Saturday, November 8, 2014

Masalah sosial, gelaja sosial

Masalah sosial, gelaja sosial.... buli sampai masuk hospital..... curi moto smpai kene pukul teruk malah dibogelkan......

Masalah semakin menjadi-jadi.... murid tidak hormatkan guru, calar kereta guru, pukul guru... tiada lagi perasaan hormat dan segan terhadap orang tua dan sebagainya.....

Mengapa ini semua terjadi? Adakah sistem pendidikan kita semakin lemah...? Adakah rotan dapat mendisiplinkan pelajar? Adakah itu, adakah ini?

Mengapa mentaliti masyarakat kita masih tidak seperti mentaliti negara maju? Mengapa kebersihan tidak dijaga? Baik di rumah, pejabat, mahupun persekitaran kita.....

Aku tidak pandai, aku tidak punya ilmu yang dalam, aku tidak arif dalam bidang-bidang tersebut.... tetapi aku terfikir, orang-orang kenamaan, pihak berwajib ada yang ahli dalam pelbagai bidang..... Kita ramai ahli fikir, ramai yang graduan luar negara dari negara-negara maju.... ramai yang pegang jawatan besar... tetapi aku terfikir.... mengapa kita masih lagi ditakuk lama?

Mengapa tidak dikumpulkan semua ahli cerdik pandai dan cendekiawan negara bersatu membangunkan negara? atau adakah telah dikumpulkan tetapi kita masih tidak dapat membentuk masyarakat yang mentalitinya mentaliti negara maju? atau tindakan sepatutnya tidak diambil?

Seperti di Jepun, tempat awam adalah tempat larangan merokok.... tetapi ada disediakan satu ruang khas di satu sudut untuk mereka yang ingin merokok... mereka akan berkumpul di satu sudut itu utk merokok beramai-ramai... tidak merokok di merata-rata seperti di Malaysia....

Di Jepun, tandas mereka sangat bersih... tidak berbau... mengapa kita tidak begitu? Mengapa tandas kita tidak bersih dan kadang-kadang kotor sangat.... Di Jepun, anak-anak mereka diajar tentang kebersihan di kelas.... Mengapa kita tidak begitu?

Apa yang aku harapkan ialah..... pihak berwajib carilah satu formula bagi memandaikan rakyat kita supaya:
- berbaik sangka sesama rakyat...
- berbaik-baik di antara semua kaum tidak kira warna kulit....
- menjaga kebersihan... sampah dibuang di tempat yang betul... diuruskan dengan cara yang betul supaya tidak berulat dan sebagainya...
- bersikap rajin bekerja seolah-olah kita hidup 1000 tahun lagi...
- bersikap rajin beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari....

Kumpulkanlah golongan cerdik pandai kita dalam merangka negara kita ke arah negara maju yang bertamadun dan berakhlak mulia...... rendahkanlah diri kita dalam apa jua yang kita lakukan... baik kita sebagai anak, bapa, ketua pejabat, menteri, perdana menteri dan sebagainya....

Dengan itu, aku percaya kita dapat membentuk satu negara yang amat dikagumi di serata dunia.....


Bekerja kuat atau sambil lewa

"Ala, kerja banyak mana pun, kerja kuat mana pun.... takkan habis kerja tu.... "
"So, what.....?"

Adakah disebabkan kata-kata itu seringkali diungkapkan oleh orang di sekeliling kita, maka kita menjadi tidak bersemangat? Dan ia menjadi makanan dalam diri kita supaya bekerja biasa-biasa saja... dan kemungkinan kita menjadi semakin kurang rajin.....?

Mana tidaknya.... kata-kata itu membuatkan kita tidak perlu bekerja bersungguh-sungguh tetapi cukuplah bekerja seadanya.....

Adakah juga rata-rata orang kita bekerja sambil lewa dan simpan kerja hari ini untuk memastikan hari esok akan ada kerja? Perkara ini selalu aku perhatikan semasa aku bekerja di pejabat-pejabat kerajaan.... hmmmm... wallahualam....

