Thursday, May 22, 2014

Cara buang sampah orang jepun - Bahagian 2

Sebelum ini ada diceritakan berkenaan cara buang sampah org jepun.... lanjutan drp itu, ingin dikongsikan jadual sebenar dan cara-cara menguruskan sampah... jadual buang sampah ini adalah mengikut kawasan diduduki..... lain kawasan lain jadualnya... kedua-dua maklumat tersebut dikongsikan di sini... berikut adalah gambar yg diambil untuk tujuan perkongsian maklumat...



Jadual kutipan sampah ini dibekalkan kepada setiap apartment di sini. Jadi penyewa dapat merujuk jadual ini untuk tujuan pembuangan sampah. 
Nota: Sampah perlulah diletakkan di dalam tempat yang disediakan sebelum jam 8 pagi setiap hari. (ini menunjukkan disiplinnya mereka di sini). 

Cara-cara menguruskan sampah biasa.

Cara-cara menguruskan Tin Kosong, Botol berlabel PET, Botol Kosong dan Bateri terpakai.

Cara-cara menguruskan Kertas, Pembalut dan Bekas Plastik.

Cara-cara menguruskan Bekas "Metal" seperti periuk dan Sampah bersaiz besar.


Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu kita (rakyat Malaysia terutamanya) dalam menguruskan sampah.

Tidak kiralah pekerja yang memungut sampah mengasingkan atau tidak sampah-sampah tersebut.... tetapi sekurang-kurangnya kita (yang tidak berkuasa apa-apa) dapat mengurangkan bau sampah sekaligus dapat mengurangkan risiko sampah cepat berulat.

Wallahu 'alam......

Sunday, May 18, 2014

Cara buang sampah orang Jepun

Sepanjang duduk di Malaysia, aku tidak pernah pun diajarkan oleh sesiapapun tentang cara buang sampah..... yang aku tahu, ada je sampah, buang je dalam tong sampah.... bila dicakap "busuknya sampah...", dibalas "memanglah busuk, dah namanya pun sampah....".... sampai sudahlah mentaliti kita akan begitu.... bila dah ada keluarga dan rumah sendiri, aku terfikir, kenapalah sampah busuk sangat.... aku tak suka benda-benda busuk dan kotor.... aku hampir membenci sampah.. tetapi apabila aku muhasabah diri, sampah aku yang buat, jadi kalau aku tak buat sampah, tiadalah sampah... hmmm..... macam mana tu?

Apabila aku sampai di negara matahari terbit, Jepun, fikiran aku benar-benar berubah..... mana tidaknya.... aku lalu sebelah lori sampahpun, aku tak perasan... bila ditoleh balik, barulah perasan sebenarnya aku baru sahaja melepasi sebuah lori sampah yang tidak berbau.... hmmm.... aku rasa kagum yang amat... Kalau di Malaysia, lori sampah jauh sebatu, aku dah tahu...... hihihi.... bila lori sampah lalu depan rumah, aku dah tutup hidung.... hmmm.... macam mana tu?

Masa aku melawat Jepun pada tahun lepas dalam tempoh seminggu, aku tidak tahu macam mana sampah boleh tidak berbau..... mana tidaknya.... aku duduk hotel, tidak diberitahu macam mana nak buang sampah di Jepun.... tetapi bila aku menetap di Jepun selama 2 bulan, duduk di apartment sewa, barulah aku tahu macam mana cara untuk membuang sampah dengan betul supaya tidak berbau..... ada risalah tentang bagaimana membuang sampah dan jadual kutipan sampah..... tong sampah pun agak canggih, cantik dan bersih.....

Ini yang menjadikan udara di Jepun bersih dan nyaman.... ditambah pula, minyak petrol yang digunakan oleh kenderaan amat mesra alam.... tiada/kurang asap hitam atau asap kereta yang berbau (seperti di Malaysia) dikeluarkan ke ruang udara Jepun....

Begini caranya.....

  • Isnin - plastik, bekas-bekas polisterin, botol shampu dan sebagainya....
  • Selasa - sampah biasa (yang berbau. berminyak, kotor dan lain-lain)
  • Rabu - kotak, kertas, surat khabar dan sebagainya
  • Khamis - botol minuman (PET), botol kaca dan tin minuman
  • Jumaat - sampah biasa (yang berbau. berminya, kotor dan lain-lain)


Bagi hari Isnin..... plastik (pembalut makanan), bekas polisterin, botol shampu dan sebagainya yang berbau, berminyak dan kotor dibasuh terlebih dahulu.... kemudian, dikeringkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah (lutsinar atau separa lutsinar)....

