Selagi pendidikan tidak menitikberatkan akhlak, selagi itulah negara akan menghasilkan insan yg tidak menitikberatkan akhlak, selagi itulah kita akan menerima berita pergaduhan sana sini, cemuhan tanpa tapisan di media media sosial terutamanya...
Selagi pendidikan kita memfokuskan 'A' sebagai kayu ukur cerdik pandai seseorang itu, selagi itulah pelajar2 kita berusaha keras mengejar 'A' tanpa mempedulikan nilai2 murni, tanpa mempedulikan betapa pentingnya berfikir terhadap sesuatu topik yang dipelajari... selagi itulah, hafalan menjadi makanan pelajar-pelajar 'cerdik pandai'....
Selagi rakyat hidup dalam tertekan dek kerana kos sara hidup meningkat saban hari, selagi itulah rakyat akan terus berusaha mengejar wang... selagi itulah kedengaran orang bekerja keras siang dan malam termasuk bekerja part time ke sana sini... selagi itulah anak-anak kurang mendapat perhatian ibu bapa... selagi itulah anak-anak kita runtuh moralnya....
Selagi pendidikan hanya memfokuskan kebendaan, selagi itulah anak2 belajar hanya kerana lulus peperiksaan... tiada inisiatif untuk mencipta sesuatu baru.... selagi itulah negara tidak akan menjadi negara pencipta... selagi itulah negara akan hanya menggunakan barangan import....
Lihatlah negara-negara maju, akhlak dijadikan asas pendidikan di sekolah-sekolah.... bukan A yang menjadi kayu ukur... anak-anak dididik supaya berfikiran kritis, kreatif, inovatif.... sebab itu, mereka menjadi negara maju kerana pendidikan.... kebersihan dijadikan asas pendidikan, sebab itu negara mereka bersih hasil kerjasama semua orang tidak mengira lapisan masyarakat.... Mungkin mereka tidak perlu terlalu mengejar wang, jadi mereka punya masa untuk berfikir..... Jika ini benar, benarlah ajaran Islam, berbuat baiklah sesama kita (akhlak).... sedakah, waqaf, zakat, infaq telah ada dalam Islam... tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin membantu sesama kita...
Mungkin ya mungkin tidak.... Mungkin apa yang aku perkatakan ini ada betulnya ada tidaknya... apa yang penting kajian menyeluruh yang adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak harus dilakukan.... hasilnya, terimalah dengan hati yang terbuka dan ambillah tindakan demi kebaikan kita bersama....
Sunday, December 6, 2015
Thursday, July 9, 2015
Survivor....
Pagi-pagi tadi, aku sempat menonton sebentar video yang dikongsi di facebook Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM). Video yang memaparkan seorang graduan bernama Zahra, mewakili suara generasi baru.... video tersebut boleh ditonton di sini ..... video zahra
Ya, aku amat setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Zahra. Aku pernah mengalami keadaan sepertinya. Aku pernah duduk di tempatnya. Namun, Alhamdulillah kehidupan aku kini kurasakan sedikit selesa berbanding sewaktu baru tamat belajar, kira-kira 11 tahun yang lepas.
Seperti Zahra, aku bergelar graduan daripada universiti awam dalam negara sahaja. Semangat yang tinggi membuatkan aku ingin ke menara gading kerana ingin keluar dari kepompong kehidupan yang agak sempit. Aku mempunyai 9 orang adik beradik dan aku merupakan anak yang ke-4. Agak sempit sedikit kehidupan aku sekeluarga tetapi Alhamdulillah ibu bapa aku dapat membesarkan aku menjadi orang yang berguna walaupun hidup dalam keadaan yang sedikit kurang.
Orang kata "belajar tinggi-tinggi nanti dapat kerja yang hebat-hebat, gaji besar boleh tolong mak ayah".... Itulah yang aku pegang bagi memotivasi diri aku yang tidak sehebat dan tidak sepandai anak orang lain.....