Atau adakah disebabkan itu, maka wujudnya kerja-kerja kita yang selalu tertangguh atau sengaja ditangguhkan?

Aku bukan seperti itu... aku mempunyai satu sikap untuk bekerja kuat..... bekerja selagi ada daya.. tetapi dalam masa yang sama tidak mengenepikan keluarga... tetapi kadang-kadang terpaksa ketepikan anak-anak... tapi apakan daya....

Disebabkan itu, mungkin juga orang sekeliling nampak aku semacam bekerja kuat... jadi keluarlah kata-kata seperti di atas....

Biar aku jelaskan... sebenarnya aku banyak target yang hendak dilaksanakan dalam waktu yang aku telah tetapkan...maka lahirlah tindak tanduk yang mengundang pelbagai persepsi dan andaian..... banyak target aku sudah terlepas tarikhnya... sebab itu aku terpaksa kejar balik semua itu... Jadi, ada juga kata-kata orang "Buat apa kerja keras, kalau sakit nanti, apa-apa jadi pada kita, majikan senang cari pengganti... sekelip mata sahaja...." .... ada juga kata-kata, "Kalau kerja keras pun, banyak duit, tak boleh bawa ke kubur duit tu..."...

Tetapi sedarkah kalian bahawa bekerja itu satu ibadah? Bekerja... sambil itu berdakwah... bekerja membantu orang dikira ibadah... menyampaikan sesuatu yang baik itu juga satu ibadah... mencari duit untuk keluarga itu satu ibadah.....

Tetapi kalau kerja tak ikhlas, sambil lewa... tangguh-tangguh kerja... apakah hanya menyusahkan orang lain? Dan menyusahkan orang lain itu merupakan satu dosa... tidakkah begitu?

Wallahualam... sekadar memberi pendapat...



Tuesday, October 21, 2014

Komen Bajet 2015 Kepada PM

Dapat tahu PM buka kpd semua utk memberikan cadangan dan komen bajet 2015 http://www.astroawani.com/…/pm-minta-pandangan-bajet2015-se….
Tapi tak dapat komen kat website yg diberikan. Katanya perlu log in tp slps daftar masuk pun tak nampak link utk beri komen.... tak pe la... Berikut adalah komen saya...

Assalamualaikum Dato' Seri.... Komen saya ......
Tambahkan bajet bagi menyediakan pengangkutan awam yg lebih efisyen...seperti LRT, Keretapi, Keretapi laju, monorel dan sebagainya
Sistem pengurusan Keretapi perlulah cekap. Pastikan keretapi tidak menjadi seperti Komuter sekarang di mana sangat lambat, selalu delay, membuatkan penumpang berebut2 dan sebagainya. Jadikan sistem pengangkutan awam (keretapi, LRT, monorel, Keretapi laju) bersepadu. Memudahkan orang ramai bertukar-tukar laluan seperti di Jepun.
Hubungkan keretapi antara bandar-bandar utama di Malaysia (seperti keretapi laju / bullet train). Hubungkan juga di antara bandar-bandar, masjid-masjid, pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat rekreasi, pusat-pusat pelancongan dan sebagainya (keretapi biasa / LRT).
Putrajaya perlu ada monorel seperti yang dirancangkan sebelum ini kerana ia boleh memudahkan perjalanan antara precint dengan precint dan parcel dengan parcel. Seperti kita tahu bahawa masalah parking adalah masalah yang kritikal dan sering berlaku apabila orang awam ingin berurusan dengan kerajaan. Jadi, saman adalah perkara biasa. Ini sekaligus dapat mengurangkan penduduk Putrajaya membawa kenderaan sendiri ke pejabat, dan ia dapat menjimatkan ruang letak kereta.
Hubungkan juga kawasan-kawasan luar bandar dengan bandar-bandar utama terutamanya Kuala Lumpur dan Putrajaya, menggunakan Keretapi/LRT dengan cara yang berkesan dan cekap. Ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam yang cekap sekaligus dapat mengurangkan/mengatasi kesesakan lalulintas.
Bas sebagai pengangkutan awam, buat masa ini, sememangnya tidak cekap dan berkesan kerana bas terpaksa juga menempuh jalan raya yang sesak. Penggunaan bas atau menambah bilangan bas awam buat masa ini tidak akan menyelesaikan masalah malah memburukkan keadaan lagi.
Sekadar memberi pendapat....