Bagi hari Selasa.... sampah seperti makanan berlebihan, tulang ikan/ayam/daging dll,.... dibasuh dan dikeringkan (gunakan penapis atau jaring utk tos air)... ini bertujuan supaya sampah tersebut tidak berbau dan tidak berair.... sampah yang berair akan menyumbangkan kepada sampah yang berbau....

Bagi hari Rabu.... barangan berasaskan kertas (yang tidak kotor).... perlu diikat (tidak dimasukkan ke dalam plastik) dengan kemas....kotak besar perlu dikecilkan saiznya (gunting) sebelum diikat....

Bagi hari Khamis.... botol atau tin minuman perlulah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah.... penutup botol perlu ditanggalkan daripada botol... botol perlu dikemekkan (tanda recyclable)... botol yang keras seperti botol shampu/sabun perlu dimasukkan ke dalam kategori hari Isnin....

Bagi hari Jumaat.... seperti hari Selasa....

Tiada kutipan sampah dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad di kawasan kediaman (bergantung kepada kawasan tersebut..)....

Walau bagaimanapun, akan ada pekerja yang memantau tong sampah (digelar sebagai health engineer) di kawasan tumpuan ramai seperti zoo pada ada hari cuti (terutamanya hujung minggu)... ini bertujuan mengelakkan daripada tong sampah terlalu penuh dan bersepah....

Kesimpulannya, untuk memastikan sampah kita tidak/kurang berbau, maka basuh dan keringkan sampah kita terlebih dahulu... jangan dibiarkan berair/basah....

Namun, ada beberapa persoalan yang perlu diketengahkan:

  • Mengapa tidak dilaksanakan di Malaysia demi mencapai status negara maju? Siapa yang perlu lakukan? 
  • Jika minoriti penduduk Malaysia sahaja yang mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut, dan golongan inilah yang melakukannya sahaja, adakah ia berkesan? 
  • Bagaimana pula, jika ia dikuatkuasakan oleh pihak berwajib, dan sama-sama melakukan dan mengamalkannya, adakah ia akan berkesan?


Yang penting, bagi aku ialah pendidikan... masyarakat perlu dididik supaya mempunyai kesedaran tersebut..... dan supaya masyarakat melaksanakannya secara menyeluruh....








Saturday, May 17, 2014

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia.... bahagian 2

Andai negaraku tercinta......

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Negara maju yang aku idam-idamkan......

Aman damai....

  • kurang kadar jenayah...
  • rasa selamat ke mana-mana seperti negara-negara maju lain... tiada gunanya negara maju jika tidak selamat..
  • jika menggunakan tren atau pengangkutan awam, lagilah perlukan sangat rasa selamat ke mana-mana... tiada pencuri, perompak, penyamun, penculik dan sebagainya...


Apa yang aku cadangkan?

  • wujudkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan pastikan ia diajarkan dengan cara yang berkesan... tentang ADAB, KESOPANAN, KEBERSIHAN, KESELAMATAN dan lain-lain perkara baik dan positif......
  • ajarkan tentang kebersihan.... 
    • bersihkan diri dan pastikan diri sentiasa bersih.... bersihkan tempat tidur, bilik tidur, bilik air, rumah, kawasan sekeliling rumah dan seterusnya negara kita... pupukkan rasa ingin hidup dalam keadaan bersih selari dengan kehendak agama....
    • ajarkan juga tentang cara membuang sampah dengan betul .... bagi memastikan sampah tidak terlalu busuk.... (akan dikongsikan bersama dalam coretan akan datang)....
  • tanamkan dalam diri anak-anak kita tentang berbuat baik dibalas baik.. berbaik-baiklah dengan semua orang... fikirkanlah positif TETAPI awas juga dengan orang jahat kerana mereka berada di mana-mana...
  • tanamkan cintakan negara dan agama..
  • tanamkan rasa hormat antara agama, antara bangsa, antara tua dan muda... sesama sendiri.....

