Di negara kita, perkembangan agama Islam nampak semakin positif. Ceramah-ceramah agama di sana sini mudah didapati. Kemunculan ustaz-ustaz muda dan menarik dari segi penampilan dan semasa menyampaikan ceramah merupakan tarikan kepada generasi muda, generasi pelapis di Malaysia.....
Secara peribadi, aku katakan bahawa insyaAllah, ada perkembangannya.... anak-anak muda telah mula belajar Islam secara mendalam dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup.... anak-anak muda perempuan sudah ramai yang bertudung elok dan berstokin tangan dan kaki untuk menutup aurat mereka... artis-artis baik lelaki mahupun perempuan sudah mula berhijrah seorang demi seorang... Syabas kepada pendakwah-pendakwah yang tidak mengenal jemu menyampaikan dan mengajak masyarakat hari ini ke arah hidup yang lebih bermakna di dunia dan akhirat...
Ibu bapa kini ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama terutamanya di peringkat taska dan tadika... ini menunjukkan ada kesedaran dalam masyarakat kita sekarang... sekolah-sekolah agama kerajaan pun sudah ada yang mengajar agama sebagai subjek teras malah telah memasukkan sains dan teknologi ke dalamnya.... syabas.....
Namun begitu, pada fikiran aku, untuk mencapai negara berstatus negara maju berkonsepkan Islam, semua sekolah sepatutnya mengajarkan agama Islam secara menyeluruh kepada rakyat..... penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan tentang apa itu Islam, cara hidup Islam dan sebagainya..... Islam jika diamalkan, aku pasti dan yakin, negara kita boleh mencapai status negara maju dengan cepat.... Ini kerana Islam mengajarkan manusia supaya hidup dalam aman dan damai.... mengamalkan pelbagai akhlak terpuji, ikhlas diri, berfikiran positif, saling menghormati dan banyak lagi yang tidak tersenarai.... sekaligus, pasti jenayah dapat dikurang....
Mengikut definisi al-khawatir (salah satu slot TV al-hijrah yang selalunya disiarkan pada pukul 7.30 malam setiap hari), kemajuan = ilmu + amal + akhlak....... aku sangat setuju dengan definisi tersebut..... definisi tersebut sebenarnya telah diamalkan di negara bukan Islam yang termaju iaitu Jepun.... ramai orang yang aku kenal berkata, "Di Jepun, ada nilai-nilai Islam... itulah sepatutnya kita amalkan...." . Ini termasuklah ketepatan masa yang diamalkan....
Mendidik rakyat secara menyeluruh dengan memasukkan nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur, amanah, tepati masa, rajin dan sebagainya, pasti negara kita maju dengan cepat dan pantas.... untuk mendidik rakyat dengan perkara tersebut bukan perkara mudah dan bukan dilakukan oleh satu pihak..... semua pihak seperti diri sendiri, ibu bapa, guru-guru dan kerjaan perlulah bekerja sama dalam menjayakan perkara tersebut.....
Pendidikan perlulah bermula dari rumah.... diri sendiri perlu memulakan langkah baru dengan cara berhijrah ke arah yang lebih baik.... ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti diajarkan oleh Islam.... namun begitu, perubahan individu dan ibu bapa sudah ketara sekarang ini tetapi satu lagi pihak yang sangat berpengaruh perlu mengambil tindakan menyeluruh.... Kerajaan dan pihak berkuasa jika mengambil tindakan menyeluruh pasti perkembangan Islam akan menjadi lebih cepat dan berkesan.... Jangan takut wahai rakan-rakanku yang bukan Islam.... Islam jika diteliti dan difahami pasti membawa kepada kemajuan dan keamanan kepada seluruh manusia di muka bumi ini.....
Jika mendidik rakyat bermula dari bawah iaitu bermula dari taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya universiti, pasti kejayaan berlipat kali ganda hasilnya.... Jika semua peringkat pendidikan diterapkan dengan nilai-nilai murni pasti bahagia hidup di dunia ini....