Thursday, October 16, 2014

Mari menguruskan sampah dengan cara yang bersih

Wahai negaraku yg dicintai, bilakah agaknya negaraku Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersih? Bagi aku selagi kita semua tiada kesedaran di smping kuatkuasa undang2, selagi itulah kita akan hidup dalam keadaan sekrang....

Sejak dulu lagi aku tertanya-tanya bagaimanakah caranya menguruskan sampah supaya tidak kotor dan busuk..... Jawapan kepada soalan tersebut terjawab apabila aku menetap di Jepun selama 2 bulan..... Kini aku inigin berkongsi cara mengurus sampah supaya tidak berbau busuk dan kotor....

Cara ini aku adaptasi daripada cara di Jepun supaya sesuai dgn cara aku di Malaysia... Sebenarnya bukanlah sampah tidak langsung berbau busuk dan kotor tetapi lebih kepada kurangnya bau busuk dan kurannya kotor sampah kita.... Sekaligus tong smapah kita tidaklah terlalu kotor....

1. Pastikan sampah adalah kering sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.... Ini kerana air merupakan unsur yang menyebabkan berbaunya busuk.....
2. Bersihkan sampah seperti pembalut plastik (seperti ais krim, coklat, biskut, sambal, dan sebagainya)..... Selepas itu, keringkan dan barulah masukkan ke dalam tong sampah.....
3. Jika pembalut plastik tidak dapat dibersihkan dan masih kotor tetapi tidak begitu basah, masukkan ke dalam tong sampah berlabel biasa...
4. Untuk kotak susu, tin minuman dan sebagainya, pastikan dibasuh terlebih dahulu dan keringkan sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.....
5. Sampah organik seperti lebihan makanan, sayuran dan sebagainya, pastikan dimasukkan ke dalam jaring smpah dan dibersihkan sedikit.... Ini bagi mengelakkan terlekatnya sisa sambal, cili, dan sebagainya dan akhirnya menyumbang kepada terhasilnya bau yang tidak menyenangkan....
6. Sampah organik tidak boleh dibiarkan terlalu lama dikeringkan di suhu bilik kerana kemungkinan lalat datang menghinggap dan mengeluarkan hasil perkumuhannya... Ini boleh menyebabkan wujudnya ulat sampah.... Dicadangkan keringkan semalaman sahaja bg mengelakkan perkara tersebut...  sampah organik yg telah dibersihkan dan dikeringkan hendaklah dibuang dalam tempoh 3 hari....


Tong sampah dibahagikan kepada 3 kategori, dari kiri: kertas, plastik dan sampah biasa

Tong sampah khas untuk kertas. Semua perlu dibersih dan dikeringkan terlebih dahulu terutamanya kotak susu.
Tong sampah khas untuk plastik. Plastik seperti pembalut ais krim, plastik bungkusan yang kotor dan berminyak perlu dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Jika kotoran degil seperti minyak yang tidak mahu tanggal, masukkan ke dalam kategori sampah biasa.

Tong sampah kategori ini adalah untuk semua sampah yang kotor tetapi kering seperti tisu yang digunakan untuk lap kekotoran, pembalut makanan yg berminyak tidak mahu tanggal dan seumpamanya. Sebelum masukkan ke dalam tong ini, pastikan sampahnya tidak berair. Ini kerana air boleh menyebabkan bau busuk.

