Malaysia, negaraku tercinta, aku mengimpikan pengangkutan awam yang canggih dan memudahkan perjalanan rakyatnya ke destinasi masing-masing dengan efisyen....bilakah impian aku ini akan menjadi kenyataan atau adakah ia hanya sekadar mimpi?
Aku mengimpikan kenderaan awam yang dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.....
Aku mengimpikan kenderaan awam yang dapat membawa aku dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan cepat dan tepat.... tidak seperti komuter yang sekarang ini tidak tentu jadualnya...... yang tidak pasti bilakah tiba dan bilakah akan bertolak untuk sampai ke destinasi..... walaupun sudah ada jadual masa tiba dan bertolak namun tidak ditepati janjinya..... bilakah ada kenderaan awam yang efisyen seperti di Jepun, keretapi, mudah diakses dan membawa ke destinasi yang hendak dituju?...
Aku mengimpikan seperti di Jepun, mudah untuk ke mana-mana.... senang diakses dari satu tempat ke satu tempat.... mudah untuk aku ke shopping complex seperti di Jepun..... mudah untuk aku pergi dari satu shopping complex ke satu shopping complex..... seperti dari Mid Valley ke Setia City Mall ke One Utama ke Bangsar South City ke Shah Alam City Mall dan mana-mana shopping complex yang ada di Malaysia..... supaya aku tidak perlu untuk menghadapi kesesakan yang mana harga petrol semakin hari semakin naik... yang mana dapat menjimatkan masa...... dan memudahkan perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja ... tidak perlu untuk aku berfikir untuk membeli kereta yang mana rumah adalah lebih penting....
Jadi, ia dapat mengurangkan trend graduan membeli kereta walaupun belum memulakan kerja... sekaligus dapat mengurangkan kadar hutang isi rumah terhadap graduan yang baru sahaja bekerja.... sekaligus dapat memudahkan graduan yang baru sahaja memulakan kerja untuk ke tempat kerja.... kurang kesesakan lalulintas, kurang pencemaran udara dan sebagainya.....
Adakah MRT dapat menyelesaikan masalah-masalah ini? Adakah MRT dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut? Adakah MRT dapat merealisasikan impian aku?
Oh Malaysiaku yang tercinta....
Sunday, January 26, 2014
Saturday, January 25, 2014
Udara Malaysia kotor?
Lanjutan daripada entri sebelum ini "Malaysia bakal menjadi negara 4 musim?"..... ada yang tertanya-tanya sama ada Malaysia mengalami jerebu sekarang ini sebab cuaca sekarang ini sangat tidak panas seperti biasa di Kuala Lumpur.... dan apabila menyedut udara luar, kita dapat rasakan bahawa cuaca tidak panas dan tidaklah berasa sejuk.... matahari tidak secerah seperti biasa.... aku ada jawapan tersendiri.... kita, Malaysia, terutamanya di bandar-bandar metropolitan, kalau mengalami musim sejuk sekalipun, aku rasa tidak akan sesejuk dan sesegar udara Tokyo di Jepun.... Mengapa?
Berdasarkan lawatan seminggu aku ke Jepun hujung tahun lalu, secara peribadi aku berpendapat bahawa Malaysia terlalu banyak asap terutama asap kenderaan (kereta, lori, bas) dan sebagainya.... ini termasuklah rokok.... asap lori, bas? sangat kotor.... Mengapa Malaysia masih tidak boleh kuatkuasakan penggunaan petrol yang bersih dan mesra alam? Mengapa Malaysia tidak boleh kuatkuasakan kawasan larangan merokok? Walaupun ada sesetengah kawasan larangan merokok telah dikuatkuasakan, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh mengikut peraturan? Kita perlu buat sesuatu kepada negara kita iaitu melalui pendidikan.... sebagai contoh mendidik anak bangsa Malaysia supaya mematuhi peraturan....
Penggunaan petrol kenderaan di Jepun, aku dapat rasakan bahawa tidaklah sekotor kita... penggunaan petrol mereka adalah mesra alam... maaf kalau aku tersalah info dan ini aku tidak dapat pastikan jenis petrolnya, tetapi yang aku dapat pastikan bahawa kenderaan mereka tidak mengeluarkan asap yang kotor... dan jumlah kenderaan tidak sebanyak kita di Malaysia... rata-rata rakyat Jepun menggunakan kenderaan awam (keretapi) untuk ke sana ke mari... dan pengangkutan awam mereka adalah yang tercanggih di dunia... keretapi mereka juga sangat mesra alam......Mengapa Malaysia tidak boleh menjadi seperti Jepun?