Diploma
Ahirnya, aku dapat menamatkan pengajian diploma aku selama 3 tahun. Selepas itu, niat di hati ingin terus bekerja bagi membantu keluarga dan adik-adik yang masih bersekolah. Tambahan pula, aku kehilangan ayah (sebaik sahaja tamat latihan industri) yang menjadi periuk nasi kami sekeluarga. Ibu tidak bekerja. Aku sebagai seorang anak lelaki yang belajar sehingga diploma terasa aku yang perlu memikul tanggungjawab seorang ayah pula. Puas aku mencari kerja dengan mengisi permohonan online dan menghantar resume baik melalui emel mahupun by hand ke pelbagai syarikat. Asalkan dengar sahaja ada jawatan kosong, aku pasti hantar tidak kira sama ada di utara ataupun selatan dan semestinya di sekitar lembah klang... Namun, nasib aku tidak sebaik beberapa rakanku yang mudah mendapat kerja. Aku juga ada rakan-rakan yang senasib denganku sewaktu itu... Rata-rata syarikat mahukan calon yang mempunyai pengalaman dan kemahiran tertentu. Maklum sajalah, bidang IT/ sains komputer ini memerlukan kemahiran yang tinggi sewaktu itu kerana berlaku lambakan graduan IT. Siapa yang salah?
Oleh kerana susah bagiku untuk mendapat pekerjaan, namun Alhamdulillah aku dapat bekerja di sebuah syarikat kecil yang memberi peluang kepada golongan seperti saya untuk mencari pengalaman dalam bidang IT. Tiada gaji yang diberikan, tiada surat tawaran bekerja dan tiada jaminan apa-apa. Cuma kami diberikan elaun RM 10 sehari sahaja sebagai tambang dan duit makan minum harian. Alhamdulillah...
Setelah beberapa bulan mencari pengalaman di situ, aku disuruh ibuku untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Pada mulanya aku enggan kerana aku masih percaya akan ada panggilan temuduga bagi jawatan yang aku telah mohon. Aku yakin dan aku tidak mahu berputus asa. Melihatkan raut wajah ibuku yang benar-benar inginkan anaknya belajar ke peringkat yang lebih tinggi, jadi aku ikutkan sahaja. Bagaimana dengan yuran pengajian? Hanya PTPTN jawapannya. Namun, aku pasrah kerana PTPTN sudahku ambil semasa diploma. Aku berazam mahu membayar setelah aku mendapat pekerjaan tetapi apakan daya, tiada rezeki aku untuk membayar balik. Oleh itu, aku terpaksa memohon PTPTN bagi membiayai pengajian ijazahku dan membuat penangguhan pembayaran balik. Walaupun membuat pengguhan, kadar faedah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan tidak kira apa alasan sekalipun.... Sedikit kecewa namun apa boleh buat?
Ijazah
Setelah tamat ijazah (di universiti yang sama) dan bergelar graduan, harapanku supaya mudah mendapat kerja semakin meninggi. Namun, setelah ke sana ke mari mencari kerja, ada pula dengar kata-kata orang, syarikat tak mampu bayar gaji tinggi kepada pemegang ijazah. Mungkin sebuah dua syarikat kecil sahaja yang begitu..... Aku tidak berhenti di situ sahaja, aku gagahkan diri untuk terus mencari kerja apa sahaja asalkan halal untukku membayar balik pinjaman dua PTPTN (diploma dan ijazah). Kerja pertamaku siapa sangka?... mohon sebagai cashier di Carrefour tetapi dilanti menjadi roller boy (bertugas menyemak harga di rak dengan memakai roller blade). Gaji pertamaku hanya sekitar RM 300 sahaja kerana masuk tidak cukup bulan. Kalau cukup bulan gaji hanya sekitar RM 700. Pada tahun itu apa sahaja yang boleh dibeli? Ingin naik kenderaan awam, jangan bermimpilah sebab sangat tidak efisyen. Tidak ada kenderaan awam yang lalu dari rumah aku ke pasaraya tersebut. Berbekalkan motor arwah ayahkulah aku ke tempat kerja.
Dipendekkan cerita, aku telah bekerja di banyak syarikat baik kecil mahupun besar, dan kebanyakannya adalah kontrak bergaji sekitar RM 1000 sehingga RM 1500. Dengan belanja wajib pada masa itu seperti tambang bas/LRT, makan minum, telefon bimbit, bayaran balik PTPTN, dan sedikit kepada ibuku, top up belanja rumah dan lain-lain... berapa agaknya tinggal? Itu tidak termasuk belanja hiburan yang sememangnya aku tidak suka kepad hiburan.... tidak termasuk sewa rumah, api air kerana aku tinggal dengan ibuku...