Jaring ini digunakan untuk sampah organik (berasaskan haiwan dan tumbuhan) seperti sisa makanan dan tulang ikan/ayam. Pastikan sisa makanan dialirkan air bagi memastikan tiada kotoran seperti minyak melekat. Selepas itu, keringkan semalaman dan bolehlah dimasukkan ke dalam Tong Sampah Biasa. Pastikan sampah ini tidak melebihi 3 hari bagi mengelakkan berulat.

Jaring ini boleh didapati di mana-mana kedai Daiso.

Kesimpulannya, sampah-sampah hendaklah dibersihkan drp segala kekotoran yang boleh dibasuh (seperti sambal, kuah, susu, dan sebagainya).... Sesudah itu, keringkan sedikit sehingga tiada air yang bertakung di dalam sampah tersebut.....

Walaupun di Malaysia, setahu aku (maaf kalau silap) tiada kontraktor sisa pepejal / kutip sampah atau lebih dikenali sebagai lori sampah yang mengasingkan sampah mengikut kategori semasa kutip dari rumah ke rumah..... Tetapi dengan mengamalkannya sekurang-kurangnya rumah kita berada dalam keadaan bersih, tidak berbau, mengurangkan risiko berulat dan sekaligus dpt mengubah mentaliti sampah itu busuk dan lori sampah dpaat mengurangkan bau busuk..... Dan akhirnya udara di Malaysia akan kembali bersih dan segar...





Tuesday, October 7, 2014

Masa: InsyaAllah......

Masa adalah perkara yang bagi aku sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian... ini kerana ia memberi implikasi yang besar terhadap orang di sekeliling....

Masa adalah sangat bernilai sehinggakan ia tidak boleh diganti setelah terlepas walau diganti dengan wang ringgit... Allah mengingatkan kita dalam surah al-Asr tentang betapa pentingnya masa..

Namun, adakah kita sebagai umat islam amat mementingkan masa? Malu aku katakan bahawa Jepun bukanlah sebuah negara Islam tetapi apabila sebut berkenaan masa, orang-orang jepun sangat menepati masa... Kita, rakyat Malaysia, rata-rata rakyatnya beragama Islam, adakah benar-benar menepati masa? Apabila berjanji utk berjumpa pukul 9 pagi adakah ditepati?

Sepanjang bekerja dgn org melayu Islam, jarang sekali masa yang dijanji akan ditepati.... Alasannya bermacam-macam..... di antarnya ialah jalan sesak, anak meragam, terlewat bangun, dan ada tetamu hadir semasa hendak bergerak.... Dan yg geram lagi ialah .... "Ala biasalah, janji melayu".... Hah! Adakah ini cara kita berfikir..?

"InsyaAllah".... Itulah perkataan yg selalu diungkapkan apabila berjanji... "Nak jumpa pukul brp?".... "Dalam pukul 9, 10....". Itulah dialog yg biasa kita dgr... Jawapan itu seolah-olah menunjukkan kita tidak mementingkan masa.... tidak tegas dalam menentukan masa.... Bila tidak tegas, maka itulah sebenarnya yang membuatkan org tertunggu-tunggu.... akhirnya orang akan marah apabila lambat.... Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang menunggu... adakah kita suka? Jika ya, anda perlu mengubah sikap seperti itu.... cuba fikirkan kalau kita lambat, mungkin orang yang menunggu itu ada hal lain yang perlu diselesaikan.... tidakkah kita telah mengganggu orang itu? Jika kita telah mengganggu, tidakkah kita rasa bersalah dan berdosa?

Wahai rakan-rakanku marilah kita mulakan perubahan dalam diri kita.... Janjilah dgn masa yang tepat... Kalau berjanji dengan masa, buatlah janji betul-betul... Nak jumpa pukul 9, pastikan kita berusaha berada di tempat yg dijanjikan sebelum pukul 9.. Tapi kalau takut tak boleh jumpa pukul 9, janjilah waktu slps itu... Pkl 9.30 ke 10 ke... tetapi masih perlu pastikan kita sampai sebelum waktu yang dijanjikan.....

