kerana Malaysia akan berada sebaris dengan negara India.... impak yang paling ditakuti dan digeruni adalah ia akan menyebabkan matahari akan terbit sebelah barat dan ini merupakan petanda Kiamat... betul ataupun tidak, kita semua tidak tahu... yang tahu hanya Allah Yang Maha Esa.... tidak kurang juga ada yang tergelak apabila ada pihak yang berpendapat sedemikian (kiamat hampir berlaku).... semua orang Islam tahu dan yakin, memang benarlah kiamat pasti akan berlaku dan hampir berlaku.... tetapi kita sahaja tidak tahu bila ia akan berlaku.... tidak perlulah tergelak seolah-olah kiamat lambat lagi berlaku..... cuma kita perlulah muhasabah diri dan banyak-banyaklah beramal utk mencari pahala sebagai bekalan di akhirat kelak....

Namun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan surat penafian dan mengatakan fenomena ini terjadi kerana tiupan angin timur laut yang kencang dari tanah besar China yang kini sedang mengalami musim sejuk.......





Tuesday, January 21, 2014

Melihat Peluang dalam Kesusahan

Apa yang aku dapat simpulkan daripada cerita dalam topik seterusnya ialah..... melihat peluang dalam kesusahan......

Kedua-dua kanak-kanak di dalam cerita ini, dididik dan dilatih supaya melihat peluang dalam setiap kesusahan yang dihadapinya.... seperti di dalam kehidupan sebenar, kita pasti akan menempuh dugaan dan setiap dugaan tersebut harus dilalui dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.... Jika dikaitkan dengan keadaan ekonomi di negara kita khususnya (bukan aku ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi aku sekadar ingin memandang dari pelbagai sudut), kita seharusnya berusaha, berdoa dan bertawakal.... berusaha mencari rezeki di mana-mana sahaja asalkan halal......

Kita perlu berfikir di luar kotak bagi mengharungi dugaan ini... kita harus berfikir cara meningkatkan isi pendapatan rumah kita supaya kos sara hidup yang meningkat ini dapat kita harungi sebaiknya..... perkara lain, biarlah pihak yang berkuasa atau pihak yang seangkatan dengannya menguruskannya...kalau kita bising sekuat manapun, mungkin hanya ada sedikit kesan ataupun tiada kesan secara langsung memandangkan kita ini hanyalah rakyat biasa....

Ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja....

Wallahualam....




.

Monday, January 20, 2014

Kos Sara Sidup Meningkat 2

Aku nak kupas sedikit mengenai lesson 1 dan untuk pengajaran ke-2....

Ada satu bahagian yang sangat menarik perhatian aku dan aku tiba-tiba berfikir sejenak mengenai apa yang diperkatakan.... aku cuba kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini......berikut, aku terjemahkan mengikut kefahaman aku dan aku masukkan juga sedikit pendapat dan pandangan peribadi aku sahaja.......

"Sikap tamak dan pentingkan diri menyebabkan harga naik dan sekaligus menyebabkan kos sara hidup meningkat.... Contohnya: apabila ada seseorang yang berpengaruh seperti seorang doktor terasa perlunya menaikkan harga servisnya di atas apa-apa alasan sekalipun....Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan  ada di kalangan pesakit yang semakin tidak mampu.... Oleh itu, ramai orang yang semakin tidak mampu dan kesihatan makin tidak terurus.....Orang miskin tidak mampu untuk mendapatkan rawatan terbaik sebab kos tinggi......(akibat daripada kenaikan harga)..... Peguam pun nak naikkan harga... dan  yang lain-lain yang berkaitan pun akan naikkan harga..... Malahan, seorang cikgu pun ingin gajinya dinaikkan dan menyebabkan cukai-cukai dinaikkan... Perkara ini berterusan.....Inilah yang menyebabkan kos sara hidup meningkat... disebabkan oleh satu perkara..... Akhirnya, inilah yang menyebabkan jurang antara miskin dan kaya semakin besar....

Tamadun manusia akan lenyap disebabkan jurang antara yang mampu dan yang kurang mampu menjadi sangat besar....... Kita belajar tetapi malangnya kita tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah..... kita hanya belajar menghafal sejarah ketamadunan tetapi tidak masuk ke dalam hati kita.... kita tidak benar-benar faham dan tidak mengambil iktibar...

Bukankah harga barangan sepatutnya akan menaik? 