Di Jepun juga, ada tempat khas untuk merokok... mereka tidak merokok merata-rata, tidak meludah merata-rata, tidak membuang sampah merata-rata dan boleh dikatakan mereka telah mengamalkan nilai-nilai Islam di sana... mengapa Malaysia yang majoritinya adalah Islam tetapi tidak mengamalkan nilai-nilai Islam sepenuhnya seperti di Jepun?
Fikir-fikirkan dan bertindaklah......

Friday, January 24, 2014
Malaysia bakal menjadi negara 4 musim?
Baru-baru ini, Malaysia dilanda satu fenomena "suhu sejuk" sehingga 17 darjah celcius di kawasan pantai timur terutamanya kelantan dan terengganu..... Aku dapat membayangkan dan merasakan kesejukan itu kerana aku pernah ke Jepun hujung tahun 2013 yang lepas... ketika menjejakkan kaki di bumi Jepun, suhunya pada waktu itu adalah 17 darjah celcius.... musim autumn atau dipanggil luruh.... bertukar daripada musim panas ke musim sejuk.....waktu itu, memang kene pakai baju panas... almaklumlah kita orang Malaysia, kekuatan badan tak begitu kuat untuk menahan kesejukan sbb Malaysia suhunya sekitar 25-32 darjah celcius sahaja sepanjang tahun.....
Mulalah ramai rakan-rakan yang mengemaskini status facebook mereka sejuk sejuk sejuk... dan tidak ketinggalan juga ada yang berkongsi video Vietnam dan Indonesia dilanda salji... satu perkara yang pelik bagi negara-negara beriklim khatulistiwa..... tetapi bagi aku itu semua tidak mustahil, semuanya kuasa Allah... ada juga juga yang mengatakan bumi semakin tua.... magnet bumi telah berubah sedikit demi sedikit.... dan Brazil bakal menjadi Kutub Utara dan India bakal menjadi Kutub Selatan... seterusnya Malaysia bakal menjadi negara 4 musim kerana Malaysia akan berada sebaris dengan negara India.... impak yang paling ditakuti dan digeruni adalah ia akan menyebabkan matahari akan terbit sebelah barat dan ini merupakan petanda Kiamat... betul ataupun tidak, kita semua tidak tahu... yang tahu hanya Allah Yang Maha Esa.... tidak kurang juga ada yang tergelak apabila ada pihak yang berpendapat sedemikian (kiamat hampir berlaku).... semua orang Islam tahu dan yakin, memang benarlah kiamat pasti akan berlaku dan hampir berlaku.... tetapi kita sahaja tidak tahu bila ia akan berlaku.... tidak perlulah tergelak seolah-olah kiamat lambat lagi berlaku..... cuma kita perlulah muhasabah diri dan banyak-banyaklah beramal utk mencari pahala sebagai bekalan di akhirat kelak....
Namun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan surat penafian dan mengatakan fenomena ini terjadi kerana tiupan angin timur laut yang kencang dari tanah besar China yang kini sedang mengalami musim sejuk.......

Tuesday, January 21, 2014
Melihat Peluang dalam Kesusahan
Apa yang aku dapat simpulkan daripada cerita dalam topik seterusnya ialah..... melihat peluang dalam kesusahan......
Kedua-dua kanak-kanak di dalam cerita ini, dididik dan dilatih supaya melihat peluang dalam setiap kesusahan yang dihadapinya.... seperti di dalam kehidupan sebenar, kita pasti akan menempuh dugaan dan setiap dugaan tersebut harus dilalui dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.... Jika dikaitkan dengan keadaan ekonomi di negara kita khususnya (bukan aku ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi aku sekadar ingin memandang dari pelbagai sudut), kita seharusnya berusaha, berdoa dan bertawakal.... berusaha mencari rezeki di mana-mana sahaja asalkan halal......
Kita perlu berfikir di luar kotak bagi mengharungi dugaan ini... kita harus berfikir cara meningkatkan isi pendapatan rumah kita supaya kos sara hidup yang meningkat ini dapat kita harungi sebaiknya..... perkara lain, biarlah pihak yang berkuasa atau pihak yang seangkatan dengannya menguruskannya...kalau kita bising sekuat manapun, mungkin hanya ada sedikit kesan ataupun tiada kesan secara langsung memandangkan kita ini hanyalah rakyat biasa....
Ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja....
Wallahualam....
.

Monday, January 20, 2014
Kos Sara Sidup Meningkat 2
Aku nak kupas sedikit mengenai lesson 1 dan untuk pengajaran ke-2....
Ada satu bahagian yang sangat menarik perhatian aku dan aku tiba-tiba berfikir sejenak mengenai apa yang diperkatakan.... aku cuba kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang ini......berikut, aku terjemahkan mengikut kefahaman aku dan aku masukkan juga sedikit pendapat dan pandangan peribadi aku sahaja.......
"Sikap tamak dan pentingkan diri menyebabkan harga naik dan sekaligus menyebabkan kos sara hidup meningkat.... Contohnya: apabila ada seseorang yang berpengaruh seperti seorang doktor terasa perlunya menaikkan harga servisnya di atas apa-apa alasan sekalipun....Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan ada di kalangan pesakit yang semakin tidak mampu.... Oleh itu, ramai orang yang semakin tidak mampu dan kesihatan makin tidak terurus.....Orang miskin tidak mampu untuk mendapatkan rawatan terbaik sebab kos tinggi......(akibat daripada kenaikan harga)..... Peguam pun nak naikkan harga... dan yang lain-lain yang berkaitan pun akan naikkan harga..... Malahan, seorang cikgu pun ingin gajinya dinaikkan dan menyebabkan cukai-cukai dinaikkan... Perkara ini berterusan.....Inilah yang menyebabkan kos sara hidup meningkat... disebabkan oleh satu perkara..... Akhirnya, inilah yang menyebabkan jurang antara miskin dan kaya semakin besar....
Tamadun manusia akan lenyap disebabkan jurang antara yang mampu dan yang kurang mampu menjadi sangat besar....... Kita belajar tetapi malangnya kita tidak pernah mengambil iktibar daripada sejarah..... kita hanya belajar menghafal sejarah ketamadunan tetapi tidak masuk ke dalam hati kita.... kita tidak benar-benar faham dan tidak mengambil iktibar...
Bukankah harga barangan sepatutnya akan menaik?
Tidak bagi masyarakat yang berpelajaran dan kerajaan yang bagus... sebenarnya secara teorinya harga patut turun.... tapi harga semakin naik disebabkan sikap tamak haloba manusia.... kalau sekolah mengajar kita mengenai wang, sudah pasti kita akan miliki banyak wang..... wang menjadi semakin banyak dan harga pasti akan turun......ini tidak..... semua sekolah hanya mengajar bagaimana hendak bekerja untuk mencari wang dan bukannya mengajar bagaimana kita boleh mengawal dan memanfaatkan kuasa supaya wang bekerja untuk kita....."
Jadi, wahai pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah.......
Oleh itu, marilah kita semua muhasabah diri dan usahalah ke arah kebaikan yang diredhai Allah....
Wallahualam.....

Saturday, January 18, 2014
Kos sara hidup meningkat
Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, aku terpanggil untuk membaca buat kali ke-2 untuk membaca buku "Rich Dad Poor Dad" yang aku beli pada tahun 2007.....Buku ini dahulu merupakan the Best Seller..... memang sangat berguna...... Jadi aku saja nak baca semula dengan tujuan mengingat kembali tips-tips berguna untuk menguruskan kewangan....
Buat masa ini, aku sedang membaca Chapter 2: Lesson One: The Rich Don't Work for Money......
Antara kata-kata yang aku suka ialah:
"Stop blamming other people ... if you think other people is the problem then you have to change them. but if you think that you are the problem then you will change yourself, learn something and grow wider....but it is easier to change your self than anyone else...." - Rober T.Kiyosaki...
Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, di mana kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya, jadi, untuk meneruskan kehidupan ini, kita harus mengubah diri kita.... lihatlah cara kita berbelanja.... kurangkanlah apa yang mampu dikurangkan selagi mampu.... dan dalam masa yang sama, kita usahalah cari sesuatu untuk meningkatkan kualiti hidup kita..... bagi aku, kalau gaji byk mana sekalipun, kalau tak diuruskan dgn baik, pasti smpai bila2pun takkan cukup...
pepatah melayu ada mengatakan "Besar periuk besarlah keraknya".... jadi, sekarang kita buktikan bahawa jika periuknya besar, tidak semestinya kerakpun besar ....