Jangan pula jadikan "InsyaAllah" sbg alasan utk kita tidak tepati masa tersebut.. dengan alasan jika Allah izinkan tetapi kita tidak berusaha untuk menepati masa tersebut.... Sebaliknya "InsyaAllah" adalah dgn izin Allah adalah 99% pasti kita akan berada pada masa yang dijanjikan.... Bknnya kita mencari alasan utk kita lewat... Jika takut tidak dpt ditunaikan usah sesekali kita berjanji, katakanlah dengan jelas, "Aku tidak dapat janji yang aku akan sampai pada pukul 9 pagi, tetapi aku akan usahakan datang sebelum pukul 10pagi.". Tidakkah itu lebih baik? Tidak terlalu memberikan harapan........

Dalam mesyuarat pula, pastikan kita membincangkan perkara yg sepatutunya dalam masa yg ditetapkan.... Jgn meleret-leret dan lara sehingga melebihi masa yg ditetepkan..... Bermesyuaratlah untuk mendapatkan kata putus daripada semua yang hadir... Jangan ditinggalkan sesuatu hal itu tiada penghujungnya kerana selepas itu kita tidak tahu adakah kita sempat bernafas lagi sedangkan ada perkara yang kita sengaja tangguhkan semasa mesyuarat....

Jika kita diberikan tugasan, siapkanlah dalam masa yg ditetapkan kecuali kita mmg tidak dpt menyiapkan kerana berlaku masalah di luar kawalan kita.... jangan pula katakan, "Tak pe, kita buat kerja ni esok aje lah... kalau habiskan kerja hari ini, esok kita tak de kerja.... bila dah tak de kerja bos akan bagi kerja lain...". Astaghfirullahal'azim..... tidakkah kita rasa bersalah dan berdosa?

Wahai rakan-rakan seIslamku.... aku menyeru kepada semua agar kita mengubah sikap sambil lewa kita ini.... marilah kita mengejar masa yang mana semakin hari semakin suntuk... yang mana hayat kita semakin hari semakin pendek... Didiklah anak-anak kita dari kecil agar mereka menghargai masa kelak kita dapat melahirkan generasi yang mementingkan masa....

Saya dengan rendah diri memohon maaf jika ada kesilapan dalam berblog ini.... segala teguran boleh disalurkan kpd saya secara terus...

Monday, October 6, 2014

Harga Petrol Naik 20 sen?

Isu semasa ni.... Sememangnya isu harga petrol naik memang tak dapat dinafikan sejak dari dahulu walaupun kita dijanjikan bahawa harga petrol tidak akan naik dalam masa terdekat ini... atau tidak akan naik tahun ni... itu semua ayat-ayat yang biasa kita dengar.... yang lebih menggerunkan ialah apabila harga petrol naik, pasti harga barang lain juga naik.... bukan selepas itu shj, malah sebelum harga petrol naik pun harga barang sudahpun naik... menakutkan, sangat menakutkan... harga petrol naik 20 sen seliter, teh tarik naik 20 sen secawan...

Aku bukan nak berpolitik sebab sememangnya aku tidak pandai berpolitik... dan aku tidak suka berpolitik.... sebab kadang-kadang, politiklah yang menyebabkan kita berpecah belah.... nauzubillah.... mohon dijauhkan....

Namun, aku tergerak untuk meluahkan isi hatiku terhadap isu ini... sebelum itu, terima kasih kpd Saiful Nang (SN) kerana mewakili kami dan berani menulis tentang isu ini (boleh baca di sini petikan daripada fb SN - http://www.harianblogger.com/luahan-hati-rakyat-marhaen-kepada-najib-razak/)... yg bagi aku, cara SN menulis itu sangat menyentuh, berhati-hati dan memberi kesan. Gaya bahasa yang digunakan pun agak menjaga adab dalam penulisan....