Tidak bagi masyarakat yang berpelajaran dan kerajaan yang bagus... sebenarnya secara teorinya harga patut turun.... tapi harga semakin naik disebabkan sikap tamak haloba manusia.... kalau sekolah mengajar kita mengenai wang, sudah pasti kita akan miliki banyak wang..... wang menjadi semakin banyak dan harga pasti akan turun......ini tidak..... semua sekolah hanya mengajar bagaimana hendak bekerja untuk mencari wang dan bukannya mengajar bagaimana kita boleh mengawal dan memanfaatkan kuasa supaya wang bekerja untuk kita....."

Jadi, wahai pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah.......

Oleh itu, marilah kita semua muhasabah diri dan usahalah ke arah kebaikan yang diredhai Allah....

Wallahualam.....


Saturday, January 18, 2014

Kos sara hidup meningkat

Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, aku terpanggil untuk membaca buat kali ke-2 untuk membaca buku "Rich Dad Poor Dad" yang aku beli pada tahun 2007.....Buku ini dahulu merupakan the Best Seller..... memang sangat berguna...... Jadi aku saja nak baca semula dengan tujuan mengingat kembali tips-tips berguna untuk menguruskan kewangan....

Buat masa ini, aku sedang membaca Chapter 2: Lesson One: The Rich Don't Work for Money......

Antara kata-kata yang aku suka ialah:

"Stop blamming other people  ... if you think other people is the problem then you have to change them. but if you think that you are the problem then you will change yourself, learn something and grow wider....but it is easier to change your self than anyone else...." - Rober T.Kiyosaki...


Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, di mana kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya, jadi, untuk meneruskan kehidupan ini, kita harus mengubah diri kita.... lihatlah cara kita berbelanja.... kurangkanlah apa yang mampu dikurangkan selagi mampu.... dan dalam masa yang sama, kita usahalah cari sesuatu untuk meningkatkan kualiti hidup kita..... bagi aku, kalau gaji byk mana sekalipun, kalau tak diuruskan dgn baik, pasti smpai bila2pun takkan cukup...

pepatah melayu ada mengatakan "Besar periuk besarlah keraknya".... jadi, sekarang kita buktikan bahawa jika periuknya besar, tidak semestinya kerakpun besar ....

Thursday, January 16, 2014

Kurus dalam masa 3 bulan? Betul ke?


"Kurusnya kau sekarang ni, kongsilah sikit rahsianya?
"Aku nampak kau kurus sekarang ni, ko makan supplement ke?"
"Kau nampak semakin kurus je....? Apa rahsianya atau kau sakit ke?"
"Mentang-mentanglah kau dah kurus sekarang ni.... pakai baju macam budak-budak.... bergaya" ... (hahaha, saja nak nampak muda....)

Tergelak aku...... "mana ada rahsia... aku cuma jaga pemakanan je".... "aku tak sakit lah, alhamdulillah sihat je".... "memang tak ada rahsia, kalau kau nak tahu, aku boleh ceritakan dari A to Z..."

Itulah antara respons daripada orang sekeliling terutamanya rakan sekerja apabila nampak perubahan pada diri aku.....

Aku kurus dalam masa 3 bulan!!!! Betul ke?

Ceritanya mulanya begini.... apabila usia perkahwinan aku hampir mencecah 5 tahun dan mempunyai dua orang anak, aku rasakan badan aku semakin tembam, walaupun tidak setembam mana tetapi bak kata orang memang berisi lah... dan perut aku pernah ditegur oleh ramai orang di sekeliling aku termasuk adik beradik, pak mentua dan sebagainya.... waktu itu berat badan aku hampir 90kg dan saiz pinggang aku 34 inchi... seluar bersaiz 34 inchi pun sudah berasa ketat apabila dipakai... risau untuk membeli pakaian baru terutamanya pakaian kerja, risau perut maju ke hadapan, risau nampak tidak "ganteng", risau penyakit mendatang bila berat badan naik... jadi, aku bertekad untuk mengurangkan buncit sahaja..... langkah pertama iaitu google bagaimana mengurangkan perut buncit....

terjumpa single buncit... so aku beli online... lebih kurang sebulan aku pakai, tak nampak kesan.. aku frust, aku google "kevin zahri", aku baca tips pemakanan.... dinasihatkan supaya kuantiti makanan dikurangkan setiap kali makan... contohnya daripada sepinggan, kurangkan separuh, daripada makan malam, kurangkan makan malam, kalau lapar makan sahaja roti2 (atau makan makanan yang kurang karbohidrat)....jangan makan makanan yang tinggi karbohidrat dan berlemak....jadi, aku skip sarapan dan makan malam... aku hanya makan roti sahaja utk kedua-dua waktu makan tersebut... tengah hari memang aku makan nasi tp dalam kuantiti yang sedikit (nasi separuh)... kesimpulannya, lepas aku cuba seminggu, aku nampak kesannya, berat aku berkurang sebanyak 1 kg..... oklah sbb aku tak sempat nak bersenam dan sebagainya.... .nampak gaya macam ada peluang utk kurus......selepas sebulan aku timbang berat aku berkurang 5 kg.... macam cerah je peluang utk kurus..... aku teruskan usaha aku sehinggalah hujung bulan ke-3.... berat aku turun sebanyak 19 kg..... kesimpulanya, selepas aku berdiet (menjaga pemakanan) selama 3 bulan, berat aku menjadi 71 kg.... Alhamdulillah, akhirnya menjadi kurus dan sekali gus mengurangkan buncit telah menjadi kenyataan.....