Kini, orang perseorangan telah mengambil alih tugas mendidik anak-anak secara Islami dengan nilai-nilai murni di peringkat taska dan tadika....hasilnya dapat dilihat kepada anak-anak yang belajar di taskan/tadika tersebut.... mereka nampak lebih menonjol dari segi akhlaknya, amalnya dan sebagainya.... anak-anak ini boleh menghafal surah-surah lazim, berdikari dan bermacam lagi sejak kecil lagi..... syabas diucapkan.....
Jika tugas ini dijalankan dan diperluaskan oleh pihak berkuasa/kerajaan pasti ramai lagi rakyat kita dapat dididik dengan jayanya.... ini kerana, tidak semua ibubapa yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke taska/tadika swasta kerana yurannya yang agak mahal.... jika sekolah-sekolah bantuan kerajaan dapat menjalankan tugas-tugas seperti di sekolah-sekolah swasta pasti agenda mendidik anak dan memajukan negara dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin....
Namun, ini merupakan agenda negara.... semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.... jika hanya satu-satu pihak yang menjalankannya mana mungkin kejayaan dapat dikecapi.... atau mungkin dikecapi tetapi ia pasti mengambil masa yang sangat panjang....
Wallahu 'alam.....
p/s: Ini hanyalah pendapat peribadi penulis.... pasti ada cacat celanya.... Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.....
Saturday, March 22, 2014
Thursday, March 20, 2014
Malaysia idamanku.....
Merujuk post yang sebelum ini, aku terdetik dan terfikir.... masalah parking, kesesakan di Putrajaya telah lama berlaku... bila dicerita, diluahkan dan diadu ....jawapan yang sering kita dengar adalah .... "memang itu masalah biasa.... biasalah tu...."...
tetapi,
Adakah kita mahu melihat masalah itu terus menerus sampai bila-bila?
Adakah kita sanggup hidup dalam keadaan sebegitu?
Tiadakah jalan penyelesaian bagi masalah tersebut?
Tidak adakah seseorang yang berkuasa di situ yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut?
Jumlah kenderaan di Malaysia semakin hari semakin bertambah... bukan berkurang.... jika masalah ini tidak diatasi lambat laun Putrajaya akan menjadi lebih sesak dan sesak dan sesak....
Aku idamkan Putrajaya, KL dan di mana ada pejabat-pejabat awam, pejabat-pejabat swasta dan kawasan tumpuan orang ramai.... yang mana dapat diakses dengan mudah.....
Aku idamkan kawasan-kawasan tersebut mempunyai kenderaan awam yang cekap, tepati masa dan efisyen supaya semua urusan dapat diselesaikan dalam masa yang sepatutnya....
Aku idamkan supaya ada tren, bullet, monorel, LRT dan seumpamanya bagi membantu rakyat dalam berurusan dengan pelbagai pihak terutamanya kerajaan.....
Aku harapkan ada pegawai atasan / berwajib / berkuasa yang dapat menyelesaikan masalah-masalah sedemikian....
Wahai umat Islam... bangunlah, bangkitlah, ayuh kita bekerja seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi ... dan beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari....

Wednesday, March 19, 2014
Allah mengajar, mendidik dan menguji dengan pelbagai cara
Ya Allah..... pengalaman hari ini sangat menguji kesabaran dan keimanan aku.....
Aku dan isteri pergi ke Putrajaya atas urusan ke Jepun tidak lama lagi.... tidak seperti sebelum-sebelum ini, kebiasaanya salah seorang akan menunggu di dalam kereta dan seorang lagi akan berurusan. Namun, hari ini disebabkan urusan tersebut memerlukan kami berdua perlu berada bersama untuk berjumpa dengan pegawai kerajaan di Parcel D.