Aku setuju... rakyat sepatutnya disediakan dgn kemudahan pengangkutan yg cepat, cekap dan efisyen... bukannya sediakan kereta persendirian yang mana kita sendiri menanggung semua kos seperti petrol dan lain-lain kos penyelenggaran kereta.... yang akhirnya telah nyata dan jelas apabila semua orang terpaksa mempunyai kereta sendiri untuk ke tempat kerja... berlakulah kesesakan jelas lagi nyata di kebanyakan jalan-jalan raya... setiap hari, saban hari, kesesakan lalulintas memang tidak dinafikan terutamanya di kawasan Lembah Kelang.... jadi bermulalah budaya di Malaysia kita kesesakan lalulintas setiap hari di kebanyakan tempat.... berlakulah perebutan tempat semasa meletakkan kereta... berlakulah perebutan menggunakan jalan raya kerana mengejar masa... berlakulah sikap yang negatif yang ditunjukkan oleh pemandu-pemandu jalan raya dek kerana mengejar temujanji dan sebagainya.... menyedihkan lagi, semasa kesesakan jalan raya, masing-masing hilang sabar dan berebut2 memasuki lorong2 di jalan raya... ini aku kirakan terjadi kerana semua ingin cepat sampai di tempat yang ditujui dengan kadar segera....

Aku masih teringat lagi ketika aku baru memasuki alam pekerjaan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.... alhamdulillah, pejabat dekat dengan PUTRA-LRT, senang aku ke tempat kerja... namun, menyedihkan apabila stesen yang terdekat dengan rumah aku (sekitar kawasan Batu Caves), tiada bas perantara.... Ketika itu, aku sangat berharap ada laluan bas baru yang akan membawa aku ke stesen tersebut (Hentian Putra Gombak)... tetapi, harapan hanya menjadi harapan.... sebagai insan yang lemah dan tiada kuasa, aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa.... Ada bas dari kawasan rumah aku menghala ke arah sentul (juga tidak lalu stesen STAR-LRT) dan akhirnya ke jalan pekeliling (ada stesen STAR-LRT dan hentian bas ke pejabat aku)... dari situ, aku hanya ambil bas ke pejabat aku sahaja, yang mana servis bas sangatlah tidak efisyen dan cekap... kadang-kadang jika terlewat dan tergesa-gesa, aku meminta pertolongan daripada ahli keluargaku untuk menghantar aku ke stesen PUTRA-LRT di Gombak... alhamdulillah....jika tidak, lambat terpaksalah aku lambat ke pejabat.....

Ketika aku mula bekerja, aku memang tidak mampu/layak untuk membeli kereta/motor walaupun terdesak... tetapi, setelah mampu dan layak untuk membeli kereta, aku masih tidak mahu memiliki kereta lagi kerana memikirkan kesesakan jalan yang sentiasa berlaku di jalan-jalan utama ke arah pejabatku.... aku hanya memikirkan "kalaulah ada LRT dari rumah aku..." atau "kalaulah stesen LRT mudah dihubungkan dari rumah aku....". Sekali lagi, aku hanyalah insan lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa....

Kini, aku nampak tren zaman sekarang.... kereta merupakan satu keperluan utk semua orang.... ini termasuklah graduan... bukan shj graduan malah pelajar universiti pun sudah mampu memiliki sebuah kereta.... mana tidaknya... dahulu, semasa aku belajar sehinggalah bergelar graduan, susah untuk memiliki kereta jika tiada slip gaji 3 bulan dan majikan mestilah stabil dari segi kewangan.... tetapi kini, dengan hanya menunjukkan skrol ijazah, graduan sudah boleh memiliki sebuah kereta... bagaimana ini boleh terjadi? Syarat untuk memiliki kereta telah dipermudahkan... Mengapa? Adakah kerajaan/bank ingin menggalakkan graduan memiliki kereta walaupun belum lagi mendapat pekerjaan tetap? hmmmm... apakah erti semuanya ini? Jika tidak kereta... pastinya motor yang mana semua sedia maklum bahawa risikonya adalah sangat tinggi berbanding kereta....