Akhir sekali, sebelum aku berkahwin, pekerjaanku yang agak stabil adalah apabila bekerja di PNB hanya dengan gaji RM2000 sebulan. Itupun setelah 2 tahun mencari kerja dan telah banyak kali bertukar kerja. Pada awalnya, aku berasa jumlah itu adalah besar kerana aku masih bujang, tidak perlu membayar bil api, air dan sewa rumah. Aku hanya perlu bayar PTPTN, tambang pengangkutan awam, makan minum, telefon bimbit, duit kpd ibuku, duit utk top up belanja rumah dan sebagainya, Aku tidak membeli kereta kerana aku tahu peritnya berkereta. Lagipun aku bekerja di tengah bandar, amat mustahil untuk aku bawa kereta kerana memikirkan parking, petrol, sesak dan sebagainya. Walaupun kenderaan awam tidak efisyen namun aku gagahkan diri dengan keluar awal iaitu selepas solat subuh kerana memang belum tentu aku dapat sampai jam 8 pagi kalau sedikit lewat. Walhal, jika berkereta dan tidak sesak jalan, ia hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja dari rumah ke pejabat di tengah bandar. Sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Di manakah noktahnya?
Selagi kita tidak berubah, selagi itulah tiada apa yang akan berubah.... sistem pengangkutan tetap tidak akan efisyen dari pelbagai sudut...
Aku seperti Zahra, sayangkan Malaysia, negara tanah tumpahnya darahku.. negara yang banyak menyimpan kisah pahit dan manis bagi aku yang tidak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila... Dengarlah rintihan warga Malaysia wahai pihak berwajib dan yang berkuasa ke atas negara tercinta ini...
Saturday, April 25, 2015
Kursus Biro Tatanegara (BTN)
Kursus Biro Tatanegara atau lebih terkenal dengan panggilan BTN..... Kursus ini adalah wajib bagi semua pemegang biasiswa ke luar negara. Tujuannya adalah bagi memupuk rasa kecintaan kepada negara dan dengan harapan semua balik ke Malaysia dengan membawa ilmu bagi memajukan negara.
Aku diwajibkan menghadiri pada 19-23 April lalu sebagai memenuhi syarat biasiswa ke luar negara....
Pada awalnya, maklum balas daripada kenalan/rakan-rakan berkata kursus ini adalah sesi brainwash supaya kita cintakan Negara. Pendek kata, pergi jangan lupa balik Malaysia.... jadi, aku pun rasa malas nak ke kursus BTN tetapi disebabkan ia adalah wajib maka dengan perasaan malas, aku gagahkan juga..... setelah merasai sendiri kursus BTN ini, aku dapati ia tidaklah seperti yang dicanangkan (sesi brainwash). Mungkin orang yang tidak merasai sendiri kursus ini membuat tafsiran tersebut apabila melihat hasil daripada kursus ini ..... namun bagi aku, kursus ini tidak lain tidak bukan, menjelaskan perlembagaan Negara Malaysia, sedikit undang-undang, hala tuju negara dan kesan-kesan kepada negara kita apabila perlembagaan Negara tidak lagi dipegang dan dihormati...
Aku ingat lagi kata-kata fasilitator yang mengajar "kita bukan mempertahankan tubuh badan seseorang itu tetapi kita mempertahankan institusi dan kedaulatan negara kita".
Secara keseluruhannya, kursus ini mempunyai slot syarahan di dalam dewan besar yang memberi gambaran kasar tentang perlembagaan negara, menjadi negara maju dan isu keselamatan negara yang menjadi ancaman negara. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil, dalam 15 orang satu kumpulan. Di dalam kelas yang kecil itulah peserta akan diberi tugasan seperti LDK dan sebagainya untuk perbincangan. Beberapa kali sesi pembentangan setiap kumpulan yang tidak begitu serius. Maksudnya di sini ialah sesi pembentangan, bagi aku, bertujuan untuk kita berbincang sebentar sebelum diberikan penjelasan yang selanjutnya oleh fasi. Di sini, fasi adalah bertindak seperti seorang pensyarah yang penuh dengan ilmu perlembagaan, isu semasa, sejarah negara dan pelbagai perkara yang melibatkan negara.