Setiba di destinasi, aku mencari parking dahulu di parking pelawat dan tempat2 sekitar. Namun, setelah dua kali pusing masih tiada parking, aku memutuskan untuk parking sahaja di bulatan Putrajaya, luar Parcel D memandangkan ramai yang parking di situ sama seperti sebelum ini... Semasa parking, aku langsung tidak terfikir pasal saman langsung sebab memikirkan bahawa kawasan tersebut memang tidak ada parking langsung.... Allah telah mengaturkan segala-galanya... Aku yang selama ini memang bersikap sangat teliti pasal saman menyaman ini. Pantang aku untuk parking di tempat yang salah, aku pasti mencari tempat yang sepatutnya untuk parking. Paling tidak pun pasti aku akan berasa tidak sedap hati bila parking di tempat yang salah....Tapi kali ini, tidak.... tidak sekalipun terdetik hati aku pasal saman. Allah telah mengaturkan dan mungkin Allah tutupkan perasaan itu supaya aku dapat berurusan dengan lebih tenang.... Mungkin.... dan memang ternyata, aku berurusan dengan tenang dan fokus dengan pegawai kerajaan tersebut.
Sesudah selesai semuanya, aku dan isteri kembali ke kereta... "Bang, tengok tu macam ada saman je", dari jauh isteri aku ternampak sekeping kertas pada wiper kereta... Aku masih positif lagi, "Tak de lah, tak kot, surat iklan orang letak kot..."...bila sampai je kat kereta, aku pun tengok kertas tu.... aku baca kertas tu... tak tulis pun saman atau kompaun tp kertas tu bertajuk "Notis Pemberitahuan/Pemakluman" (lebih kurang bunyinya mcm tu)... tp pada notis tu tercatat no plat kereta, tarikh, masa dll mcm surat saman tapi tak dinyatakan berapa RM... masih ragu-ragu, iya ke surat saman atau notis sahaja...... tp ada tulis di belakang notis tu senarai kesalahan dan dibulatkan "Meletakkan kenderaan di garisan kuning dan mengganggu lalulintas" (lebih kurang bunyinya mcm tu).....
Disebabkan was-was, aku bertanya rela di parcel D tu... "Ini surat apa?"... terus dibalasnya "Hah, ini surat saman"... Aku kata. "tak de tulis pun saman atau brp ringgit kena saman". Rela tu kata, "memang tak tulis... tp tak sampai RM50 ni"... dalam duit tak berapa nak ada ni sebab nak dekat hujung bulan ni, aku dalam hati berkata, "oklah kot tak sampai RM50..."... tapi aku masih lagi was-was sebab dalam notis tu tidak menyatakan langsung perkataan saman/kompaun/denda.... tetapi ada dinyatakan pemilik kenderaan hendaklah memberikan butir-butir yang dikehendaki (spt nama, ic, no lesen, alamat dsbnya) dalam tempoh 7 hari kepada Perbadanan Putrajaya... Tetapi ia merupakan satu kesalahan jika gagal berbuat demikian.... dan tidak dinyatakan apakah jenis tindakan yang akan dikenakan..... hmm.... aku masih positif lagi... insyaAllah... kena saman pun dapat kurang sbb dalam hari yang sama.... tapi mungkin juga tak kena saman sebab tak dinyatakan langsung....
Aku pergi terus ke Parcel B... sebab dalam surat tu ada dinyatakan sila kemukakan maklumat berkenaan dalam tempoh 7 hari kepada Perbadanan Putrajaya dan hantar kepada Perbadanan Putrajaya Blok B bla bla bla.... aku ingatkan Parcel B... so aku pergilah ke Parcel B untuk mendapatkan kepastian... setiba di Parcel B, aku nampak mcm tak de Perbadanan Putrajaya pun... tp aku cuba je tanya dengan Polis Bantuan yang ada di kaunter masuk pelawat... Polis tu kata bukan sini... kena pergi ke presint 2... ooo ic.... sambil tu aku tanya, "ini surat apa sebenarnya?"... melegakan sebab polis tu kata, "Notis pemberitahuan, bukan saman, dia hanya nak maklumat kita dan alasan mengapa kita parking di situ".....