Pelajar universiti pula, aku tidak pasti bagaimana mereka mendapatkan sebuah kereta... mungkin beli atas nama sendiri tetapi yang bayar ibubapa.... atau mungkin juga mereka membuat kerja part time.. atau mungkin hadiah daripada ibubapa atas kejayaan mereka mendapat tempat di universiti... atau??.... tetapi, pernahkah kita dan pihak berwajib, terfikir mengapa mereka memiliki kereta/motor? mungkin juga, kerana ia memudahkan perjalanan mereka dari rumah sewa ke kelas dan sebagainya..... atau adakah mereka menunjuk-nunjuk atas kekayaan/kemampuan ibubapa mereka?

Di Jepun, semua orang tidak perlu risau tentang kereta, termasuklah pelajar dan graduan.... rakyat jepun menggunakan keretapi mereka yang sangat efisyen, cekap, cepat dan tepat.... accessible... merata-rata ada stesen keretapi dan bas... dan sangat mengikut jadual (tepat waktunya).... di negaraku yang tercinta, komuter, adakah ia efisyen, cekap, cepat dan menepati masa? kita telahpun ada jawapannya...

Kadang-kadang bila bandingkan antara negara kita (yang rata-rata Islam) dan Jepun (bukan Islam), malu rasanya sbb Islam telahpun mengajar kita tentang masa dalam surah al-asr... namun adakah kita praktikkannya? fikir-fikirkanlah....

Aku sehingga kini masih tidak faham, mengapakah negara kita masih belum ada lagi satu sistem pengangkutan awam yang efisyen, cekap, cepat dan tepat? Ramai pegawai atasan (yang menggubal dasar dan membentuk negara) yang belajar di negara-negara maju... tetapi mengapa kita masih tidak boleh mengikuti jejak langkah negara-negara maju?

Bagi aku, jika negara kita ada sistem pengangkutan awam yang sangat efisyen, pastinya ramai yang akan menaiki pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri... sekaligus dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang tidak pernah selesai dari dahulu lagi... bukannya melebarkan jalan raya atau membina lebih banyak lebuh raya lagi (yang mengenakan tol) untuk menguraikan trafik atau mengatasi masalah kesesakan lalulintas... Bukan itu sahaja, malah kenaikan harga petrol pastinya tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia...... dan pastinya tidak akan ada rungutan, resah dan gelisah rakyat Malaysia...

Wallahualam....
~Sekadar pandangan~
Nota: Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan menginggung perasaan sesetengah pihak... aku hanyalah mahu mengutarakan pandangan yang tidak aku tahu ke mana patut aku ke utarakan pandangan tak seberapa ini....




Saturday, September 13, 2014

Pemerhatian terhadap sikap orang jepun

Beberapa pemerhatian dibuat terhadap budaya (cara hidup) orang jepun.....

1 - Peramah - setiap kali berjumpa pasti ucapkan selamat pagi (konichiwa).. pengalaman aku menemani anak2 bermain di taman permainan.. pasti ada beberapa suri rumah yg turut temani anak mereka di taman trsbt... kebnykaan mereka melemparkan senyuman dahulu kpd aku.....

2 - di pasaraya... kebanyakannya menggunakan peti wang auomatik. cashier scan brg2... duit yg dibayar akan dimasukkan ke satu slot mcm atm machine... dan baki akan dipulangkan secara automatik oleh machine tsbt mcm vending machine...  cashier hanya double check shj... mudah... sementara itu kalau pelanggan depan mengira duit utk dibyar atau apa2 masalah... pelanggan seterusnya terus dilayan oleh cashier tanpa buang masa... brg2 pelanggan terus discan.... yg menariknya, org jepun x suka buang masa... pelanggan akan memasukkan brgnya ke dlm plastik beg mereka sendiri. satu ruang khas disediakan.....