selepas itu, aku hanya menjaga pemakanan aku sahaja... tetapi selepas beberapa ketika, tiba-tiba aku rasa macam nak makan malam dan sarapan pagi, manakala makan tengah hari aku naikkan kuantiti balik....... aku makan je lah memandangkan aku dah kurus.... lepas beberapa hari aku amalkan, fuh... berat badan aku naik balik la dalam 2-3 kg.... tak boleh jadi ni... aku mulakan diet balik untuk mengekalkan kurus....

Apa yang aku amalkan utk jaga diet balik? skarang ni aku amalkan minum "cinch" keluaran shaklee sebagai ganti sarapan.... ada 3 perisa: Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate....yang paling sedap bagi aku ialah Cafe Latte.....

Untuk sesiapa yang inginkan kurus, Shaklee pun ada set menguruskan badan..... nanti bebila aku masa terluang, aku ceritakan pasal tu set kurus tersebut.....

Wasalam....

Thursday, November 14, 2013

Bercuti di Negara Matahari Terbit - Jepun


Sibuk sangat aku sekarang ni.... nak tulis blog pun tak sempat.. hmmm... aku ingat jadi pensyarah ni ada lah masa terluang sikit. rupa-rupanya tidak..... bila semester mula, sibuk dengan kelas, persediaan kelas, tests, exams dan sebagainya... bila cuti semester pulak, macam-macam lah halnya, kursus sana sini dan lain-lain aktiviti termasuklah kerja-kerja admin....

dalam sibuk-sibuk jugalah aku sempat bercuti di Jepun. bukannya apa, aku ke sana temankan isteri aku untuk membentangkan kertas kerjanya di Tokai University...

Pertama kali aku ke luar negara, tapi banyak kali dah aku naik kapal terbang... sama ada Air Asia ataupun MAS... dua-dua ada baik ada buruknya... namun, itu bukanlah apa yang aku nak katakan... Apa yang aku nak katakan di sini ialah suasana di negara Jepun....

Boleh aku simpulkan bahawa:
1. Rakyat Jepun sangat berdisiplin. Lintas jalan memang ikut peraturan. Kalau lampu pejalan kaki berwarna berwarna merah, tak boleh lintas walaupun tak ada kenderaan.. Kalau lampu tersebut bertukar hijau barulah mereka melintas.... sangat berbeza dengan rakyat Malaysia.

2. Di zebra line, kenderaan akan berhenti dan memberi laluan (jika ada pejalan kaki) kepada pejalan kaki untuk melintas... memang tidak pernah berlaku di Malaysia.

3. Di stesen keretapi, semua orang berjalan pantas dan ada juga yang berlari untuk masuk ke dalam stesen  keretapi. Tetapi mereka sangat berdisiplin apabila beratur menunggu tren.... dan sangat berdisiplin apabila menaiki tangga bergerak (escalator)... sebelah kiri tangga adalah untuk berdiri sahaja manakala sebelah kanan tangga adalah untuk sesiapa yang ingin berjalan pantas atau berlari... tiba di platform, mereka akan beratur mengikut giliran walaupun ramai... sangat menakjubkan... di Malaysia, aku pernah alami lah di LRT PUTRA... tapi di stesen KOMUTER, memang tidak sangat... berebut-rebut nak masuk takut ditinggalkan ... maklumlah, aku pun faham sebab KOMUTER sangat lambat.. selalu tak ikut jadual... hmmm... bila lah akan berubah....

4. Rakyatnya sangat peramah... apabila beli barang, mereka akan cakap dengan panjang jela sama ada semasa kita tanya, bayar atau lain-lain... aku tak faham apa yang mereka cakap tp nampak mcm standard procedure je apabila terima bayaran..... bila tanya sesuatu dalam bahasa inggeris (terutama nama-nama stesen), mereka yang faham sikit-sikit, akan cuba menjawab dan memberi penjelasan dengan panjang jela...