Kesimpulannya, kursus ini BUKAN kursus BRAINWASH tetapi kursus ini adalah kursus untuk peserta mengenal perlembagaan Negara dan institusi Negara kita. Jadi, aku rasakan adalah lebih baik jika kursus seperti ini diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat iaitu sedari sekolah rendah dan menengah. Mungkin boleh dijadikan satu kursus wajib atau subjek wajib kepada sekolah-sekolah.
Walau bagaimanapun, aku percaya perlembagaan negara dan sejarah negara ada diajarkan di sekolah-sekolah tetapi kesannya aku tidak nampak. Ini mungkin kerana cara penyampaian subjek berkenaan tidak berkesan. Mana tidaknya, pelajar-pelajar sekolah dilatih untuk mengejar gred A bagi semua subjek bagi menjamin tempat di universiti-universiti kelak. Alangkah indahnya jika pelajar-pelajar sekolah kita dilatih supaya menyelami dan memahami perkara tersebut, tidak mengejar gred A semata-mata...
Mungkin juga perlu ada perubahan kepada sistem pendidikan kita yang mana sekarang ini meletakkan gred A adalah pelajar yang pandai, hebat dan cemerlang. Mungkin system pendidikan kita boleh ditransformasikan bagi melahirkan rakyatnya yang memahami dan mencintai negara kita. Mungkin label "straight As" boleh dihapuskan dan mungkin pihak berwajib tidak meletakkan A sebagai menjamin kepada kemasukan ke universiti dan mendapat biasiswa. Kaedah baru bagi mengukur semua perkara ini dapat diperkenalkan.....
Wallahu 'alam...

Tuesday, February 17, 2015
Pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa... Mr Mama...
Fuh.... tengok tajuk pun dah terketar aku nak cerita.....
Pengalaman yang sangat mencabar bagi aku.... sebelum itu, ingin aku ucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada umiku (Sharifa Husain) kerana telah berjaya membesarkan aku sehingga aku dewasa dan sehingga aku ke tahap ini (walaupun masih jauh lagi perjalanan aku sebagai seorang insan muslim).... didikan umi dan daddy yang membentuk peribadi aku ini... aku menjadi sangat bercita-cita tinggi, tegas, dan sangat menepati masa....
Mendidik, mengasuh, menjaga, melayan anak-anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah....
Apabila aku dicadangkan untuk bercuti selama 2 bulan untuk menjaga anak-anak sementara isteriku ke universiti (di Jepun), aku anggap semacam mudah kerana hanya melayan anak-anak, memasak, dan sebagainya... Di awal percutian, memang nampak mudah tapi apabila telah merasainya beberapa minggu... aku rasakan sangat susah... bukan aku tidak merancang perjalanan hidup di Jepun... telah aku rancangkan.... aku perlu memasak (guna perencah maggi segera... hahaha), mengemas, mengasuh dan mengajar anak-anak... siap dah bawa buku untuk diajarkan... baik buku mewarna, menulis, membaca dan sebagainya.... telah aku jadualkan, selepas sarapan dengan anak-anak, apa perlu aku lakukan.... selepas itu barulah bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran anak-anak secara tidak formal... aku cuba jadikan "kelas" itu menyeronokkan.....tidak terlalu lama, menarik dan menyeronokkan... maklumlah anak kecil 3 (lelaki) dan 5 (perempuan) tahun.... tetapi aku cuba juga untuk mendidik mereka... pelajaran-pelajaran lain diajarkan setiap hari dan akan diulang mengikut kesesuaian...
Aku mengajak (bukan menyuruh sebab aku ingin tunjukkan yang aku buat sekali) anak-anakku untuk:

- mewarna buku bergambar seperti kartun dan ABC... sekejap je fokusnya dlm 5 minit...
- membaca abc, mengira pensil dsbya...
- menulis.... anak 5 tahun dah memang pandai ... anak yg 3 tahun, mula-mula tak mahu pegang pensil langsung.... tetapi selepas beberapa hari, aku berjaya mengajarnya memegang pensil dan menulis walaupun satu huruf.... alhamdulillah...
- membaca buku adab dan mengajar adab... bercerita tentang adab terutamanya adab sebelum, ketika dan selepas makan... dan membaca beberapa doa...