Thursday, January 16, 2014
Kurus dalam masa 3 bulan? Betul ke?
"Kurusnya kau sekarang ni, kongsilah sikit rahsianya?
"Aku nampak kau kurus sekarang ni, ko makan supplement ke?"
"Kau nampak semakin kurus je....? Apa rahsianya atau kau sakit ke?"
"Mentang-mentanglah kau dah kurus sekarang ni.... pakai baju macam budak-budak.... bergaya" ... (hahaha, saja nak nampak muda....)
Tergelak aku...... "mana ada rahsia... aku cuma jaga pemakanan je".... "aku tak sakit lah, alhamdulillah sihat je".... "memang tak ada rahsia, kalau kau nak tahu, aku boleh ceritakan dari A to Z..."
Aku kurus dalam masa 3 bulan!!!! Betul ke?
Ceritanya mulanya begini.... apabila usia perkahwinan aku hampir mencecah 5 tahun dan mempunyai dua orang anak, aku rasakan badan aku semakin tembam, walaupun tidak setembam mana tetapi bak kata orang memang berisi lah... dan perut aku pernah ditegur oleh ramai orang di sekeliling aku termasuk adik beradik, pak mentua dan sebagainya.... waktu itu berat badan aku hampir 90kg dan saiz pinggang aku 34 inchi... seluar bersaiz 34 inchi pun sudah berasa ketat apabila dipakai... risau untuk membeli pakaian baru terutamanya pakaian kerja, risau perut maju ke hadapan, risau nampak tidak "ganteng", risau penyakit mendatang bila berat badan naik... jadi, aku bertekad untuk mengurangkan buncit sahaja..... langkah pertama iaitu google bagaimana mengurangkan perut buncit....
terjumpa single buncit... so aku beli online... lebih kurang sebulan aku pakai, tak nampak kesan.. aku frust, aku google "kevin zahri", aku baca tips pemakanan.... dinasihatkan supaya kuantiti makanan dikurangkan setiap kali makan... contohnya daripada sepinggan, kurangkan separuh, daripada makan malam, kurangkan makan malam, kalau lapar makan sahaja roti2 (atau makan makanan yang kurang karbohidrat)....jangan makan makanan yang tinggi karbohidrat dan berlemak....jadi, aku skip sarapan dan makan malam... aku hanya makan roti sahaja utk kedua-dua waktu makan tersebut... tengah hari memang aku makan nasi tp dalam kuantiti yang sedikit (nasi separuh)... kesimpulannya, lepas aku cuba seminggu, aku nampak kesannya, berat aku berkurang sebanyak 1 kg..... oklah sbb aku tak sempat nak bersenam dan sebagainya.... .nampak gaya macam ada peluang utk kurus......selepas sebulan aku timbang berat aku berkurang 5 kg.... macam cerah je peluang utk kurus..... aku teruskan usaha aku sehinggalah hujung bulan ke-3.... berat aku turun sebanyak 19 kg..... kesimpulanya, selepas aku berdiet (menjaga pemakanan) selama 3 bulan, berat aku menjadi 71 kg.... Alhamdulillah, akhirnya menjadi kurus dan sekali gus mengurangkan buncit telah menjadi kenyataan.....
selepas itu, aku hanya menjaga pemakanan aku sahaja... tetapi selepas beberapa ketika, tiba-tiba aku rasa macam nak makan malam dan sarapan pagi, manakala makan tengah hari aku naikkan kuantiti balik....... aku makan je lah memandangkan aku dah kurus.... lepas beberapa hari aku amalkan, fuh... berat badan aku naik balik la dalam 2-3 kg.... tak boleh jadi ni... aku mulakan diet balik untuk mengekalkan kurus....
Apa yang aku amalkan utk jaga diet balik? skarang ni aku amalkan minum "cinch" keluaran shaklee sebagai ganti sarapan.... ada 3 perisa: Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate....yang paling sedap bagi aku ialah Cafe Latte.....
Untuk sesiapa yang inginkan kurus, Shaklee pun ada set menguruskan badan..... nanti bebila aku masa terluang, aku ceritakan pasal tu set kurus tersebut.....
Wasalam....
Subscribe to:
Comments (Atom)