Aku pergi terus ke Presint 2 mencari Perbadanan Putrajaya..... setiba di tempat sepatutnya.... aku disuruh ambil nombor giliran... dan bila dipanggil, aku pun ke kaunter berkenaan dan bertanya, "Encik, ini sebenarnya surat apa?"....lantas dijawab, "Hah, ini surat saman..".. aku balas, "Ooo, saya tak tau sebab tak tulis saman atau kompaun pun...".. dibalasnya dengan selamba,"Hah, saya bagitahu la ni"...dalam hatiku berkata, "Tak sopan langsung petugas kaunter ni".... memandangkan kena saman, aku pun terus merayu, "Boleh rayu utk kurangkan, encik?".. "boleh RM50"... "RM 50? Berapa harga sebenar?"... "RM100"..."Tak boleh kurang lagi ke, encik? Kesian saya encik, duit ni saya nak isi minyak kereta"..."Tak boleh....Nak bayar tak ni?"..."Bayar je lah....Boleh ke kalau tak bayar?"..."Boleh"... "tak pe lah, bayar je lah encik"...dalam hati aku sedikit kecewa dengan layanan pegawai kaunter tersebut... kupujuk hatiku... mungkin ini kafarah dosa-dosa yang aku buat... kot lah bayar zakat tak cukup atau duit aku tak salurkan ke tempat yang sepatutnya... atau byk lagi alasan yang aku tak tahu... aku berserah sahaja... pasrah.....
Itu semua dugaan... Allah nak bagi sesuatu yang terbaik buat aku.... Allah uji dulu aku... selama ini aku jarang buat salah mcm tu... dan jarang sekali aku kene saman... seingat aku baru 2 kali sahaja aku kena saman....
Aku pasrah, aku redha, aku serahkan segala-galanya kepada Allah... aku tahu Allah nak uji tahap keimanan aku, Allah nak didik aku, Allah nak ajar aku sesuatu, Allah nak tunjukkan sesuatu kepada aku....

Wednesday, March 12, 2014
MH370, Kemarau dan Jerebu - Ujian atau Bala?
Ya Allah, Malaysia dilanda ujian? atau mungkinkah bala?
Mula-mula Malaysia negaraku tercinta mengalami jerebu dan kemarau.... hujan tidak turun sudah beberapa lamanya.... dan ia menyebabkan kemarau yang berpanjangan... air di pelbagai empangan semakin surut dan kemudian dicatu....
tak habis lagi isu tersebut, Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370.. pesawat yang dikatakan tercanggih hilang di pandangan manusia... pelbagai pihak dari pelbagai negara memberi bantuan kepada misi mencari pesawat tersebut... tidak kurang juga, ada yang menyalahkan antara satu sama lain dan ada yang membuat pelbagai spekulasi tanpa bukti... hanya mengikut akal dan fikiran manusia...
Aku setuju dengan Kapten Norudin, kita kene berbalik kepada Sang Pencipta.... serahkan segala-gala kepadaNya....Dia Yang Mencipta dunia ini... Dia juga Yang Maha Mengetahui segala-gala yang berlaku di dunia ini....
Wahai insan yang kerdil di dunia ini terutamanya rakyat Malaysia, marilah kita bersatu hati, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya mohon agar segala permasalahan yang dihadapi oleh Malaysia dapat diselesaikan dengan segera...
Aku kagum dan bangga dengan rakyat Malaysia yang kini kebanyakannya telah kembali berserah kepada Allah dengan solat hajat (memohon dipermudahkan misi mencari MH370) dan solat istisqa (memohon hujan)... teruskan Malaysia... mari kita ramai-ramai dan tambah lagi bilangan yang menyertai solat-solat tersebut....
Akhir kata, marilah sama-sama perjuangkan agama Allah di dunia ini.... tegakkanlah agama Allah di dunia ini terutamanya di bumi Malaysia yang tercinta..... sesungguhnya jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kita.... Amin...

Subscribe to:
Comments (Atom)