- bercerita tentang apa sahaja seperti cita-cita mereka dan perkara yang mereka suka seperti frozen, upin ipin, ultraman dan sebagainya... walaupun mengarut aku layan saja.... hahaha
- mengemas rumah... mengajar supaya mengemas selepas makan... kalau bersepah sapu/vacum dan lap.... alhamdulillah awalnya berjaya sedikit mengajar mereka tentang itu tetapi lama kelamaan pudar sedikit.... mungkin akhirnya aku mengajar tanpa jiwa berbanding di peringkat awal...
- melipat baju (anak umur 5 tahun), alhamdulillah dia berjaya melipat seluarnya....
- membuang sampah mengikut kategori... alhamdulillah, mereka dapat membezakan antara kategori plastik dan sampah biasa... (setakat ini, 2 kategori itu sahaja sbb itu sahaja yang terpakai utk kami...)... lepas makan aiskrim/coklat/apa2 makanan berbalut mereka tahu membuang sendiri mengikut kategori... tak perlu disuruh lagi....
- mereka membaca iqra'.... yang 5 tahun tak jadi masalah... tetapi masalah kepada yang 3 tahun.... liat sikit...
- bersolat... walaupun tidak konsisten tetapi aku cuba juga... hebatnya di sini, apabila singgah masjid, pastinya anakku (3tahun) turut serta solat di dalam masjid... yang 5 tahun mengikut mamanya....
Walaupun aku telah laksanakan perkara-perkara tersebut, namun di akhirnya aku rasakan bahawa aku telah gagal melaksanakan kesemua tersebut..... aku gagal untuk mendidik anak-anakku seperti yang dirancangkan... hasilannya aku masih tidak berpuas hati kerana tidak seperti yang aku jangkakan... mungkin juga jangkaanku terlalu tinggi... hmmm.... pokoknya aku tidak berpuas hati dengan apa yang aku buat selama berada di bumi Jepun...
Akhirnya, aku mulai bosan, kosong dan terasa bukan jiwaku untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil kerana ia memerlukan banyak perhatian dan kesabaran..... bukan tugasku di sini.... jiwaku mungkin mendidik anak-anak yang sudah dewasa seperti jawatan yang aku jawat sekarang ini.... aku rasa seronok setiap masa apabila berhadapan dengan anak-anak muridku.... tidak pernah luntur perasaan itu... terutamanya hari Isnin, yang mana rata-rata orang biasanya ada perasaan "Monday blues" atau malas kerja.....
Tidak sabarku untuk kembali bekerja bukan kerana aku sudah bosan di Jepun tetapi aku rindu pada tugas-tugasku sebagai seorang pensyarah..... Aku seronok berada di Jepun melihatkan budayanya yang sangat unik dan sangat boleh dibanggakan sebagai seorang Islam.... Inilah suasana Islam yang aku cari... bersih, hormat dan yang penting sekali ialah SELAMAT.... selamat ke mana-mana walaupun seorang diri tanpa rasa takut....
Dengan apa yang aku telah lakukan selama hampir 2 bulan ini.... aku dapat rasakan tugas seorang suri rumah sepenuh masa yang digalas oleh umiku (yang mengasuh dan mendidik aku seramai 9 orang adik-beradik) amatlah berat.... berat tanggungjawab, banyak kerja yang dilakukan...
aku dapat rasakan, sangatlah banyak kerja yang perlu dilakukan oleh suri rumah sepenuh masa sebenarnya seawal bangun pagi sehinggalah tidur di waktu malam.... sebenarnya, secara peribadi aku rasakan bahawa kerja suri rumah sepenuh masa adalah 24 jam....suri rumah perlu menyediakan makan minum suami dan anak-anak seawal pagi dan makan malam... kalau ada anak kecil atau anak yang masih tidak bersekolah? sudah tentu makan tengah harinya disediakan juga... belum dikira lagi pakaian.... basuh pakaian, sidai pakaian, gosok pakaian suami dan anak2 (yang bersekolah)?
Semua ini mengingatkan aku segala kerja dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh umiku dahulu..... kalau sebelum ini, aku hanya melihat sahaja umiku dan kasihankannya tetapi sekarang aku pula yang merasainya....... syukur aku kepada Illahi, aku diberikan pengalaman sebegini agar aku dapat merasai sendiri pengorbanan umiku......