Oleh itu, aku rasakan perlunya ada transformasi dalam pendidikan negara... libatkan professor-professor, para ilmuan, para saintis, para guru/pendidik,.... dan yang paling penting ialah para ustaz/ustazah/agamawan... di samping itu, kita ada ramai Tokoh Maal Hijrah (ada juga yang bukan beragama Islam).... mereka ini dikategorikan telah berjaya mendidik anak-anak mereka dalam pelbagai lapangan bidang.... jemputlah mereka bagi mendapatkan input-input berguna dalam membentuk satu Pelan Pendidikan yang lebih mantap, menyeluruh dan berkesan dengan nilai-nilai murni demi membentuk sebuah negara maju yang penuh dengan nilai-nilai murni.....

Jika anda adalah atau bakal pegawai yang berkuasa atau boleh menyumbangkan ke arah Pelan Pendidikan yang lebih mantap, saya menyeru dan merayu agar perkara-perkara tersebut dipertimbangkan demi ke arah negara maju yang lebih cemerlang...

Bagi aku, di saat ini, negara kita dalam keadaan kucar-kacir, perbalahan sesama sendiri, kritik-mengkritik antara satu sama lain..... sesama warganegara... rasa hormat telah terhapus..... apabila berlaku sedikit perlanggaran atau perselisihan faham, maka masing-masing menunjukkan kekuatan.... tidak kira agama, tidak kira bangsa.....

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, aku menyeru  seluruh warganegaraku.... marilah kita bersama-sama membangunkan dan memperbaiki diri dan seterusnya masyarakat ke arah negara maju yang bertamadun...... penuh dengan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.....







Friday, May 16, 2014

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Andai negaraku tercinta......

Aku idamkan negaraku maju, aman, damai dan bahagia...

Negara maju yang aku idam-idamkan......

1 - pengangkutan awam yang efisyen. Dapat membawa seluruh warganegara dari satu tempat ke satu tempat dengan efisyen. Menyelesaikan kebanyakan masalah kesesakan jalan raya di sana sini. Biar sesak di dalam tren.... biar sesak ramai orang tetapi tidak sesak di jalan raya...

2 - Mempunyai tren yang pelbagai..... Ada tren/monorel:

  • antarabandar yang terkemuka - yang menghubungkan negeri-negeri dalam negaraku.... seperti tren yang menghubungkan KL, Shah Alam, Ipoh, Butterworth, Alor Setar, K.Terengganu, Seremban, Johor Bahru dan sebagainya...
  • dalam bandar (contoh KL) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik/shopping complex dalam bandaraya KL seperti Mid Valley, KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan lain-lain tempat menarik agar tidak susah payah warga kota berkereta persendirian untuk ke destinasi. Sekaligus, dapat menarik pelancong-pelancong asing ke dalam negara. Mudah urusan dari satu tempat ke satu tempat dengan tren yang efisyen.
  • dalam bandar (Selangor terutamanya Shah Alam) - yang menghubungkan tempat-tempat menarik di dalam shah alam seperti taman botani, taman-taman tasik, masjid-masjid, universiti-universiti...
  • antara universiti / IPTA / IPTS / pusat2 pengajian lain - andai kata ada tren yang efisyen yang dapat menghubungkan kesemua universiti di dalam negara alangkah bagusnya untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melalui kesesakan lalulintas... untuk membuat research atau jaringan kerjasama....
  • antara shopping complex - yang menghubungkan kesemua pusat-pusat membeli-belah agar kita dapat membeli belah dengan selesa. Jika barang yang kita cari tiada di sini, kita dapat mencari di tempat2 lain terutama apabila tiba musim perayaan... tanpa perlu memikirkan di mana mahu meletakkan kereta...
  • monorel - yang dapat menghubungkan antara satu tempat dengan satu tempat di dalam kawasan kecil seperti Shah Alam seperti pejabat-pejabat, rumah-rumah ibadat spt masjid dan kawasan-kawasan perumahan... agar memudahkan rakyat untuk menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa... agar kurang kesesakan jalan terutama apabila waktu-waktu solat spt solat jumaat, hari raya, thaipusam dsbnya....

Andai kata kesemua jaringan tren/monorel tersebut dapat berhenti di satu pusat agar memudahkan perjalanan warganegara untuk bertukar-tukar tren terutamanya jika perjalanan mereka jauh..... Kuharap juga agar tren-tren tersebut menepati masa agar semuanya berjalan lancar...

Namun begitu, ada satu perkara yang sangat penting demi mencapai status negara maju iaitu keselamatan....

Kupanjat syukur kepada Illahi kerana melimpahkan nikmatnya hidup di negaraku yang maju....