5. Makanan halal memang sangat susah untuk dicari... kepada sesiapa yang nak ke sana, sediakanlah aplikasi utk semak makanan halal... kalau tak pun, makan apa sahaja sayur-sayur atau seafood (nasihat daripada kawan saya yang pernah menetap di sana)... jangan ambil makanan berdaging....

6. Dan yang paling penting sekali ialah, bersedialah untuk tidak berkomunikasi dengan rakyat jepun sebab rata-rata mereka tidak faham berbahasa inggeris... bahasa melayu jauh sekali.... namun, ada sesetengah hotel terutamanya receptionist faham bahasa inggeris.. tapi ada juga receptionist yang tak faham... nak tanya jalan atau tren atau beli tiket? hmmm.... hampir semuanya tidak faham.... jadi kalau nak order makanan, kita hanya boleh tunjuk menu.... tapi sekarang dengan ada aplikasi terjemahan, rasanya masalah ini dapat diatasi... cuma taipkan sahaja apa yang kita nak tanya atau cakap dalam aplikasi tsbt dan translate....

itu sahaja aku nak kongsikan setakat ini... lain kali ada masa aku kongsikan lagi....
Wallahu 'alam....

Monday, April 23, 2012

Time out

Time out? Tahu tak apa itu time out? Pernah tengok Nanny 911? Ya, time out mcm itulah yang aku maksudkan.

Kepada yang tidak pernah menonton Nanny 911, biarlah aku ceritakan serba sedikit mengenainya.

Nanny 911 merupakan rancangan tv yang memaparkan kisah bagaimana pengasuh kanak-kanak mengubah sikap dan tingkahlaku anak-anak daripada nakal kepada kurang nakal, tidak berdisplin kepada berdisplin, tidak mendengar kata kepada mendengar kata dan sebagainya. Salah satu caranya ialah "time out".

Pada mulanya aku tidak percaya time out ini boleh digunakan dalam mendidik dan mengajar anak. Namun, baru-baru ini, isteri aku menggunakan cara ini dan didapati cara ini agak berhasil. Namun, untuk kepastian, aku cuba sendiri dengan anak aku apabila dia berkelakuan sangat nakal sehingga memukul, menendang dan sebagainya sehinggakan adiknya menangis.

Begini ceritanya.....

Si kakak agak nakal dengan si adik, mungkin akibat daripada perasaan cemburunya atau sebagainya. Memukul, menendang, menggigit, memarah adik adalah perkara yang biasa bg si kakak terhadap si adik. Sudah berkali-kali aku dan isteri, menegur dengan pelbagai cara. Di antarnya memberi nasihat dan cakap secara baik mahupun membalas balik apa yang dilakukannya terhadap si adik. Maklum sahaja lah, si kakak masih berumur 2 tahun lebih, masih belum faham dengan apa yang ditegur.

Tempoh hari, seperti biasa, si kakak berebut mainan dengan si adik lalu memukul kepala si adik. Lantas aku pun menegur dengan cara baik, "Jangan pukul adik, sakit". Nak tahu apa reaksi si kakak? Hmmm..... dia pukul lagi kepala si adik lalu si adik terus menangis.

Teringatkan kata-kata isteri aku, aku pun cuba cara time out yang isteri aku buat pada hari sebelumnya. Aku pun kata, "Kalau kakak buat adik lagi, daddy denda kakak, daddy letak kakak kat tepi pintu tu nak?". Dia pukul lagi si adik. Apa lagi, aku pun terus mengangkat si kakak ke satu ruang di dalam bilik tersebut sebelah pintu. Aku kata, "Kakak duduk situ, jangan gerak". Si kakak pun dengan muka sedihnya berkata, "Kakak nak bangun", Hati aku sedih juga apabila si kakak merayu-rayu untuk bangun tapi aku keraskan hati. Aku kata, "Kakak boleh bangun tapi dengan syarat, jangan buat adik lagi. Kakak kena mintak maaf dulu kat adik. Cakap, adik, kakak mintak maaf, kakak tak buat lagi". Si kakak pun berkata "Janji... adik, kakak mintak maaf".

Oleh sebab dia sudah mintak maaf, aku pun benarkan si kakak untuk bangun dari ruang tersebut. Lalu, si kakak menuju ke arah adik dan tarik tangan adik untuk bersalam sambil berkata, "Adik, kakak mintak maaf". Kemudian, terus dia jadi baik dengan adik untuk waktu itu. Mainan dimain sama-sama.

Jadi, aku dapat rasakan yang si kakak tahu dia buat salah dan telah dikenakan denda sebab itu dia terus jadi baik. Alhamdulillah, syukur aku kepadaNya.