Dengan rendah diri, aku katakan aku rasa sangat hormat, tabik, kagum dan bangga dengan kerjaya yang mulia ini....
Terima kasih UMI dan terima kasih wanita...... engkaulah pendidik dan pembentuk generasi akan datang sebenarnya...... "Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia......"
Sunday, February 15, 2015
Sistem Pendidikan
Sudah masuk tahun baru 2015...
Kebanyakan orang sudah mula berazam apabila masuk tahun baru... bagi aku, azam itu perlu ada pada semua orang supaya kita sentiasa mempunyai sasaran hidup yang lebih bermakna.... Namun, itu bukan apa yang aku hendak coretkan di sini.... apa yang aku hendak coretkan ialah mengenai perkara yang lebih besar lagi... iaitu pendidikan di Malaysia....
Aku bukanlah penyokong pembangkang atau pengkritik kerajaan... tetapi aku adalah seorang warganegara yang inginkan Negara yang aku cintai menjadi lebih baik daripada hari ini....
Mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, rata-rata ibu bapa masakini lebih mementingkan pelajaran anak-anak berbanding pendidikan anak-anak... anak-anak dihantar ke tadika yang mana boleh mengajarkan anak-anak kita membaca seawal usia 3 tahun.... di Malaysia, tadika seperti ini tumbuh bagaikan cendawan... di sana sini ada sahaja tadika swasta yang mempromosikan dan menjamin anak pasti akan pandai membaca apabila masuk tadika tersebut....
apabila sudah pandai membaca, ibu bapalah orang yang paling bahagia kerana anak mereka lebih pandai berbanding sepupu, saudara mara, ataupun rakan-rakan mereka.... apabila anak tersebut sudah pandai membaca sebelum masuk darjah satu sekolah kebangsaan, diharapkan dapatlah anak tersebut masuk sekolah golongan elit atau sekolah bestari dan sebagainya.... apabila tamat darjah enam, mulalah persekolahan menengah di sekolah-sekolah kebangsaan..... yang penting dapat duduki SPM sebelum ke peringkat universiti.... masa itu bermulalah perebutan biasiswa-biasiswa baik yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun swasta, dalam Negara mahupun luar Negara....
Tetapi, adakah kita sedar bahawa sistem pendidikan kita lebih kepada apa yang dipanggil sebagai exam-oriented (sistem berdasarkan peperiksaan)? bermula seawal tadika, rendah, menengah dan universiti?
semuanya diukur dengan peperiksaan.... bagaimana pula dengan sahsiah diri? Pembentukan akhlak, pembenihan nilai-nilai murni dalam diri rakyat Malaysia?
Mengapa kita sebagai ibu bapa tidak mendidik nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak? Berpandangan positif (bersangka baik), berbuat baik, rajin bekerja, rajin mencari ilmu, menjaga kebersihan dan sebagainya?
Adakah mungkin kita sebagai ibu bapa mahukan anak-anak menjadi bijak pandai tanpa mempedulikan pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni? Adakah ini kerana kita mahukan anak-anak kita mudah mendapat pekerjaan kelak dan boleh berdikari sendiri apabila dewasa? Adakah ini semua kerana ingin mengejar biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai pihak yang menjadikan pencapaiaan akademik sebagai kayu ukur?
Adakah ini tanggungjawab ibu bapa sahaja? Adakah ini tanggungjawab pihak berwajib sahaja? atau siapa? Yang pastinya kerjasama semua pihak perlu ada.... pihak berwajib, ibu bapa dan masyarakat....
Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak sejak awal lagi pasti Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai.... Namun, perkara ini jika dilaksanakan hanya oleh sesebuah keluarga sahaja, atau sesetengah tadika sahaja atau sesetengah sekolah rendah sahaja ... ia pasti tidak sampai ke semua warga Malaysia.....
Andai kata pembentukan akhlak, peribadi dan nilai-nilai murni diterapkan dalam diri anak-anak bermula di semua tadika, sekolah, dan universiti baik awam mahupun swasta.... InsyaAllah, aku pasti, Negara kita akan menjadi Negara yang aman dan damai sehingga sampai ke semua lapisan masyarakat....
Wallahu 'alam....

Subscribe to:
Comments (Atom)