3 - Gelagat orang jepun sewaktu hujan..... rata-rata orang jepun berpayung baik lelaki mahupun perempuan tanpa segan silu... biasanya seorang satu payung dan tidak berkongsi.... Malaysia? hahaha... orang lelaki memang sangat malu dan segan untuk gunakan payung... tak macho katanya.... mana taknya... rakyat Malaysia rata-rata berkenderaan sendiri... letak kenderaan kalau boleh dekat dengan destinasi... jalan sikit dah terasa jauh... hmmm... Di Jepun, mereka suka berjalan dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka kebanyakannya menaiki tren... tren mereka sangat efisyen dan tepat pada waktunya kecuali kalau ada berlaku gempa bumi barulah berlaku kelewatan tren.....

4 - Yang paling penting ialah selamat....mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa risau soal keselamatan... di Jepun, kebanyakan tempatnya selamat utk kita ke mana-mana sahaja.... anak kecil (anggaran) lingkungan 4-5 tahun dibiarkan sahaja menaiki keretapi sendirian tanpa risau hilang atau tidak balik.... di Malaysia, anak main depan rumah pun boleh hilang.... dalam konteks ini siapa yang lebih islam? hmmmm...... Bagaimana menjadikan negara kita selamat? hmmm.... perlukan huraian yang sangat panjang....

5 - Mengamalkan kebersihan - rata-rata tempatnya adalah bersih... tandas awam, tempat awam dsbnya... merokok ada tempat khas... kadang2, kita rasa susah nak jumpa tong sampah tetapi yang anehnya susah juga nak cari sampah di buang merata-rata.... rasa2nya org jepun bawa balik sampah atau sampah diletakkan dalam beg, bila jumpa tong sampah barulah buang.. Di Malaysia? hmmmm... Islam mengajarkan kita supaya menjaga kebersihan... tetapi... adakah kita mengamalkannya?

6 - Sangat menghormati orang... asyik tunduk dan ucapkan arigatogozaimas (terima kasih).... selalu mendahulukan orang lain spt memberi laluan untuk masuk dalam lif jika ada anak kecil..... tetapi, jika kita naik tren dan berdiri di sekitar bukan tempat duduk keutamaan (priority seats) biasanya kalau kita dukung anak pun tidak akan didahulukan (terutamanya jika kita orang lelaki yang dukung anak)... dalam kes ini, mungkin kita dianggap gagah dan kuat kot... kalau isteri kita dukung anak kecil mungkin diberikan tempat duduk... (ini hanyalah teori semata-mata ya...)

7 - melintas jalan - pejalan kaki akan diberikan keutamaan melintas jalan berbanding pemandu kereta/bas/teksi/penunggang motosikal dll..... hah, ini hanya sewaktu lampu pejalan kaki hijau atau tempat melintas tu adalah zebra line, ok.....  yang menariknya, penunggang basikal pun patuh terhadap peraturan ini walaupun kanak-kanak sekolah....


Berdasarkan pengalaman tersebut, aku dapat simpulkan bahawa cara hidup rakyat jepun sangat menyamai apa yang Islam anjurkan..... dan aku pernah membaca beberapa artikel dari pelbagai sumber yang mengatakan bahawa rakyat Jepun jadi macam tu sebab mereka telah dididik sebegitu rupa. Kerajaan mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk rakyatnya... Pendidikan diberi keutamaan sejak dari rumah, tadika dan sekolah... pendidikan sivik ditekankan... apa pun, satu kajian perlu dilakukan (dan aku pasti telah ada kajian, tetapi aku sahaja yang tidak berkesempatan membaca kajian2 tersebut...) bagi memastikan kesahihan perkara tersebut....